Showing posts with label My Point of View. Show all posts
Showing posts with label My Point of View. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Anak Yang Baik....

...Assalamualaikum...

Hai...

Siapa kat dunia ni nak jadi anak derhaka? cuba fikirkan...siapa yang tak nak jadi seorang anak yang baik...tapi kenapa ramai anak yang jadi anak derhaka? di mana silapnya...siapa yang menjadikan anak derhaka ini?

Seawal anak dilahirkan..ia bagaikan kain putih..yang tiada apa corak..sedikit pun tiada corak...siapa yang akan mencorakkannya kalau bukan ibu bapa? Ya..ibu bapa la yang bertanggungjawab dalam mencorakkan anak-anak...menjadi jahat, manjadi baik..mahupun derhaka....semuanya atas didikan yang diberikan ibu bapa....

Menjadi ibu bapa bukan sesuatu yang mudah...mungkin mudah bagi yang tahu agama...yang mengamalkan ilmu agamanya..dan yang menganggap anak-anak itu amanah...namun berapa ramai yang membiarkan anak-anak menjadi anak derhaka....

Andai la kita boleh nampak dosa...dan andai dosa ada bau dan sebagainya...pasti semua orang takut..aku pun...aku sendiri tak tahu nak bahaskan topik ini..cuma aku ingin kongskan sedikit keluh kesah yang aku alami...

Tauladan yang baik adalah melalui perbuatan bukan perkataan...perlu lebih banyak mengajak berbanding mengajar...ramai orang kurang percaya dengan telinga, namun lebih ramai yang percaya akan mata...jadi cuma satu je yang mampu aku nasihatkan kali ini...walauapapun...banyakkanlah untuk mengajar anak-anak melalui perbuatan....itu yang lebih baik...sebab tu ramai kn anak-anak orang yang bisu baik-baik je..sebab selalunya mereka ajarkan anak mereka melalui perbuatan dan ajakan sahaja....

Renung-renungkanlah..ini cuma peringatan untuk diri sendiri..semoga suatu hari nanti aku tidak menjadikan anak-anak aku anak derhaka....dan semoga aku mampu mendidik mereka ke arah yang baik...mudah-mudahan....insya' Allah...


Wednesday, September 11, 2013

Cermin diri.....

...Assalamualaikum...

Hai....I'm here...well...rasa macam berada di awan...semalam tidur lambat..melayan seorang rakan yang sekejap timbul sekejap tenggelam...kalau ada masalah baru la nak cari aku...hurmm..tak pe la..sekurang-kurangnya dia cari dan ingat juga aku...


Aku teringat..suatu masa tahun lalu, ada seorang insan yang nasihatkan aku supaya cerminkan diri aku dulu...akibat konflik yang berlaku, well die nasihatkan aku...walaupun agak kasar dan menyakitkan hati...but thanks to both of them....siapa kisah kalo english aku teruk pun..ni kn blog aku..hihi...sorry...sorry..back to topic...

Since then, aku terfikir juga..teruk sangatkah aku? seperti kucing di atas tu..luar kucing, bila dalam cermin singa...macam ni ke sebenarnya aku? Aku fikir..fikir..dan fikir...well..aku cuma tidak mahu jadi hipokrit..aku katakan apa yang aku rasa..aku tidak berselindung dari kesalahan aku pada masa lalu...bagi aku, kalau aku salah, then aku bersalah...then appologize...

Tapi hakikat sebenarnya..cermin diri kita bukan kita...bukan kita yang nampak kita ni baik atau sebaliknya...kalau kita cerminkan diri sendiri, pastinya kita rasa kita ni baik..baik dari segala segi...well, kalau ada yang kita buat salah pun, itu mesti ade sebab dan kita tetap rasa kita tidak bersalah...begitulah situasinya kalau kita yang cerminkan diri sendiri...

Berbeza jika orang lain yang jadi cermin diri kita...orang lain pasti nampak apa yang kita tak nampak...baik buruk, orang lain boleh nampak....itu hakikat sebenar...
so, jangan nak cakap cerminkan diri sendiri...ayat yang lebih baik..muhasabah la diri..moga-moga kita jumpa apa yang kita tak pernah sedar pun ianya ada dalam diri kita....

Aku tidak berniat nak tujukan entry kali ni pada sesiapa...cuma aku nyatakan pendapat aku...bagi aku, untuk menjadikan dan menyedarkan seseorang..ayat cerminkan diri sendiri itu salah....wrong term...sebab ia boleh ditafsirkan dalam pelbagai maksud yang negatif...lagipun ayat begitu seolah-olah meghina seseorang dan merasakan diri sendiri adalah lebih baik berbanding orang tersebut...itu bukankah dah jadi riak...

Well..Allah adalah lebih layak untuk mengadili sesuatu yang di luar pengetahuan manusia...
Cuba bayangkan, jika kita nyatakan dekat seseorang..cuba la muhasabah diri...fahami diri..hayati apa yang telah kita lakukan...muhasabah dan sedar la..perbetulkan yang mana salah...itu kan lebih baik..tidak la jelas menunjukkan anda lebih baik...namun dalam nada betul-betul menasihati dengan ikhlas..bukan dalam nada kemarahan....

renung-renungkan...kata-kata yang baik juga sumber pahala...selamat beramal...


Saturday, September 7, 2013

Doa....

...Assalamualaikum...

Hai...buat ape tu? semoga sihat sejahtera hendaknya...jom..nak cerita tentang satu perbualan yang aku kira menarik juga...

kakak: Bla...bla..bla...(menceritakan tetang kawan sepejabatnya yang menghadapi masalah)
Adik: Akak doakanlah untuk dia, mana tau doa akak tu boleh mengubah nasib dia....
Kakak: Huh..buat apa aku doa untuk dia, aku sendiri pun banyak masalah..dia bukan tak boleh berdoa, dia doalah sendiri...

Apa pendapat anda?

Susahkah untuk doakan orang lain..bukan susah sangat kan? even apabila seseorang menceritakan dia ingin menjadi itu ini, apa salahnya kalau kita aminkan hajatnya itu..mana tahu suatu hari nanti, ada keberkatan daripada 'amin' anda tadi boleh juga die mencapai hasratnya...aku bukan menyatakan semudah itu dapat mencapai impian..memang semuanya Allah yang tentukan..namun tidak salah kalau kita doakan untuk orang lain juga...

