Tuesday, February 5, 2013

....Terus Terang...

.....Assalamualaikum....

Semoga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dibawah rahmat dan kasihNya....semoga segalanye lancar dan dipermudahkan  Allah...Well...rasenye dua hari dah tidak berbicara dengan blog ni..bukan banyak kerja sangat..namun ketandusan idea dan sambil memujuk diri sendiri...

Here I come with the topic..terus terang...be honest...jujurnya aku lebih sukakan orang yang selalu terus terang dengan  aku...walau sesakit mana sekalipun, aku lebih memilih terus terang...ye..walaupun mungkin ia menyakitkan..namun bagi aku itu lebih mudah dimaafkan jika dibandingkan dengan mengetahuinye daripada mulut insan yang lain..berbeza keadaan dan tindakan...berbeza pandangan...juga dalam hal ini...mungkin anda di luar sana tidak sependapat dengan aku..namun bagi aku...bagaimana aku dibesarkan, bagaimana aku belajar, bagaimana personaliti dan character aku, aku lebih suka jika sesiapa pun memilih untuk berterus terang.....

Terus terang itu mungkin tidak bagus jika tidak kena masa dan waktunya...memang benar...kena memilih masa yang sesuai..tak ramai yang pandai memilih masa...lantas ape yang cuba nak diterus terang tu menjadi salah faham dan melibatkan pertengkaran...

Bagi aku, berterus terang tu bagus sebab tidak hipokrit...tidak usah sembunyikan apa-apa...lebih baik begitu..oleh itu, tindakan akan juga selaras dengan keadaan....

Aku bukan tujukan entry kali ni buat sesiapa..ini cumalah pandangan aku...setelah tengok cerita setia hujung nyawa kat tv3 sampai episod hari ni....ape sebab semua tu berlaku...kenapa boleh bergaduh sampai begitu...kerana tidak berterus terang...seandainye dari awal ibu EL berterus terang pasti tiada episod begini...tapi tu lah..itukan cuma drama semata-mata...namun sebenarnye mesti ade terselit kisah yang begitu di alam realiti dan bukan sekadar lakonan semata-mata...

Dari dulu aku akui, aku memang suka untuk berterus terang..ataupun dengan kata lain...kalau suka, aku katakan suka...kalau benci aku katakan benci...kalau marah, aku katakan marah...itulah aku...aku lebih suka tunjukkan ape yang ade di hati aku...supaya ia tidak bergegar didalam sana dan akan menjadi gunung berapi...namun terkdang aku juga akui, aku tidak mahu lakukan begitu atas sebab tertentu...sehingga ia memakan aku sendiri bila ia menjadi gunung berapi yang meletup...mengeluarkan larvanye sendiri...yang penuh dengan pelbagai perasaan...

Bagi seseorang yang seperti aku, yang sukar lupakan sesuatu dengan mudah....amat sukar untuk aku hadapi segala situasi yang pahit...situasi yang luka...parah...namun aku selalu..saban hari berdoa agar aku memaafkan semua orang yang berada disekeliling aku....melupakan segala kenangan yang pahit mahupun manis...kerana aku penat....tidak mudah orang memahami seseorang yang lain seandainye die sendiri tidak mengalami perkara yang sama...

ok la...kerana siapa kita hari ini akan menentukan apa yang akan jadi hari esok..jadi sentiasa menjadi baik...berpada-padalah akan segala tindakan....tidak semua orang akan menutup mata dengan siapa kita semalam...itulah hakikat manusia....be aware..be yourself...

......saranghae.....

No comments:

Post a Comment