.....Apabila Cinta Terhakis....
Di sebalik perasaan seorang manusia ada aspek insaniah yang
lebih mantap dan teguh iaitu aspek spiritual dan kerohanian. Disinilah
bertakhta potensi paling bernilai bagi seorang manusia di mana inspirasi dari
nama-nama Allah yang indah iaitu Asmaul Husna terpancar. Disebalik rasa cinta
adalah inspirasi Ar-Rahim (Maha Pengasih), Ar- Rahman (Maha Penyayang) dan Al-
Wadud (Maha Pencipta).
Spiritual atau kerohanian memberikan aspek arah tuju atau
penyerahan penuh kepada Zat yang Maha Esa tanpa sekutu. Zat Maha Esa yang tiada
sekutu baginya adalah Allah. Dia yang memiliki Asmaul Husna sesuai dengan
sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna.
Kemanisan rasa cinta di tahap emosi terutama apabila arah
tuju cinta hanya antara manusia akan segera hakis kerana begitulah sifat
makhluk – “baharu” dan akan “musnah” akhirnya. Ketika cinta tahap emosi hakis,
yang terasa adalah ‘pasangannya’ iaitu ‘benci’. Fitrah manusia cepat jemu dan
bosan. Keterajuan cinta di awal perkenalan akan terhakis bersama perjalanan
waktu. Ini juga sifat fitrah kejadian makhluk.
Fitrah perasaan manusia tidak akan berubah. Demikian sunnatullah
atau peraturan hokum alam yang ditetapkan oleh Allah.
Firman Allah: “Kerana
engkau sekali-kali tidak akan sekali mendapati sebarang pertukaran bagi
sunnatullah (ketetapan Allah) dan engkau sekali-kali tidak akan mendapati
sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu” (Al-Fatir 35:43)
Cinta dan benci sentiasa hadir berpasangan dan dengan belas
kasih serta rahmat Allah, pasangan fitrah ini dapat diikat bersatu dalam
kebahagiaan yang abadi dengan arah tuju yang hakiki. Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim
dan Al-Wadud kekal abadi tanpa awal dan akhir. Bila cinta dan benci dibawa
bersama menghadap Dia Yang Maha Esa, rasa benci pun tidak akan membuahkan
derita, malah dalam benci masih ada sayang dan rindu. Bukan itu sahaja, jika
tertulis di azali berlakunya perpisahan antara dua insan, rasa benci tidak
berbuah permusuhan atau dendam.
No comments:
Post a Comment