Allah SWT. Yang
Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua
hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari
penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta
membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.
Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul
bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan
Adam dan Hawa.
Diriwayatkan
bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji
adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan
adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku.
Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga
bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan
hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Setelah akad
nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan
mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin
agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan
isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut
haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s
bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia
insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan
hidup.
Sekarang ia
sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling
menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah
mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima
mahar adalah benar.
Pergaulan hidup
adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah
menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar
yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar
dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan
kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata
Tuhan.
“Apakah hamba
akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam
a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas
suara Ghaib.
Adam diam,
mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu
tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT.
berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi
yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad,
cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul.
Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa
mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT.
berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di
dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini,
dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya)
kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak
lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang
pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh
kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin
dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa
pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya
berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun
ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi
kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian
bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah
SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang
petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya
tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
No comments:
Post a Comment