Memang betul...kalau orang lain sahaja yang doakan die, namun dirinya sendiri tak doa untuknya, memang tak boleh...namun, let's think it posotively...mungkin diia selalu doa juga...apa salah kalau kita doakan...tiada salah pun...malah ia sebenarnya satu pertolongan yang sangat mudah untuk kita lakukan kepada orang lain...

Memudahkan urusan orang lain itu ada keberkatannya...moaga-moga suatu hari, ada pula orang lain yang akan memudahkan urusan kita...

Renung-renungkanlah...jangan berkira walaupun sekadar doa...doa itu senjata orang mukmim...

~bersihkan diri, hiasi peribadi~

Saturday, August 31, 2013

Salah siapa???

...Assalamualaikum...

Hurm..nampaknya aku masih tak dapat nak tidur lagi...tapi jom kita kongsikan sebuah kisah...

ceritanya begini....aku sempat melihat seorang anak dimarahi oleh emaknya..namun, atas alasan apa anak itu dimarahi, aku sendiri tidak mengetahuinya...namun....terdengar di pendengaran ini suara emak.."kenapa degil sangat, kenapa ko malas sangat, etc"..pada pandangan anda, siapa yang salah? anak atau ibunya? fikirkan...

namun ini pada pandangan aku..kedua-dua salah...namun ikut situasinya...semuanya atas didikan...mungkin ibunya telah mendidik dengan baik, dengan ajaran agama, penuh kasih sayang..cukup lengkap semuanya..namun anak masih nakal...kenapa? mungkin pengaruh rakan sebaya..bila anak semakin berusia, mereka mula lebih berpengaruh dengan kawan-kawan..tanpa pengawasan ibubapa, mereka boleh jadi jahat dan lupa segala ajaran agama yang diterap didalm dirinya...siapa salah? tetap ibu bapa..yang tidak mengawal anak-anak mereka...namun anaknya juga salah, kenapa tidak mendengar nasihat ibu bapa? 

Yang kedua, mungkin totally salah ibubapa yang tidak memberi didikan...iye..didikan tu amat penting..sesibuk mana anda, didiklah anak-anak anda...luangkan sedikit masa untuk mereka..kenapa ada ibubapa yang biarkan anak-anak membesar dengan caranya sendiri..namun apabila dewasa, bila mereka jadi nakal mahupun jahat...lalu dituduh anak macam-macam...kenapa tak sedar, anda yang menjadikan anak anda begitu? adilkah menyalahkan anak anda atas kesilapan anda..jika anda tidak pernah mengajar, memang patut jika anak anda jadi kurang ajar...

iye..ini pendapat aku personally...dari perspektif aku sebagai anak...of course aku menyalahkan ibu bapa..kerana aku masih belum memasuki alam itu...namun, fikirkanlah...kena tahu dari kedua-dua perspektif...samada sebagai anak atau ibubapa....namun buat masa ini, inilah pendapat aku sebagai anak...

Tapi kesimpulan yang aku boleh buat, untuk menjadi ibu bapa tidak semudah yang kita nampak...berat sebenarnya..kelak di akhirat sana, akan ditanya pelbagai persoalan lagi tentang amanah yang diberikan itu...

Aku sangat berharap, bakal-bakal ibu bapa di luar sana, fikirkan tanggungjawab anda...anak itu amanah..fikirkan balasannya...fikirkan di masa depan...di akhirat sana pula bagaimana...sanggupkah anda? jadi janganlah biarkan mereka, anak-anak anda...sayangi mereka, didik mereka..jadikan mereka sebagai sesuatu yang sangat berharga untuk anda jaga...ok..

Rasa macam emosional pulak entry ni..hihi..sebenarnya sukar nak ceritakan sesuatu yang aku rasakan aib sendiri...tapi inilah cara yang lebih baik dari ceritakan aib itu...hurm...aku menceritakan melalui pengalaman...apa yang aku nampak, apa yang aku pernah dapat pengalaman...

Ketika dilahirkan, seorang anak itu ibarat kain putih..tanpa corak apapun..namun, ibu bapa yang akan mencorakkannya..samada cantik atau buruk itu bergantung pada corak yang dibentuk ibubapa...ingatlah, bukan sekadar anak anda yang akan berhadapan dengan corak itu, namun juga keturunan anda..kerana jika buruk akar sebatang pokok, makan buruk juga keseluruhan pokok itu..jika baik akarnya, baiklah keseluruhan pokok itu....

ok la...aku pun konfius dengan peribahasa yang aku cipta sendiri..sorry ye...tapi apa yang aku ingin sampaikan, didik anak-anak anda dan jalankan tanggungjawab anda..jika anda terasa penat, fikirkanlah di akhirat nanti, mesti lagi teruk balasannya di sana...

(tetiba aku hairan sendiri, kenapa lately aku selalu ceritakan berkaitan dengan kekeluargaan je, sudah sampai seru kah???)
Pape pun, ini cuma perkongsian pendapat aku sahaja...jadi fikir-fikirkanlah sendiri....anda mungkin punyai pendapat yang lebih baik....

ok...till then.........=)



Buku hasil penulisan sendiri...

....Assalamualaikum...

Hai..selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56....kita patut bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita terlalu banyak kelebihan..syukurilah nikmat ini...

Tengok majalah tadi, ada gambar Prof Muhaya..aku suka sangat tengok die..bila die bercakap penuh hikmah..lemah lembutnya dan nasihatnya biasanya begitu berkesan..kata-katanya bagaikan ada suatu aura yang boleh memotivasikan orang lain...I wish that I could be like her in future...

Setakat ni aku cuma memiliki satu je buku hasil dari penulisannya..dan buku tu sangat baik bagi aku...disamping bercerita, ada terselit banyak nasihat dan pengajaran....bagus sangat...I like...hurm...aku terfikir juga..kalau la..suatu hari nanti aku akan buat perkara yang sama sepertinya....

