Showing posts with label Ilmu Yang Baik. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Yang Baik. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

Peranan isteri...

..Assalamualikum...

Terbaca sebuah majalah mengenai peranan isteri....jom kita...

Seorang isteri perlu menyediakan keperluan suami...Sayidatina Aishah r.ha sangat mengambil berat keperluan Baginda. Memandangkan Baginda SAW akan bangun malam untuk bertahajud, sebelum tidur beliau akan menyediakan segala keperluan bagi memudahkan Baginda SAW untuk bertahajud. Kayu sugi dan air bersih akan disiapkan dan diletakkan di tempat Baginda membersihkan diri. Tidak mustahil layanan yang terbaik ini menjadikan Sayyidatina Aisyah isteri yang paling disayangi Baginda Rasulullah SAW. 

Selain itu, sediakan keperluan pasangan sebaiknya. Pakaian suami dijaga rapi dan sentiasa dogosok agar kelihatan kemas serta selesa. Begitu juga dengan penampilan isteri, kemas dan wangi disisi suaminya.

Makan minum suami perlu disediakan secukupnya. Pakar psikologi ada menyebut air tangan isteri mampu mengikat hati suami untuk terus setia dalam perhubungan. Walaupun perkara ini dipandang remeh tetapi kesannya begitu besar di hati suami.

Seorang isteri juga perlu menjadi pembakar semangat suami...disebalik kejayaan Baginda SAW, dibelakangnya ialah Sayidatina Khadijah. Beliau yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat kepada Baginda SAW. Seorang isteri yang sentiasa menemani Baginda keseorangan, yang meilih Baginda ketika Baginda dipulaukan, membantu perjuangan Baginda sehingga berjaya dengan harta dan jiwanya.

Selain itu berbaktilah kepada suami......
Rasulullah SAW bersabda, " Kalau seorang perempuan memberikan setitis minuman kepada suaminya atau memindahkan barang dari tumahnya ke tempat lain untuk mambahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan ibadah setahun".

Sumber: Majalah Mukminah (Isu Perdana)

Wednesday, May 15, 2013

Kategori Manusia

Assalamualaikum

Lame tak kongsikan ilmu yang baik....asyik meluah perasaan je...jom nak kongsikan kategori manusia pada zaman ini...

Menurut Hasan al-Basri, seorang tokoh sufi terkenal menyatakan bahawa manusia pada zaman kita ada 6 jenis iaitu:

1. Manusia Singa, iaitu raja-raja (penguasa) dunia yang pekerjaannya menerkam yang lain dan tidak ada yang boleh mengalahkannya.

2. Manusia Serigala, iaitu golongan peniaga yang suka menghina barang dagangannya jika membeli dan memuji-muji jika dijual.

3. Manusia Babi, iaitu mereka yang menyerupai perempuan, suka memakai segala macam pakaian.

4. Manusia Anjing, iaitu yang memperbodohkan orang lain dan tidak berpegang teguh pada kebenaran.

5. Manusia Musang, iaitu yang suka berpura-pura dan menipu orang lain dengan agama supaya tercapai dunianya.

6. Manusia Biri-biri, iaitu mereka yang beriman (mukmin). Bulunya dibahagi-bahagikan, susunya diperah, dagingnya dimakan, kulitnya dikoyak-koyak dan tulangnya dipotong-potong. Meski demikian, ia kuat bagi menerima penderitaan daripada mereka yang menyakiti.

#dipetik dari buku Burhan Sodiq, "Ya Allah, Diakah Jodohku".

Thursday, February 28, 2013

Takdir...

Salam Sejahtera dan selamat pagi semua...

Dua tiga hari tidak menjenguk blog kesayanganku ini...semalam nak juga jumpa..namun xsempat pula...well...hari ni je la.....dah takdir..huhu...
Hari ni nak bercakap sal takdir....well...biasanye kite selalu cakap...dah takdir....selalu la cmtu kan....nak buat cmne..nasib badan..huhu...
Di dunia ini ada yang kaya, miskin, cantik, kurang cantik, sempurna..tiada cacat cela, ada pula yang cacat, buta...semua itu takdir yang Allah tentukan sejak azali lagi....kehidupan kita ini Allah telah tentukan...takdir itu boleh diubah...dengan berdoa dan memohon kepada Allah...semuanya atas ketentuan Allah...

