Adam kesepian
Apa saja di
dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu
gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah
satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu
kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam
kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang,
turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan
burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya
hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup
sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan
suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam;
dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang
dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun
demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun,
walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha
Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin
mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam
a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan,
sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam
permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta
langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s
tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam
saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat
Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri.
Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang
rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat
kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!”
maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni
syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang
mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
No comments:
Post a Comment