Maksud aku, menceritakan suatu pengalaman yang aku dapat dalam bentuk penulisan...dan dibukukan..untuk jadi pedoman pada insan lain.....wah....tak dapat nak bayangkan gembiranya dapat buat macam tu..sebuah buku hasil penulisan aku sendiri...dan kongsikan dengan orang lain...

Semoga suatu hari nanti impian ini tercapai...setelah aku bekerja nanti, aku berjanji untuk membeli sebuah buku pada setiap kali gaji aku masuk..hihi..insya' Allah...setahun dah boleh dapat 12 buah buku...wah..bestnya...suka..suka...tapi I wonder if I can finish it all...xpe...aku akan manfaatkan buku yang aku beli...nanti jika aku ada rumah sendiri, aku akan buat satu bilik sebagai mini library..supaya anak-anak aku nanti dapat aku pupuk minat membaca..insya' Allah...

Pengalaman yang pernah kita lalui, jangan sia-siakan...janganlah membiarkan perasaan dengki anda membuatkan anda buta untuk menghalang orang yang kita kenal, kita rapat untuk ulangi kesilapan kita...memandangkan kita pernah mengalaminya, jadi tidak salah untuk  memberi sedikit nasihat supaya mereka tidak lakukan kesilapan yang sama..sebenarnya, kita akan dapat balasan yang baik jika menghalang seseorang melakukan kesilapan yang pernah kita lakukan...sebab kata-kata yang baik juga diberi ganjaran pahala...tidak salah untuk memudahkan orang lain kerana ketika kita memudahkan urusan insan lain, maka Allah akan mudahkan urusan kita..Insya' Allah..fikirkanlah...

Hidup ini cuma sementara..dan kita semua saling memerlukan antara satu sama lain...
Ok la...selamat malam semua...

Friday, August 30, 2013

Usah Terlalu Banyak Mengkritik....

....Assalamualaikum...

Hai...buat apa di pagi-pagi begini? Maaf la..di sini pagi..pkul 4 pagi...kenapa aku tak tidur lagi..? well..this is just me..i'm still thinking....

Tetiba teringat seorang kawan...Let's name her as miss A...well..I like A...because my name start with A...simple person..tapi sangat bagus..sebab miss A jarang sekali akan menyatakan perasaan yang tidak baik pada orang lain...contoh...jika miss A berkecil hati dengan kawan rapatnya, die masih cool..melayan kawannya seperti tiada apa berlaku..cool right? even I myself cannot do that...

Tapi...orang sebegitu juga masih dikritik....aku mendengar kritikan itu dengan telinga aku sendiri..tapi tak mampu nak kata apa-apa...sebab apa? sebab aku tidak ingin sakiti hati sesiapa..dan aku dianggap berpihak pada miss A..even dalam hati aku berkata, orang yang kritik miss A tu sebenarnye die tidak mengenali miss A dengan baik...do you agree with me? 

Well..miss A memang agak pemalu..tidak ramai kawan..well..aku memang banyak cakap..so aku approach die dan kami agak rapat...she is one of the person who always will lend me her hand....walaupun die dalam keadaan susah, tapi die tetap akan membantu aku jika aku perlukan..how nice she is....

so, sebenarnya aku nak nyatakan disini, jangan la terlalu banyak mengkritik....tidak kira dari aspek apa pun..dalam erti kata lain, don't judge books by its cover...judge the contents...kerana bagi aku, selagi mana kita tidak mendalami sesuatu, kita tidak akan faham....dan fahaman kita pula tidak sama dengan fahaman orang lain...terkadang cara dibesarkan menjadikan seseorang punyai fahaman yang berbeza...

Terlalu banyak mengkritik juga sangat bahaya...kerana terkadang boleh membuat seseorang rendah diri..merasakan dirinya tiada maruah...lemah..dan sebagainya....ia juga boleh timbulkan perasaan dendam...jadi jangan terlalu banyak mengkritik....tapi tegurlah dengan cara yang baik...aku yakin, jika ditegur dengan cara yang lebih baik, pasti seseorang boleh menerimanya dan berubah...

Jangan kondem, tapi didiklah...jangan kritik, tapi nasihatilah dengan cara berhemah....ok? 


lovely cik mar.......luv u all....have a nice day...=)

Sunday, August 25, 2013

Keluarga Impian

...Assalamualaikum...

Hai....apa khabar? sentiasalah ucapkan syukur je dengan ape yang jadi...Insya' Allah ada hikmahnya...apa khabar family anda? baik-baik aje kan...

Hurm...hari ini timbul satu persoalan yang berputar-putar di kepala ini...keluarga impian..bagaimana keluarga yang anda impikan....? fikirkan....dengan details...kerana untuk membentuk keluarga impian anda, ianya bermula dengan anda....dengan membentuk diri anda...

Ini pada pandangan aku....untuk membentuk sesebuah keluarga yang anda impikan...bermulanya dari anda sendiri....tidak kira anda lelaki atau perempuan, perbetulkan dan persiapkan diri anda....dari segala segi...agama, akhlak, sahsiah..pokoknya segalanya la....cari ilmu agama, banyakkan membaca tentang alam perkahwinan sebelum anda melangkah ke alam itu..itu sebagai persediaan...pastikan diri sudah cukup bersedia fizikal dan mental...mungkin kita nampak mudah je...tapi bagi yang tidak memasuki alam itu, jangan ambil mudah....

Langkah kedua, pilih pasangan yang baik....jika anda mencari isteri, carilah isteri yang sanggup menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik...lebih baik cari yang ade agama, baik akhlaknya...kerana biasanya orang yang beragama pasti mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik....
sama kesnya dengan mencari suami...janganlah mencari asal jumpa je..terima...anda harus memilih....dan penting sekali agama..kerana suami harus mendidik dan menerajui keluarga itu sendiri samada ke arah jalan menuju syurga tau neraka...itu bergantung cara didikan...

Itu satu permulaan....sepatutnya anda harus fikir masak-masak...tidak salah memilih kerana cinta...cinta juga penting..kalau tak cinta bagaimana pulaanda akan jalankan tanggungjawab anda....harus ada cinta...namun persiapkan diri anda dengan sepenuhnya....

teladan yang baik adalah melalui perbuatan....bukan perkataan....
Ada banyak lagi ilmu yang perlu diterokai sebelum memasuki alam perkahwinan....jangan ambil mudah...kerana disitu bermula perbentukan keluarga yang sakinah....