Takdir itu natijah daripada qada’ dan qadar Allah. Qada’ itu ialah “ketetapan Allah” yang kita sebut sebagai “sunnatullah.” Ketetapan ini penting bagi memastikan keseimbangan alam dan seluruh isinya.  Sementara “qadar” itu adalah ukuran Allah untuk dijadikan sebab kepada takdir.  Takdir berjalan seiring dengan qada’ dan qadarnya.  Iradat (keinginan) perlukan kudrat ( usaha), itu qada’ Allah.  Namun sejauh mana kudrat diperlukan manusia bergantung kepada berat bebannya, itulah qadar Allah.

Qada’ Allah setiap yang jatuh itu tidak keatas tapi ke bawah (hukum graviti), dan nasib sesuatu yang jatuh itu yakni takdir bergantung kepada ketinggian dari tempat jatuh dan kekebalan objek itu yaitun‘qadar’.  Allah telah menegaskan akan hal tersebut dalam surah al-Qamar, ayat 49:
    “Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”

Justeru itulah kita diminta menimbangi perbuatan kita sesuai dengan qada’ dan qadar Allah supaya tidak celaka natijahnya. Demikianlah yang dimaksudkan oleh Allah:
    “....dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan …” (al-Baqarah: 195)

Contohnya, semakin tua umur suatu tali, akan semakin lapuk dan kemampuan untuk mengangkat dan menahan bebannya pun akan semakin berkurangan, inilah qada’. Katakanlah tali tersebut qadarnya hanya mampu menahan beban seberat 50 kg, itupun kurang dari 2 jam. Jika kita nekad (tekad) menggunakan tali tersebut dengan beban melebihi kemampuan tali kemudiannya kita ditimpa kecelakaan, tidak boleh kita salahkan Allah sebaliknya salah kita sendiri. Seharusnya gunalah akal dan selidik dulu keupayaan tali tadi. Jika tidak pasti akan keupayaannya, hindarilah daripada menggunakan tali yang sudah berusia tadi untuk mengangkat beban yang berat, sebaliknya dapatkan tali baru atau alternatifnya.  

Banyak lagi perkara berlaku kerana takdir...kita sebagai hamba Allah..berdoalah supaya semua yang baik-baik jadi kepada kita..namun jangan pula kita lupa untuk bersyukur...dan jangan la bersedih atas dugaan dan cubaan yang diberikan..bahkan bersabar...kerana setiap sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya....insya' Allah.....


Friday, February 15, 2013

....Niat.....



Hai..salam jumaat semua...marilah kita sama-sama menghayati suatu hadis ini...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.




Sesungguhnya hadith ini adalah di antara hadith penting yang menjadi paksi kepada putaran Islam. Ia adalah asas kepada Islam. Kebanyakan hokum-hukam Islam bersandarkan kepada hadith ini. Ini jelas dapat dilihat daripada kata-kata para ulama’

Imam Abu Daud berkata: “Sesungguhnya hadith ini iaitu hadith bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat”

Sementara Imam Ahmad dan Imam Syafie pula berkata: “ Di dalam hadith ini (iaitu hadith “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat”) mengandungi satu pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah sama ada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu daripada tiga pembahagian tersebut.” Kerana itulah para ulama’ suka memulakan kitab-kitab serta penulisan mereka dengan hadith ini. Imam Bukhari telah meletakkan hadith ini pada awal kitab sahihnya. Imam Nawawi juga telah memulakan ketiga-tiga kitabnya iaitu Riyadhus Sholihin, al-Azkaar dan al-Arba’uuna Hadiithan (Hadith Empat Puluh) dengan hadith ini.



Faedah pembukaan dengan hadith ini ialah sebagai peringatan kepada penuntut ilmu agar mrngikhlaskan niatnya semata-mata kerana Allah Taala di dalam menuntut ilmu dan melakukan amalan kebaikan.


