Sunday, August 25, 2013

Keluarga Impian

...Assalamualaikum...

Hai....apa khabar? sentiasalah ucapkan syukur je dengan ape yang jadi...Insya' Allah ada hikmahnya...apa khabar family anda? baik-baik aje kan...

Hurm...hari ini timbul satu persoalan yang berputar-putar di kepala ini...keluarga impian..bagaimana keluarga yang anda impikan....? fikirkan....dengan details...kerana untuk membentuk keluarga impian anda, ianya bermula dengan anda....dengan membentuk diri anda...

Ini pada pandangan aku....untuk membentuk sesebuah keluarga yang anda impikan...bermulanya dari anda sendiri....tidak kira anda lelaki atau perempuan, perbetulkan dan persiapkan diri anda....dari segala segi...agama, akhlak, sahsiah..pokoknya segalanya la....cari ilmu agama, banyakkan membaca tentang alam perkahwinan sebelum anda melangkah ke alam itu..itu sebagai persediaan...pastikan diri sudah cukup bersedia fizikal dan mental...mungkin kita nampak mudah je...tapi bagi yang tidak memasuki alam itu, jangan ambil mudah....

Langkah kedua, pilih pasangan yang baik....jika anda mencari isteri, carilah isteri yang sanggup menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik...lebih baik cari yang ade agama, baik akhlaknya...kerana biasanya orang yang beragama pasti mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik....
sama kesnya dengan mencari suami...janganlah mencari asal jumpa je..terima...anda harus memilih....dan penting sekali agama..kerana suami harus mendidik dan menerajui keluarga itu sendiri samada ke arah jalan menuju syurga tau neraka...itu bergantung cara didikan...

Itu satu permulaan....sepatutnya anda harus fikir masak-masak...tidak salah memilih kerana cinta...cinta juga penting..kalau tak cinta bagaimana pulaanda akan jalankan tanggungjawab anda....harus ada cinta...namun persiapkan diri anda dengan sepenuhnya....

teladan yang baik adalah melalui perbuatan....bukan perkataan....
Ada banyak lagi ilmu yang perlu diterokai sebelum memasuki alam perkahwinan....jangan ambil mudah...kerana disitu bermula perbentukan keluarga yang sakinah....

Tapi kalau nak senang kawen la dengan orang yang bernama sakinah...bila kahwin je dah jadi keluarga sakinah...(just joking)....

Well...jika permulaannya silap, hingga ke akhirnya perjalanan itu salah....melainkan jika anda berpatah balik...jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa...jangan biarkan mereka menjadi tidak baik...jangan terapkan nilai-nilai yang tidak baik...didik anak-anak dengan baik..supaya kelak, mereka akan menjadi idaman semua....

Jika anda mempunyai sikap A, anak-anak anda juga pasti punyai sikap yang sama....surely....jadi, ubah diri dulu sebelum ke alam perkahwinan....

well..that's all my point today...
Aku doakan kalian dan diriku juga akan menjadi isteri yang baik...suami yang baik..serta ibubapa yang baik...insya' Allah...

No comments:

Post a Comment