Tapi kalau nak senang kawen la dengan orang yang bernama sakinah...bila kahwin je dah jadi keluarga sakinah...(just joking)....

Well...jika permulaannya silap, hingga ke akhirnya perjalanan itu salah....melainkan jika anda berpatah balik...jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa...jangan biarkan mereka menjadi tidak baik...jangan terapkan nilai-nilai yang tidak baik...didik anak-anak dengan baik..supaya kelak, mereka akan menjadi idaman semua....

Jika anda mempunyai sikap A, anak-anak anda juga pasti punyai sikap yang sama....surely....jadi, ubah diri dulu sebelum ke alam perkahwinan....

well..that's all my point today...
Aku doakan kalian dan diriku juga akan menjadi isteri yang baik...suami yang baik..serta ibubapa yang baik...insya' Allah...

Thursday, August 22, 2013

Isteri Yang Baik..

..Assalamualaikum...

Hai...buat apa tu? sihat ke tidak? Alhamdulillah..sentiasalah ucapkan rasa syukur samada sihat atau sakit..sebab pasti semua tu baik untuk kita....bila kita sakit, Allah sedang uji kita, malah menghapuskan dosa-dosa kecil...insya' Allah....

But.....

Today...I keep thinking along the day..even now, i'm still thinking...a good wife? the best wife? how? Well...some people said, it is easy for you to said when you don't really face it by yourself...betul ke english aku ni? tak kisah la...tapi aku cuma terfikir, bagaimana menjadi isteri yang baik...well, aku memang belum alami dunia itu, tapi aku dh cukup tua untuk fikirkan semua tu...ramai juga di kalangan seusiaku dah ada cahayamata...so, should I ask them?

Tapi..melihat sekeliling aku, aku berfikir, can I be at least the best wife to my husband? Setiap kali aku menyaksikan sesuatu yang aku rasa tidak patut berlaku dalam sesebuahrumahtangga, aku doakan supaya aku tidak begitu....dan sekurang-kurangnya aku tidak mewarisi apa-apa sifat buruk dari ibu dan bapa aku...but how? sebab aku memang darah daging mereka...

dan aku berdoa, sekurang-kurangnya aku boleh menjadi seorang isteri yang baik untuk suami aku....erti kata baik itu bagi aku adalah menjalankan tanggungjawab dengan penuh sabar dan melakukan dengan baik...menjaga makan minum, pakai, tempat tinggal...yeah..semua la...tapi sebab aku belum masuk ke alam itu, so I wonder, could I do all that?

Syurga seorang isteri itu memang di bawah telapak kaki suami.....dan syurga itu bukan murah harganya...segalanya hendaklah dilakukan dengan penuh kesabaran dan tabah untuk mendapatkannya....well...i'm just curious a lot about this....

Aku pernah juga baca dalam satu artikel, tak ingat sangat juga...tapi apa yang aku ingat, dalam artikel tu ade cakap, iye..memang la seorang isteri tu tidak semestinya melakukan semua kerja rumah, jika suami mampu upahlah pembantu..namun jika tidak mampu, kenapa tak si isteri melakukan semua tu kerana itu adalah sumber pahala untuk isteri...dan sebagai balasannya, isteri akan dapat syurga dengan syarat taat la pada suami...

wah...sekarang ni aku sendiri risau pun ada...aku ni bukan sangat taat..so aku takut kalau aku derhaka dengan suami aku nanti....oleh sebab tu la aku berharap sebelum kahwin, aku dapat ubah diri aku menjadi lebih baik...supaya kelak bila aku kawen, aku boleh jadi isteri yang baik...sekurang-kurangnya taat pada suami....


see you later............


Monday, May 27, 2013

Keunikan seseorang...

...Assalamualaikum...

Hai...buat apa tu...? hurm...teringat aku masa aku pernah rapat dengan seseorang...ya..dulu masa di matrik, masa di peringkat universiti...bila aku ingat balik..memang aku selalu ada yang sudi anggap sebagai kawan..alhamdulillah...walaupun dengan kekurangan yang banyak pada diri aku..namun masih ada yang sudi..

Keunikan seseorang tu sebenarnya terletak pada kelemahan dan kekurangan dia. Contohnya mungkin dia seorang yang sensitif...itu keunikan dia..mungkin orang lain sensitif juga, namun sensitif tu takkan sama dengan sensitif pada dirinya...sebab tu lah ia adalah keunikan pada dia...itu dirinya....itu yang bezakan dia dengan orang lain...

Jadi sebolehnya terimalah seadanya seseorang itu dan anggap kelemahan dan kekurangan dia adalah sesuatu yang unik dan ia membezakan seseorang dengan dirinya...itu lebih baik..namun, mungkin ada perangai buruk yang die sendiri nak berubah dan mintak tolong anda bantunya...ya..bantulah...supaya dia mampu lakukan..dengan semangat yang anda berikan mungkin lebih mudah baginya teruskan perubahan itu...

Aku sebenarnya terfikirkan diri sendiri..siapalah yang boleh terima diri ini...sedangkn terlalu banyak kelemahan yang tak dapat aku atasi...aku cuba menerima sesiapa sahaja dan cuba terima kelemahan yang ada pada dirinya..namun mungkin aku bukan yang terbaik...apapun, aku gembira kerana ini adalah aku...

Aku tak tahu bagaimana perasaan ini sekarang..terkadang rasa kosong...perasaan yang sebelum ini telah move on...tak pe la...aku patut fikirkan perkara lain yang sepatutnya untuk masa depan aku....ya..inilah keunikan aku..hahaha...

ok la....jumpa lagi di lain entry...
~Jaga diri, hiasi peribadi~


Sunday, May 26, 2013

Terkadang keluar tengok dunia luar...

...Assalamualaikum...

Hai...selamat petang semua...buat ape tu..?
Wah..penatnye la..baru balik pergi ambik referee sign tadi...
harap-harap kali ni boleh la buat master....peluang terakhir la ni bagi aku..kalau tak dapat jugak, terpaksa la aku pergi cari kerja kat luar negeri kelantan ni....

