....Assalamualaikum...
Wah...banyak dah entry aku...walaupun baru je sebulan agaknye...namun entry aku memang banyak...nyata blog ini banyak untuk aku luahkan perasaan ini....namun, entry kali ni...aku nak sambung kisah adam dan hawa...pertemuan mereka...ini bukan drama tv....ini kisah benar.....inilah kisah manusia pertama diciptakan Allah.....jom.....enjoy....
Hawa duduk
bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas
dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan
wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir
fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan
arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung
menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam
terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia
seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya
pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk
memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang
diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk
menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis
bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan
sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang
dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan
kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan,
kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang
terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap
yang memandangnya.
Ia adalah
wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan
turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang
diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun
tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia
adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung
tanpa perantaraan.
Semua
kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu
pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai
anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan
diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan
pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s
bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya,
memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya
itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari
wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak
salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya
saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah
perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya
gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa
kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan
kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang
terselit di kalbunya.
Adam terpikat
pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang
bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam
asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang
paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta
dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang
paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang
jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s
dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita,
siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau
disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika.
“Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara
yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar
setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya
suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu.
Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang
paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus:
“Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan
Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar
bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu
bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada
kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi
malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin
mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan
demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah
engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!”
balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak
seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau
yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah
memberi harapan.
Adam tidak
ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat
sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit
dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa
walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai
syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa
iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak
putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya
Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari
sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit
“rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya.
Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah
dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka
tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali
dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s
tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan
hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.