Wednesday, May 15, 2013

Kategori Manusia

Assalamualaikum

Lame tak kongsikan ilmu yang baik....asyik meluah perasaan je...jom nak kongsikan kategori manusia pada zaman ini...

Menurut Hasan al-Basri, seorang tokoh sufi terkenal menyatakan bahawa manusia pada zaman kita ada 6 jenis iaitu:

1. Manusia Singa, iaitu raja-raja (penguasa) dunia yang pekerjaannya menerkam yang lain dan tidak ada yang boleh mengalahkannya.

2. Manusia Serigala, iaitu golongan peniaga yang suka menghina barang dagangannya jika membeli dan memuji-muji jika dijual.

3. Manusia Babi, iaitu mereka yang menyerupai perempuan, suka memakai segala macam pakaian.

4. Manusia Anjing, iaitu yang memperbodohkan orang lain dan tidak berpegang teguh pada kebenaran.

5. Manusia Musang, iaitu yang suka berpura-pura dan menipu orang lain dengan agama supaya tercapai dunianya.

6. Manusia Biri-biri, iaitu mereka yang beriman (mukmin). Bulunya dibahagi-bahagikan, susunya diperah, dagingnya dimakan, kulitnya dikoyak-koyak dan tulangnya dipotong-potong. Meski demikian, ia kuat bagi menerima penderitaan daripada mereka yang menyakiti.

#dipetik dari buku Burhan Sodiq, "Ya Allah, Diakah Jodohku".

No comments:

Post a Comment