Doakan aku ye..moga-moga kali ni dapat la aku sambung master...sangat berharap...ok...
nak cerita beberapa perkara yang aku lalui dua tiga hari ni...khamis aritu aku keluar, buat appointment dengan pensyarah..jumpa la dengan pensyarah aku tu....pensyarah yang paling hebat dan cerewet di UMK...hehehe...maaf ye ibu...kami semua panggil die ibu...tapi sejak die dapat Datin, kami panggil die Datin Ibu...hehe...

Perkongsian dengan die hari tu...die cakap masa depan kita memang kita tak tahu...kita berusaha...Allah yang tentukan...namun haruslah ada impian dan cita-cita dan harus berusaha bersungguh-sungguh...dalam jalan berusaha itu juga, cubalah bantu orang sekeliling kite untuk capai cita-cita mereka..moga ada keberkatan....tu kesimpulan je la...memang panjang kteorg berborak..tapi bagi aku, tu je la yang dapat disimpulkan....

Takde pulak gambar die...baru ingat nak letak gambar dia...

Cerita kedua, semalam singgah di masjid Pengkalan Chepa tu..pastu aku kagum dengan sorang makcik ni..bagus die...ade banyak sampah dalam masjid tu..aku baru je masuk, dengar makcik bebel...kesian pun ade...tapi die tetap sapu sampah tu...aku rase kalo aku sendiri pun mungkin tak sapu sampai satu ruang wanita tu...maybe cket2 yang kat belakang tu boleh la kot..tapi aku betul tak faham...ade juga la manusia yang tinggalkn sampah dalam masjid...padahal masjid kn tempat beribadah...tak fikir ke dieorang..bukan takde tong sampah kat luar tu....

Cerita ketiga pula....tadi pagi...aku kagum juga dengan seorang lelaki ni...sepanjang perjalanan dalam bas tadi...die baca al-Quran...bagusnya die...terlintas di fikiran aku, berapa ramai je yang sanggup buat macam die..aku sendiri pun tak buat....hurmmm...moga-moga lepas ni aku boleh buat begitu juga...insya' Allah...mudah-mudahan....

Penat juga hari ni...tapi untungnya hari ni sebab ada orang tumpangkan aku balik...bukan tumpangkan..tapi amik aku kat Pengkalan Chepa sana dan hantar sampai jalan besar ke rumah aku....huhu...thanks a lot..aku jumpa dia sebab aku nak die kenal aku dengan kelemahan aku sendiri..jadi lepas ni, apapun jadi...aku terima seadanya.....ok....

Cukup sampai sini la...nak sambung taip thesis akak aku pulak...kesian pulak kat die...moga-moga dapat siapkn hari ni....die pun nak cepat...ok..jumpa lagi di lain entry ye....

...jaga diri, hiasi peribadi....

Saturday, May 25, 2013

Selamat Pengantin Baru

...Assalamualaikum...

Hai....ape khabar? anda sedang buat ape tu? Gotong royong majlis kenduri esok....?
Wah..meriahnya...Di rumah ni lama dh xde majlis gitu..tunggu akak yang ke 5 aku kahwin tak tahu pula bila..aku pula? ai..lambat lagi la gayanye...calon pun takde...

Khas untuk yang dah kahwin semalam, hari ini, esok, lusa dan dalam masa terdekat ni....Selamat Pengantin Baru...semoga bahagia hingga ke syurga...insya' Allah...well...aku sebenarnye nak tujukan ucapan ni buat pensyarah aku dan classmate aku yang akad nikah petang tadi...alhamdulillah..ada jodoh dieorang tu....syukur la....selamat pengantin baru...moga berkekalan bahagia hingga ke syurga la ye...

Hurm....buat yang belum kahwin macam aku ni...sabar je la menanti..mungkin jodoh tu belum datang lagi...apapun sebelum jodoh tu sampai betulkan diri kita dulu...ye la..dari segi persiapan diri..untuk menanggung segala tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami..semua tu bukan ringan dan perlukan persediaan...ramai yang nyata hanya buat persiapan majlis sahaja...tapi tak ramai yang fikirkan persiapan diri dari segi agama, akhlak dan peribadi....perbetulkan semua itu perlu untuk menjamin kebahagiaan dan supaya berkekalan sesebuah perkahwinan itu...

wah..pandai pulak aku bercakap..hehehe...sebenarnye pernah terbaca semua tu kat page Prof Muhaya...I like her..best ayat-ayat die dan mendalam maksudnye..jadi ini salah satu daripadanya...dan aku coretkan disini sebagai ingatan untuk sendiri dan sesiapa yang membaca entry ni...moga-moga bermanfaat la hendaknya....

Gambar ehsan dari Google Images

ok la...nak tido la....jumpa nanti ye...jaga diri hiasi peribadi...

Wednesday, March 20, 2013

Mimpi....??


Hai..ni la aku..bile ade mase dan kesempatan nak menulis berserta setitik idea yang datang....
sedang menonton cinta qaseh tadi...aku terpandang satu tajuk kat paper ahad lalu...well..to be honest, kat umah ni bukan selalu ade paper...selalu kalau aku rain bace online je....tajuk die..tiga jenis mimpi....

Pernah anda dengar? aku tak ingat sangat..ayatnye tidak la panjang..namun yang melekat di kepala aku ni..

"Mimpi yang benar datang dari Allah, mimpi sedih dari syaitan dan mimpi tentang diri sendiri"

Lebih kurang cmtu la...terfikir seketika....ini betul ni....selalu juga aku mimpi tentang diri aku je....contoh, suatu hari aku mimpi cmni dan cmtu....well..pada mase akan datang, aku alami perkara yang sama...n aku rase "eh, macam pernah alami la keadaan cmni, bile ye" 
Dalam mimpi rupanye...

Ramai yang kata mimpi ni mainan tidur...well..bagi aku bukan semua kot....betul apa yang ditulis dalam paper...jika kita tidur dalam keadaan berwudhuk, baca doa sebelum tidur, berzikir cket....bace ayat2 Allah yang pendek atau selawat.....maybe jika kita bermimpi dalam keadaan itu, ianya petunjuk ALLAH....Allah Maha Besar...Maha Berkuasa...Maha Mengetahui....

