...Assalamualaikum....
Hai...selamat hari jumaat...tadi walking2 on internet..then I found this...
Jom baca sama2...
Well...aku copy ni dari some page...harap2 dijadikan ikhtibar dan pedoman..
Ramai yang tidak menyedari kejadian ini...
Jadi berwaspadalah...ingat...
Seringkali kita mendengar yang
zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik
fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak
kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada
ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya
hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada
ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan
betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :
Seorang
lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal
kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana
derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu
menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?”
Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”
Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab
(al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku
tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia
dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula
dinamakan “Ju’olan” iaitu
sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku
walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki
itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang
telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia
berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan
kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya
sendiri.
Benarlah
kata-kata seorang Pensyarah subjek Institusi Islam mengatakan kajian dibuat
sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada
anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan
lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi,
didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris
kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment