Wednesday, September 18, 2013

Anak Yang Baik....

...Assalamualaikum...

Hai...

Siapa kat dunia ni nak jadi anak derhaka? cuba fikirkan...siapa yang tak nak jadi seorang anak yang baik...tapi kenapa ramai anak yang jadi anak derhaka? di mana silapnya...siapa yang menjadikan anak derhaka ini?

Seawal anak dilahirkan..ia bagaikan kain putih..yang tiada apa corak..sedikit pun tiada corak...siapa yang akan mencorakkannya kalau bukan ibu bapa? Ya..ibu bapa la yang bertanggungjawab dalam mencorakkan anak-anak...menjadi jahat, manjadi baik..mahupun derhaka....semuanya atas didikan yang diberikan ibu bapa....

Menjadi ibu bapa bukan sesuatu yang mudah...mungkin mudah bagi yang tahu agama...yang mengamalkan ilmu agamanya..dan yang menganggap anak-anak itu amanah...namun berapa ramai yang membiarkan anak-anak menjadi anak derhaka....

Andai la kita boleh nampak dosa...dan andai dosa ada bau dan sebagainya...pasti semua orang takut..aku pun...aku sendiri tak tahu nak bahaskan topik ini..cuma aku ingin kongskan sedikit keluh kesah yang aku alami...

Tauladan yang baik adalah melalui perbuatan bukan perkataan...perlu lebih banyak mengajak berbanding mengajar...ramai orang kurang percaya dengan telinga, namun lebih ramai yang percaya akan mata...jadi cuma satu je yang mampu aku nasihatkan kali ini...walauapapun...banyakkanlah untuk mengajar anak-anak melalui perbuatan....itu yang lebih baik...sebab tu ramai kn anak-anak orang yang bisu baik-baik je..sebab selalunya mereka ajarkan anak mereka melalui perbuatan dan ajakan sahaja....

Renung-renungkanlah..ini cuma peringatan untuk diri sendiri..semoga suatu hari nanti aku tidak menjadikan anak-anak aku anak derhaka....dan semoga aku mampu mendidik mereka ke arah yang baik...mudah-mudahan....insya' Allah...


No comments:

Post a Comment