Namun agaknye tidak ramai yang tidur dalam keadaan itu...ramai yang tidur tanpa sempat ape2..bak kata orang, letak je kepala kat bantal, terus hilang..ghaib ke alam mimpi....dah mimpi tu macam2 la yang ade...haa..tu betul la mainan tidur....

Tapi kan...aku banyak juga percaya pada mimpi aku..tapi bukan la aku taksub dengan mimpi...aku boleh dikatakan jarang bermimpi...namun ade yang kebanyakan betul...sehingga aku keliru sendiri harus percaya atau tak...last2 buat xtahu je...hahaha....

Tapi ade suatu ketika tu..aku mimpi pasal result MUET aku...maklum la berdebar tu..kalau xlulus kena amik lagi..taku xleh grad....aku mimpi aku dapat band 3..tapi kawan aku dapat band 2....pagi tu aku bangun...risau juga...takut terbalik pula...selalu orang tua-tua cakap kita akan dapat yang sebaliknye...tapi syukur sangat...aku dapat band 3..kawan aku band 2....aikkk...sama cm dalam mimpi....adakah ini dinamakan mimpi mengenai diri sendiri....?

dulu-dulu mase belajar aku agak baik juga...sekarang dah kurang baik..kadang tidur cmtu je...doa sebelum tidur je...aish..pokoknye siapa yang pernah kenal aku...boleh katakan aku dah banyak berubah dan jadi lebih buruk....bukan membangga diri..namun tiada yang mengingatkan aku akan semua itu...

Aku harap, walaupun malam ni aku tidur lambat dari biasa..aku harap aku akan bermimpi sesuatu yang gembira dan petunjuk Allah untuk aku...ape harus aku lakukan....insya' Allah...
Selamat malam semua....sweet dreams....

Saturday, February 16, 2013

Memasak......



Hai...apa khabar anda semua...? dah makan malam? Pastinye ramai wanita sekarang yang kurang rajinnye nak memasak....ai..sementara membujang ni boleh la memalas kekadang tu...namun, orang kata, kalau tak praktik sekarang, semasa belum kahwin ni...bila lagi...nanti dah kawin baru nak belajr dan bermalas-malas..memang xdapat la....

Memasak tu memang salah satu tanggungjawab seorang isteri...seorang ibu...banyak kelebihannye...pertamanye boleh la suami rase air tangan isteri...tak sia-sia la kawin..kalau kawin tapi tetap makan kat luar je hari-hari, kan membazir namanye...tak nikmat la...chef wan dalam iklan tv pun cakap, orang kat kedai tu masak sebab nak untung je..tiada kasih sayang dalam masakan....betul tak anda rase?

Bagi aku betul tu....bila isteri atau ibu yang masak, even makanan yang biasa-biasa je..pasti sedap...pasti hingga menjilat jari....sedapnye...kerana ape?? kerana ade kasih sayang dalam masakan....bile anak-anak pergi merantau belajar jauh-jauh dari ibu...pasti akan selalu rindu masakan ibu....

Jika anda seorang ibu, seorang isteri yang tidak menyediakan masakan untuk anak-anak suami...pernahkah anda terfikir semua ni..??? Anak-anak lebih suka makan di luar..sebab ape...? sebab ibu tak masak...jadinye walaupun masakan diluar yang dijual di kedai tu dikatakan tiada kasih sayang, anak-anak lebih memilih itu kerana ibu mereka tidak memasak...jadi sudah terbiasa...huhu...

Pesanan untuk diri aku sendiri...dan juga bakal suami aku...doronglah aku untuk selalu memasak...untuk sentiasa memasak hidangan untuknya...dan aku akan sentiasa improved skills memasak..supaya insya' Allah suami aku akan dapat menikmati makanan yang lazat hasil dari air tangan isterinye..hehe...
Merepek lagi aku ni....hehehe..

Ok la...ni cuma pendapat aku je....well...belajar la memasak..slowly....ok...jumpe lagi...

Wednesday, February 13, 2013

Flower....



Hai.....buat ape tu???
Of coz la bace blog ni kan...huhu....
Saje je ni...jumpa blog kesayangan...
Kinah dah lame xupdate blog die...xtau dah nak bace blog sape...
cmni nak kena tukar hobi lain plak....

Jom tengok pokok bunga saya...bunga mawar pink....

Cantik kan???
Well...mane ade seorang wanita tidak suka pada bunga...pasti semua suka..namun mungkin jenis bunga je berbeza-beza...aku suka bunga ni...dan banyak bunga lain...

Ni ade dua batang pokok sebenarnye...dah pindah kat pasu yang besar..cuma xsempat nak ambik gambar yang pasu bunga baru tu...bunga ni beli kat pasar malam je...


Kalo tengok kat wikipedia..bunga mawar or ros ni sebenarnye asal dari tanaman semak..ketinggian boleh mencecah 2 hingga 5 meter...ade banyak species...100 hingga 150 species...hebat kan...Ciptaan Allah memang hebat...ade banyak jenis warna bunga ni...namun pink yang aku suka...

"Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih."

Banyak lagi info sebenarnye..tapi malas nak translate..huhu..bace untuk pengetahuan saje...kalo cam kawan sekelas aku mase di umk, asrul...die mesti suka kongsikan info macam2...even kalo die minum kopi, die tetibe akan cari info sal kopi....bagus die..suke bace...
Well...aku sekarang ni cuba pupuk minat membace juga....in progress....

Ok la...see u later....

.....Ukhuwaah Fillah abadan abada.....

~saranghae~

Wednesday, February 6, 2013

.....semalam dan hari ini....



Hai semua....rasanye aku banyak tengok tv kot...macam2 cerita aku tengok...banyak mase free kan....biasa la...kali ni nak ceritakan sal cerita debunga lalang...dah habis tadi....cerita yang bagi aku menyentuh perasaan...aku pun tidak faham kenapa ade seorang ibu yang sangat benci anaknya...padahal anak kandung...yang keluar dari rahimnya sendiri...tapi dibenci...pelik bukan...itulah yang diceritakan didalam debunga lalang...