Sebab hadith ini diturunkan:

Imam at-Thabrani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir dengan rantaian perawinya yang tsiqah, daripada Ibnu Mas’ud Radhiyallahuanhu beliau berkata: “Terdapat di kalangan kami, seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai ‘Penghijrah Ummu Qais’.

Kandungan Hadith:


1. Syarat Niat

Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti sembahyang, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.

Manakala ibadat tidak langsung, iaitu yang hanya menjadi wasilah seperti wudhuk dan mandi, maka ulama’ Mazhab Hanafi berpendapat bahawa niat adalah syarat sempurna sahaja bagi menghasilkan pahala. Manakala ulama’ mazhab Syafi;e dan lain-lain menyatakan bahawa niat juga merupakan syarat sah. Oleh itu, ibadat-ibadat langsung tidak sah kecuali disertai dengan niat.

2. Waktu niat dan tempatnya

Waktu niat ialah permulaan ibadat, seperti takbiratul ihram di dalam ibadat sembahyang dan ihram di dalam ibadat haji. Manakala di dalam ibadat puasa, memadai niat sebelum bermulanya puasa kerana kesukaran untuk memerhati fajar pagi.

Tempat niat ialah di hati, justeru itu tidak disyaratkan berlafaz dengan niat tersebut. Walaupun begitu, disunatkan berlafaz sebagai menolong hati untuk memudahkannya mengingati apa yang ingin diniatkan. Disyaratkan juga pada niat, menentukan perkara yang diniatkan dan membezakannya daripada perkara lain. Oleh itu tidak memadai bagi seseorang itu sekadar meniatkan sembahyang sahaja, bahkan mesti menentukan jenis sembahyang tersebut sama ada zohor atau asar dan seterusnya.

3. Berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh

Hadith ini juga menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh, tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti sakit, mati atau seumpamanya yang menghalang seseorang daripada melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.

4. Ikhlas di dalam amalan dan ibadat

Hadith ini juga membimbing kita supaya ikhlas di dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dan pahala di akhirat, juga mendapat taufik serta kejayaan di dunia.

5. Amalan yang bermanfaat

Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t.

Saturday, February 2, 2013

Retirement Planning...


Hi...I come with new topic....retirement planning....perancangan untuk hari tua..tetibe berilmiah plak entry...tapi aku cuma ingin kongsikan saje...walaupun aku pernah ambik profesional exam untuk topic ni...namun cuma pengenalan saje...banyak benda yang masih perlu belajar...

Kalau kita tengok di Malaysia khususnye, ramai yang buat endah xendah je...cuma mengharapkan KWSP dan seangkatan dengannya...cukupkah? memadaikah dengan duit tersebut? sedangkan pasti ade banyak keperluan di hari tua nanti...dengan kesihatan yang kurang baik...dan macam2 keperluan lain....

Seharusnya, anak2 muda sekarang...yang baru mula bekerja...perlulah mula fikirkan...namun realiti di Malaysia ramai yang anggap tidak penting kerana masih muda kata mereka...cuba fikirkan, adakah anda nak tunggu umur 40 tahun baru nak melabur untuk hari tua anda....bagaikan dah terlambat kan....

Ramai orang yang rancang percutian, rumah baru, kereta baru...serba serbi untuk kegunaan semasa tanpa fikirkan masa depan...malah ramai yang anggap anak2 mereka akan menjaga dan merawat mereka di masa depan....dunia sekarang, tidak ramai yang sanggup menjaga ibubapa apabila mereka tua..malah ramai juga yang menghantar di rumah orang tua....

Jadi...anda haruslah fikirkan masa depan diri sendiri..usah bergantung dan mengharapkan anak2 anda..kerana kelak mungkin anak2 akan merasakn kite sebagai bebanan bagi mereka...oleh itu, mulaha melabur dari sekarang...mungkin membuat simpanan sendiri...usah membazirkannya...tidak salah membeli aset untuk kegunaan dan kemudahan harian...namun jangan keterlaluan...

satu cara yang baik dalam melabur ialah didalam estate...contohnye membeli ladang getah atau kelapa sawit...ladang lain pun boleh...seperti buahan2 atau apa2 yang boleh mendatangkan hasil....bulan2 duit dari hasil tu masuk...malah duit gaji kerja pun masuk....itu juga pelaburan..namun untuk melabur, carilah yang lebih pakar...jangan mudah tertipu...dunia sekarang macam2 ade..nak cepat kaya sanggup tipu sana sini...oleh itu dalam merancang perlu juga berhati-hati...

