Saturday, February 2, 2013

Kisah Gajah Sarkis

...............

Hai.....kali ni plak nak cter sal gajah...tadi terbaca majalah ni...die ceritakan sal gajah ni....jadi rasanye elok juga kalau nak kongsikan kat sini kan.....

Anda pernah tengok sarkis???? Tahukah anda selepas habis pertunjukan, gajah tidak dikurung seperti harimau, singa dan lain-lain. Petugas sarkis hanya mengikat kaki gajah dengan rantai besi yang bersaiz sederhana. Kemudian rantai itu diikat pada sebatang kayu kecil yang ditanam ke dalam tanah. Jika kita fikirkan logik, bolehkah gajah itu melepaskan dirinya? Sudah tentu boleh kan...

Agaknya gajah tersebut suka dengan kerjanya? Atau mungkin petugas sarkis melayan dan menjaganya dengan baik? Betulkah begitu?
Sebenarnye gajah tersebut hidup terseksa dan menderita. Semasa proses latihan gajah tersebut dilayan dengan teruk dan kejam. Pastinya jika diberi pilihan gajah itu ingin kembali ke habitatnya dan bertemu keluarga tersayang. 


Tapi...kenapa gajah iut tidak berusaha melepaskan dirinya? Adakah kerana ia tidak cukup kuat untuk melepaskan diri? Apa yang terjadi sebenarnye gajah itu memiliki kepercayaan yang negatif. Gajah pun boleh memiliki kepercayaan negatif macam manusia??? Memang benar. Kepercayaan negatif yang dimiliki gajah tu adalah " Aku tidak boleh lepas selagi rantai besi itu masih terikat dikakiku"

Macam mana gajah boleh fikir begitu?? Dari mana datangnya kepercayaan itu? Siapa yang memasukkan kepercayaan itu? 

Semasa gajah masih kecil, para pelatih telah mengikat kaki gajah dengan rantai yang besar dan kuat. kemudian rantai tersebut diikat pula pada batu konkrik yang besar dan kukuh. Apabila anak gajah cuba berusaha melepaskan dirinya, ia gagal dan terus gagal walaupun telah mencuba beribu kali. 
Akhirnya anak gajah percaya dan berkata, " selagi rantai besi ini diikat di kaki aku, pasti aku tidak akan berjaya melepaskan diri."
Malangnya kepercayaan itu dipegang hinggalah anak gajah meningkat dewasa dan terus menjadi hamba kepada dunia sarkis.

Jadi pada yang telah berputus asa dan tiada kepercayaan pada diri, apa bezanya anda dengan gajah ini..???
Ingatlah kuasa percaya itu lebih besar berbanding kemampuan anda....bila anda percaya anda mampu, pasti anda akan mampu lakukan...jangan jadi seperti gajah..walaupun punyai kekuatan, namun kerana tiada kepercayaan diri, die tidak berusaha melepaskan diri dari sarkis tu....

Sebagai motivasi dan ingatan untuk anda dan diri saya sendiri...huhu...
Selamat berusaha...dan semoga berjaya....

.....saranghae...

No comments:

Post a Comment