Bagaimana akhirnya Aisyah terlalu berkecil hati sehingga ibunya nazak pun die tidak ingin melawatnya...itulah sebenarnye dalam kehidupan, bila ade kata-kata yang betul2 menyakitkan..yang betul2 terguris...kerana kata2 sebelumnya menjadikan pelbagai kesan di hati....mungkin kerana dendam...mungkin hanya kerana tersangat terluka....jadi akibatnye begitulah...

Ramai yang selalu gunakan alasan jangan jadi derhaka...oleh seorang ibu..oleh seorang suami...ramai...namun hakikatnye, perlu lihat juga diri sendiri....macam cter cerekarama sabtu hari tu...sama juga...memang ramai yang claim yang cmtu..katanya itu hak mereka....entahlah...aku bukan baik pun nak ceritakan semua ini....

Namun sebenarnye...hakikatnye....jika semalam kite pernah mengguris hati dan perasaan seseorang itu...belum tentu pada hari ini die akan melupakan perkara itu..kita mungkin lupa...namun orang yang berkecil hati itu tidak akan lupa..tidak akan pernah....

Jadi...
Siapa kata semalam tiada kaitan dengan hari ini....kerana semalam hari ini kita begini....jadi bersyukur dengan apa saje yang berlaku....bermuhasabah diri...

Aish...pandai tol aku cakap kan....sebenarnye aku juga tujukan entry ni buat diri aku....
Apa yang aku tlis sebenarnye adalah ape yang aku lihat, bace, pemerhatian..kajian...dan segalanya yang berlaku di sekitar aku...oleh itu aku tulis...menulis setiap pandangan aku...

Ini aku..dan tetap begini...huhu...
Ok la...nak bakar kek kejap....
jumpa lagi ye....

Tuesday, February 5, 2013

....Terus Terang...

.....Assalamualaikum....

Semoga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dibawah rahmat dan kasihNya....semoga segalanye lancar dan dipermudahkan  Allah...Well...rasenye dua hari dah tidak berbicara dengan blog ni..bukan banyak kerja sangat..namun ketandusan idea dan sambil memujuk diri sendiri...

Here I come with the topic..terus terang...be honest...jujurnya aku lebih sukakan orang yang selalu terus terang dengan  aku...walau sesakit mana sekalipun, aku lebih memilih terus terang...ye..walaupun mungkin ia menyakitkan..namun bagi aku itu lebih mudah dimaafkan jika dibandingkan dengan mengetahuinye daripada mulut insan yang lain..berbeza keadaan dan tindakan...berbeza pandangan...juga dalam hal ini...mungkin anda di luar sana tidak sependapat dengan aku..namun bagi aku...bagaimana aku dibesarkan, bagaimana aku belajar, bagaimana personaliti dan character aku, aku lebih suka jika sesiapa pun memilih untuk berterus terang.....

Terus terang itu mungkin tidak bagus jika tidak kena masa dan waktunya...memang benar...kena memilih masa yang sesuai..tak ramai yang pandai memilih masa...lantas ape yang cuba nak diterus terang tu menjadi salah faham dan melibatkan pertengkaran...

Bagi aku, berterus terang tu bagus sebab tidak hipokrit...tidak usah sembunyikan apa-apa...lebih baik begitu..oleh itu, tindakan akan juga selaras dengan keadaan....

Aku bukan tujukan entry kali ni buat sesiapa..ini cumalah pandangan aku...setelah tengok cerita setia hujung nyawa kat tv3 sampai episod hari ni....ape sebab semua tu berlaku...kenapa boleh bergaduh sampai begitu...kerana tidak berterus terang...seandainye dari awal ibu EL berterus terang pasti tiada episod begini...tapi tu lah..itukan cuma drama semata-mata...namun sebenarnye mesti ade terselit kisah yang begitu di alam realiti dan bukan sekadar lakonan semata-mata...

Dari dulu aku akui, aku memang suka untuk berterus terang..ataupun dengan kata lain...kalau suka, aku katakan suka...kalau benci aku katakan benci...kalau marah, aku katakan marah...itulah aku...aku lebih suka tunjukkan ape yang ade di hati aku...supaya ia tidak bergegar didalam sana dan akan menjadi gunung berapi...namun terkdang aku juga akui, aku tidak mahu lakukan begitu atas sebab tertentu...sehingga ia memakan aku sendiri bila ia menjadi gunung berapi yang meletup...mengeluarkan larvanye sendiri...yang penuh dengan pelbagai perasaan...

Bagi seseorang yang seperti aku, yang sukar lupakan sesuatu dengan mudah....amat sukar untuk aku hadapi segala situasi yang pahit...situasi yang luka...parah...namun aku selalu..saban hari berdoa agar aku memaafkan semua orang yang berada disekeliling aku....melupakan segala kenangan yang pahit mahupun manis...kerana aku penat....tidak mudah orang memahami seseorang yang lain seandainye die sendiri tidak mengalami perkara yang sama...

ok la...kerana siapa kita hari ini akan menentukan apa yang akan jadi hari esok..jadi sentiasa menjadi baik...berpada-padalah akan segala tindakan....tidak semua orang akan menutup mata dengan siapa kita semalam...itulah hakikat manusia....be aware..be yourself...

......saranghae.....

Saturday, January 26, 2013

Ujian....

.....Assalamualaikum...

Hai...I come again....kali ni nak ceritakan tentang ujian...well...dalam kehidupan kite ni ade macam2 ujian....samada ujian dalam kehidupan...mahupun dalam pelajaran...exam....yeah....sejak mula2 kite sekolah...darjah 1, dah ade ujian....pertengahan tahun, akhir tahun..ujian bulanan la...macam2 kan....dalam kehidpan kite seharian pun sama.....pasti ade ujian....