Ini je la dulu buat entry kali ni...ni semua poyoo...hahaha...xdelah...sebenarnye nak buat research tentang ini...namun masih belum ade rezeki untuk sambung master dan buat research ni...jadi cuma kekadang bace artikel or journal sal ni....dan ingat sedikit sebanyak mengenai sukatan yang pernah aku belajar tahun2 yang lepas....well...just share....next time aku share lagi ye....

~seseorang yang gagal merancang merupakan seseorang yang merancang untuk gagal~

......saranghae.....

Friday, February 1, 2013

Kembali Pada-Nya


Dalam cinta sesama manusia di tahap emosi, sepasang kekasih memandang antara satu sama lain berhadapan dibuai oleh rasa cukuplah mereka berdua dalam dunia ini, segala akan penuh keindahan. Kelemahan pasangan pada mulanya dirasakan ‘comel’ namun realiti hadir, kelemahan yang sama terasa rimas diikuti rasa bosan. Sikap mengambil berat pada mulanya menjadi sebab cinta berputik, akhirnya dirasakan terlalu mengawal kebebasan. Hadiah yang pada awalnya terasa romantic dirasakan sebagai pembaziran wang. Inilah yang berlaku bila arah tuju rasa semata-mata sesama manusia yang sama-sama tidak sempurna dan tidak kekal.

Alangkah indah apabila anugerah cinta daripada Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al- Wadud dikembalikan kepada-Nya. Manusia yang saling mencintai berjalan seiring bersebelahan melihat satu arah ke hadapan iaitu misi dan visi kehidupan yang telah disediakan oleh Allah Al-Ahad. Penyatuan dua hati yang cinta dan benci sering bersilih ganti dibawa secara dinamik sebagai tenagaberjalan menuju destinasi yang abadi.

Misi dan visi kehidupan jelas diberitahu melalu wahyu yang termaktub dalam maksud firman Allah didalam Al-Quran : “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi’.” (Al-Baqarah 2:30)
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz-Dzariyat 51:56)

Penyatuan dua hati yang bercinta biarlah saling kuat menguatkan dalam meningkat rasa kehambaan kepada Allah, sama-samajadi hamba Allah, bukan memperhambakan antara satu sama lain seterusnya berganding bahu memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi.

Bila berlaku perselidihan pendapat, sebagai hamba Allah, rujuklah wahyu supaya pandangan disatukan semula berasaskan ketetapan daripada Allah. Ketika marah, sebagai hamba Allah, hadapkan hati kepada Al- ‘Afuw (Maha Pemaaf) agar mampu diluahkan kemarahan itu dalam cara tindakan yang diredhai Allah. Ketika Cinta membara, hadapkan hati kepada Al-Matin (Maha Kukuh) supaya buaianperasaan oleh hawa nafsu dapat dikawal seterusnya diluahkan dalam tindakan yang diredhai-Nya.

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui…..” (Ar-Rum 30: 30)

Cinta dan Benci II

.....Apabila Cinta Terhakis....

Di sebalik perasaan seorang manusia ada aspek insaniah yang lebih mantap dan teguh iaitu aspek spiritual dan kerohanian. Disinilah bertakhta potensi paling bernilai bagi seorang manusia di mana inspirasi dari nama-nama Allah yang indah iaitu Asmaul Husna terpancar. Disebalik rasa cinta adalah inspirasi Ar-Rahim (Maha Pengasih), Ar- Rahman (Maha Penyayang) dan Al- Wadud (Maha Pencipta).

Spiritual atau kerohanian memberikan aspek arah tuju atau penyerahan penuh kepada Zat yang Maha Esa tanpa sekutu. Zat Maha Esa yang tiada sekutu baginya adalah Allah. Dia yang memiliki Asmaul Husna sesuai dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna.

