Hai...I come....with new entry...Cinta dan Benci...aku dapat artikel ni dari majalah Anis keluaran Februari 2012....
Cinta dan benci sentiasa akan hadir berpasangan dan dengan
belas kasih serta rahmat Allah, pasangan fitrah ini dapat diikat bersatu dalam
kebahagiaan yang abadi dengan arah tuju hakiki.
Sudah menjadi fitrah insan. Menangis ketika sedih dan
tersenyum serta tertawa ketika gembira atau bahagia. Ketika rasa disayangi dan
dicintai, terbayang wajah yang dikasihi sudah cukup menceriakan hati. Apa lagi
bila dapat bertemu. Sebaliknya apabila terasa diri tidak lagi dicintai dan
disayangi, kesedihan, kemarahan dan kebencian mengambil tempat mengisi rasa.
Ada yang berpendapat ‘benci’ adalah hasil atau risiko
daripada ‘benar-benar cinta’…..’ben’
dari kata-kata ‘benar-benar’ dan ‘ci’ dari perkataan ‘cinta’. Benar atau tidak terpulang
kepada pandangan dan pengalaman masing-masing. Ada juga rasionalnya. Umpama sekeping
syiling yang ada dua permukaan, ‘cinta dan benci’ atau ‘cinta dan marah’ berada
di permukaan bertentangan pada satu syiling yang sama. Sekeping syiling
bernilai 20 sen terukir nombor ‘20’ di satu muka dan di permukaan lagi satu
ialah gambar Parlimen ataupun tepak sirih. Nilai 20 sen tidak terpakai jika
hanya sebelah muka syiling sahaja terukir dan sebelah lagi kosong.
Demikian umpama dalam hidup manusia. Rasa cinta dan benci
yang bersilih ganti membangkitkan pula rasa teruja, membuat perjalanan hidup
lebih berwarna warni dan dinamik. Seperti seronoknye manaiki roller-coaster di taman tema. Seronok dan
cemas semasa roller-coaster naik dan
turun, disitulah keindahan dalam permainan tersebut. Begitulah fitrah
penciptaan perasaan.
Nanti bersambung lagi ye artikel ni...sebab panjang sangat...jadi aku potong cket2....next entry dengan tajuk Apabila Cinta Terhakis....
~saranghae~
No comments:
Post a Comment