Ujian datang dalam pelbagai bentuk....datangnya ujian dari kekayaan, kemiskinan, bencana alam seperti banjir, ribut taufan...pelbagai lagi....umat terdahulu juga diberikan ujian juga...kenapa? kerana itu sajalah cara untuk menguji tahap keimanan....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"
~Surah Al-Baqarah: 216~

Well.....aku bukanlah baik..mahupun beriman seperti ustazah....malah aku juga terkadang lalai dalam ibadah...malah terkadang juga tidak istiqamah....aku cuma berkongsi ilmu....dari sebuah buku....buku yang baru aku mula pembacaannya.....dah agak seminggu aku beli buku ni..namun tak dibaca....sekarang baru baca....


Ni la die buku tu....best jugak isi die....ni fav ustaz...aku tengok die dalam tanyalah ustaz pada mulanye...kemudian ade banyak ceramah die...lalu aku download dan dengar..agak menarik...perlu baca banyak perkara yang sebenarnye kite xsedar kite buat...namun kite akan sedaar apabila ianye jadi pade keturunan kite...adik beradik kite.....macam2 yang jadi barulah kite sedar....

Well..ini untuk peringatan diri aku sendiri....jadi aku bace buku ni...untuk pengajaran diri....sebarang perkongsian akanku kongsikan di lain entry....ok.....

...see u soon....

Saturday, January 12, 2013

Korean Drama

...Assalamualaikum...

Just now, I watching korean drama.....
Heartstrings...Lee Sin and Gyu Won...
Even dah tengok banyak kali...
Still aku akan tengok...

Kenapa aku suka sangat tengok cter korea...
Pertamanya....biasanya pelakonnya mesti cantik dan hensem...
Dgn kata lain..aku cuci mata...hahaha...
Well...aku suka tgk cter korea bila aku sedih..tension..serabut sangat...
Sebab bila tengok hero ngn heroin cter...jadi rase ok...

Keduanya...Love story dalm cter korea selalunya....
So sweet.........ade je care tersendiri...
I like....

Yang ketiga....Ade banyak cter korea yang buat aku gelak dengan
watak2 yang ade....dgn scene die yg kelakar...
lawak yang spontan...
Sometimes just because I like to watch that scene..
I will watch it whenever I like..

Lastly....
Music or lagu dalam cter korea biasanya dapat menarik perhatian...
dan aku suka dgr alunan muzik die...cam lovely je...
well aku kn agak jiwang..
walaupun xfaham lagu die...
But I really like it.....

Antara cter yang aku suka tgk dan berulang kali aku tengok ialah
Heartstrings...
You're Beautiful...
Secret Garden...
All About Eve...
My Girls..
Wonderful Life...
Cinderella Man...
Dream High..
Dan banyak lagi...

Terlalu banyak yang best...
Well that's is my interest...
Sape2 yg minat nk share cter korea ngn aku...dialu-alukan...
I like it so much...

...Saranghae...

Thursday, January 10, 2013

I feel....

....Assalamualaikum...

Hai...good day everybody...sebelum tengok cter Legacy kt Tv3 jap lagi....
Rasanye ingin menulis entry baru..
well..it's nothing actually....
But...
Tadi bila tengok facebook..
teringat banyak benda yang jadi selama aku guna fb tu...
sometimes rase nk delete je..tp sayang plak...
Ade banyak pengalaman...
pahit manis, suka duka, tangis gelak...
Semuanya...

Kebanyakan dari kita selalunya akan update status di fb xkira dalam keadaan apapun...
tambah2 saat kecewa dan sedih...
kebanyakan dar kite lupa...
seharusnya cuma pada Allah jualah kita pada mengadu...
Me too....
selalu luahkan ape je perasaan kt fb...
Last yang aku marah sangat kt Fb mase september lalu...

Well, whoever yg rapat dgn aku..maybe lebih mengerti...itu kerana aku terlalu kecewa...
Aku tahu aku salah sebab tuduh orang macam tu...
aku ni pernah cakap dkt someone ni camni:

"Mentang2 la Die baik, jadi ko ingat ko dah jadi baik jugak la"

Well...somethings like that...ai..bila diingat balik...kenapa la aku marah sangat...
aku patut bersyukur sbb die jadi baik....well, die memang dah transform diri die...
Tp kn...agak menyedihkan bila berikutan kata2 tu banyak juga tuduhan yang aku terima...
nasib badan la kn...sape suruh mengata orang kt fb...
But, dalam 2 3 hari kemudian...aku mintak maaf juga..
xtahu la samade die tahu ke x...

But, here.....
I am sincerely appologize with u...
If u or others person who know you well...
I really sorry for what I say...
It really because I feel hurt so much that time...
and again..sorry...

Now, rasenye aku boleh terima ape yang jadi...cuma untuk meneruskan persahabatan yang pernah terjalin mungkin sukar...because u also said something more hurting before....
whatever it is...prove that u are really happy...


Wednesday, January 9, 2013

Debunga Lalang

....Assalamualaikum...

Baru habis menonton slot azalea kt TV3....Almaklum la....penganggur terhormat kn sekarang....
Cter Debunga Lalang...I watch it since first episod...
Agak menarik cter ni...and I really like it...
don't know why...maybe bcoz somehow I feel this drama series suit me..

Ni la barisan pelakon utama....
Aku bukanlah nk kupas n ceritakan cerita ni...even aku xtahu pun jalan ceritanya...
cuma...I really feel in love with this drama...I feel touch everytime I watch it...

Somehow, I feel like, I am like Aisyah in this drama....maksud aku bukanlah aku sebaik aisyah...
But, how i feel...between aisyah and his mom....I feel that way too...
Tp aku maybe lebih bernasib baik....maybe aku je yg rasa macam tu kut...
namun hakikatnya bukan macam tu agaknye...

But...dalam banyak2 watak, aku suka watak aisyah...
sebab...die sangat baik..bagi aku die tu macam isteri yang solehah...i wish that i will be just like that when i married...
Tp aku bukanlah akan serahkan anak sendiri kepada orang lain...
Cuma watak die yang baik...taat pada suami...
ambik berat kt mak die walaupun mak die buat macam2 kt die...
Curahkan kasih sayang untuk anak2 die...
entah...
Sometimes....I feel that the ideal mom that I dream everyday....
But...only dream...so that, I should be Ideal Mom to my children in future....
Whatever it is....I should be grateful for who I am today...
And Love all people around me....

Love u all....
Sranghae....