Kemanisan rasa cinta di tahap emosi terutama apabila arah tuju cinta hanya antara manusia akan segera hakis kerana begitulah sifat makhluk – “baharu” dan akan “musnah” akhirnya. Ketika cinta tahap emosi hakis, yang terasa adalah ‘pasangannya’ iaitu ‘benci’. Fitrah manusia cepat jemu dan bosan. Keterajuan cinta di awal perkenalan akan terhakis bersama perjalanan waktu. Ini juga sifat fitrah kejadian makhluk.
Fitrah perasaan manusia tidak akan berubah. Demikian sunnatullah atau peraturan hokum alam yang ditetapkan oleh Allah.

Firman Allah:  “Kerana engkau sekali-kali tidak akan sekali mendapati sebarang pertukaran bagi sunnatullah (ketetapan Allah) dan engkau sekali-kali tidak akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu” (Al-Fatir 35:43)

Cinta dan benci sentiasa hadir berpasangan dan dengan belas kasih serta rahmat Allah, pasangan fitrah ini dapat diikat bersatu dalam kebahagiaan yang abadi dengan arah tuju yang hakiki. Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-Wadud kekal abadi tanpa awal dan akhir. Bila cinta dan benci dibawa bersama menghadap Dia Yang Maha Esa, rasa benci pun tidak akan membuahkan derita, malah dalam benci masih ada sayang dan rindu. Bukan itu sahaja, jika tertulis di azali berlakunya perpisahan antara dua insan, rasa benci tidak berbuah permusuhan atau dendam. 

Cinta dan Benci



Hai...I come....with new entry...Cinta dan Benci...aku dapat artikel ni dari majalah Anis keluaran Februari 2012....

Cinta dan benci sentiasa akan hadir berpasangan dan dengan belas kasih serta rahmat Allah, pasangan fitrah ini dapat diikat bersatu dalam kebahagiaan yang abadi dengan arah tuju hakiki.
Sudah menjadi fitrah insan. Menangis ketika sedih dan tersenyum serta tertawa ketika gembira atau bahagia. Ketika rasa disayangi dan dicintai, terbayang wajah yang dikasihi sudah cukup menceriakan hati. Apa lagi bila dapat bertemu. Sebaliknya apabila terasa diri tidak lagi dicintai dan disayangi, kesedihan, kemarahan dan kebencian mengambil tempat mengisi rasa.

Ada yang berpendapat ‘benci’ adalah hasil atau risiko daripada ‘benar-benar cinta’…..’ben’ dari kata-kata ‘benar-benar’ dan ‘ci’ dari perkataan ‘cinta’. Benar atau tidak terpulang kepada pandangan dan pengalaman masing-masing. Ada juga rasionalnya. Umpama sekeping syiling yang ada dua permukaan, ‘cinta dan benci’ atau ‘cinta dan marah’ berada di permukaan bertentangan pada satu syiling yang sama. Sekeping syiling bernilai 20 sen terukir nombor ‘20’ di satu muka dan di permukaan lagi satu ialah gambar Parlimen ataupun tepak sirih. Nilai 20 sen tidak terpakai jika hanya sebelah muka syiling sahaja terukir dan sebelah lagi kosong.

Demikian umpama dalam hidup manusia. Rasa cinta dan benci yang bersilih ganti membangkitkan pula rasa teruja, membuat perjalanan hidup lebih berwarna warni dan dinamik. Seperti seronoknye manaiki roller-coaster di taman tema. Seronok dan cemas semasa roller-coaster naik dan turun, disitulah keindahan dalam permainan tersebut. Begitulah fitrah penciptaan perasaan. 

Nanti bersambung lagi ye artikel ni...sebab panjang sangat...jadi aku potong cket2....next entry dengan tajuk Apabila Cinta Terhakis....

~saranghae~

Wednesday, January 30, 2013

11 jenis manusia yang didoa malaikat

...Assalamualaikum...

Hi....I come to share this...blogwalking and jumpe this info....well...aku bukan baik...aku tengah belajar sekarang ni....jadi banyak info yang akan aku kongsikan disini....mungkin untuk panduan kalian...tapi yang pastinye untuk panduan aku sendiri....ok...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Tuesday, January 29, 2013

Good Night

....Assalamualaikum....

Hi....All is well right....arini agak penat..mengemas rumah..jaga anak saudara..masak...dah macam suri rumah betul2 plak....sambil tunggu baju siap basuh....nak kongsi sesuatu...sebelum tidur...amalkan ini...

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al
 Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali (3x) seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
 Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )


Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semuaakan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan dan amalan kita bersama.
 
ok..see you soon...


Selamat malam semua...

Wednesday, January 23, 2013

Anak itu kupu-kupu syurga...

....Assalamualaikum...

Hi...I come again...huhu...another knowledge that I read on I Luv Islam page...
Rasanye entry lama kat page tu....
jadi aku post kat sini juga ye...
Ilmu berguna harus disebarkan....

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi." 

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." 
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah

.....Assalamualaikum....

Hi....kenapa aku postkn entry ni....entry ni selalu ade mane2 je...
aku juga copy paste dari somewhere....
Aku post ni sebab aku nak tujukan dekat seseorang yang tengah alami masalah cinta...
I hope that she will be very strong...
Well...aku mungkin bukan orang yang akn die cari untuk ceritakan pape...
Jadi aku cuma nak die tahu, aku masih harap die akan ok...
dan boleh berkongsi dengan sesiapa yang die suka...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
 ~Be strong dear~

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

....Assalamualaikum....

Hi everyone.....when everyone said want to go somewhere tomorrow...
ohhhh....I forget....tomorrow 12 Rabiulawal....
Selamat menyambut Maulidul Rasul...
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w...


Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun.
Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah.
Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.
Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.
Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah.

Sunday, January 20, 2013

Dicela....

....Assalamualaikum....

Mase berfacebook tadi jumpa la "benda" ni kat satu page yang aku like....
Majalah Kiblati...
Banyak kisah2 menarik dan ayat2 yang membantu ramai insan dalam mengharungi kehidupan...
Tak tahu lah...
Lately aku banyak berfikir...
Dan juga tersangat tension dengan perangai ibubapa dan adik beradik...
Well...inilah die kalo tiada kasih sayang antara setiap ahli keluarga terhadap satu sama lain...
Arggghhh...what nonsense is this....
Bukan aku nak cerita sal artikel yang aku baca ni ke....
Ok..jom...tajuk die...Dicela...
Buat sesiapa yang rasa dirinye dicela..
Maka ingatlah ini...dan lakukan seperti yang diceritakan ini...

Sesungguhnya siapa yang mencelamu, bisa jadi dia jujur dalam apa yang dikatakannya, sehingga tujuannya adalah menasehati anda, maka sepatutnya anda menganggapnya sebagai jasa baik, tidak perlu marah, karena dia telah menunjukkan aib-aib anda kepada anda (yang harus segera anda perbaiki).

Bila tujuannya bukan menasehati, dia telah melakukan kejahatan terhadap agamanya sendiri dan memberimu manfaat dengan kata-katanya, karena dia telah menunjukkan kepada anda apa yang sebelumnya belum anda ketahui dan menyebutkan kekeliruan anda yang anda lupakan.

Bila dia berdusta atas anda dengan sesuatu yang tidak ada pada diri anda, maka sepatutnya anda memikirkan tiga perkara;

Pertama; Bila anda selamat dari aib tersebut, anda tetap tidak selamat dari yang sepertinya. Apa yang Allah tutupi dari aib-aib anda lebih banyak, maka berterima kasihlah kepada Allah yang tidak membuka aib-aib anda kepadanya, yang telah menolaknya dari anda dan mengingatkannya terhadap sesuatu yang anda terbebas darinya.

Kedua, Hal itu adalah pelebur bagi dosa-dosa anda.

Ketiga; Dia telah melakukan kejahatan terhadap agamanya sendiri, dan beresiko ditimpa murka Allah, maka sepatutnya kamu memohon ampunan kepada Allah untuknya, sebagaimana diriwayatkan bahwa seorang laki-laki memukul kepala Ibrohim bin Adham sampai terluka, namun Ibrohim mendo’akannya semoga Allah mengampuninya. Dia berkata, “Karena saya mendapatkan pahala dari perbuatannya, maka aku tidak patut membuatnya memikul dosa karenaku.”

[Dikutip dari buku “Mukhtashar Minhajul Qashidin” tahqiq Asy-Syaikh Zuhair Asy-Syawisy (terjemah), Darul Haq, hal.399-400]

Maka ingatlah kawan2....dan beramal soleh la kalian sementara masih ade kesempatan....

Friday, January 11, 2013

Tazkirah Jumaat~

...Assalamualaikum....

Hai...selamat hari jumaat...tadi walking2 on internet..then I found this...
Jom baca sama2...
Well...aku copy ni dari some page...harap2 dijadikan ikhtibar dan pedoman..
Ramai yang tidak menyedari kejadian ini...
Jadi berwaspadalah...ingat...

Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 

Benarlah kata-kata seorang Pensyarah subjek Institusi Islam mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

~Allah Maha Mengetahui~

....Assalamualaikum....

Hai everybody....I come back....
Sebelum tidur, I have something to say...
When I think it back...
Dulu, aku selalu saje meluangkan masa mencari pelbagai ilmu di internet mahupun buku...
tp buku tu cuma buku yg menarik perhatian je la....
Lama rasanye tak beli buku...rasanye dah hampir 6 bulan lebih xbeli pape buku...
xpe la...masih ade banyak buku yang boleh dibaca sebenarnye...

Let's back to the topic...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
Itu lah hakikatnye...anda tidak percaya....?
Susah dong...harus percaya ni....
Percaya kepada Allah itu adalah satu daripada rukun didalam rukun iman....jadi wajib la percaya...

Pernah tak dalam hidup kita macam dilanda satu masalah lepas tu kita rasa murung dan risau.
Tiba-tiba ALLAH datangkan bantuan-Nya tanpa kita minta.
Maksudnya ALLAH menyampaikan hasrat kita melalui orang lain.

Contohnya la kita rasa macam kita tak mampu nak buat satu benda kita rasa kita tak layak
 nak buat benda tu sebab kita rasa macam kita ni takde la pandai sangat ke ape ke.lepas tu 
tiba-tiba kita join usrah dan dalam usrah tu dia bagitau kita apa yang ALLAH bagi kat kita tu 
ALLAH dah tahu benda yang terbaik untuk kita.sesungguhnya 
ALLAH tidak akan membebankan hamba-Nya dengan benda 
yang dia tak mampu buat semua benda yang 
ALLAH bagi kat kita tu kita mampu buat
Kalau kita tak mampu buat ALLAH akan tolong kita melalui cara lain pulak.

Janganlah berasa sedih dan sentiasalah ingat apa yang ALLAH
 bagi kat kita tu adalah benda yang terbaik untuk kita. 
Dan ingatlah,selalulah melakukan benda yang dapat 
mendekatkan diri kita kepada-Nya
Contohnya kalau kita rasa dengan belajar 
menjadi doktor akan mendekatkan diri kita kepada ALLAH 
belajarlah menjadi doktor dan 
sekiranya menjadi cikgu dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH 
jadilah cikgu.
Contoh lain lagi misalnya kita tertanya-tanya tentang sesuatu benda tak pun 
kita terfikir nak benda tu 
tiba-tiba ada orang yang menjawab persoalan kita 
tanpa ditanya dan benda yang kita nak tu betul-betul jadi.
MasyaALLAH betapa hebatnya kuasa ALLAH.
ALLAH memakbulkan hajat kita tanpa kita minta sedangkan benda tu hanya terlintas di hati kita.
Betapa pemurahnya ALLAH kepada kita.
Bersyukurlah di atas nikmat kurniaan-Nya. 

Sebenarnya Allah memberi sebelum sempat kita meminta 
dan kadang2 Allah tidak beri apa yang kita minta 
kerana Allah tahu apa sebenarnya yang terbaik bagi kita..

Usaha dan ikhtiar untuk mencapai sesuatu dari manusia 
dan yang meluluskannya ialah Allah.
Walaupun kita sudah berusaha 
utk selesaikan sesuatu tetapi 
jika Allah tidak meluluskannya maka ia tidak akan menjadi...

Usaha+Doa+Tawakkal 

Jom sama2 kita berusaha, berdoa, dan bertawakal dalam setiap apa yang kita lakukan....

Always think and thank...
Be grateful for who you are...