Showing posts with label Think and Thank. Show all posts
Showing posts with label Think and Thank. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Salah siapa???

...Assalamualaikum...

Hurm..nampaknya aku masih tak dapat nak tidur lagi...tapi jom kita kongsikan sebuah kisah...

ceritanya begini....aku sempat melihat seorang anak dimarahi oleh emaknya..namun, atas alasan apa anak itu dimarahi, aku sendiri tidak mengetahuinya...namun....terdengar di pendengaran ini suara emak.."kenapa degil sangat, kenapa ko malas sangat, etc"..pada pandangan anda, siapa yang salah? anak atau ibunya? fikirkan...

namun ini pada pandangan aku..kedua-dua salah...namun ikut situasinya...semuanya atas didikan...mungkin ibunya telah mendidik dengan baik, dengan ajaran agama, penuh kasih sayang..cukup lengkap semuanya..namun anak masih nakal...kenapa? mungkin pengaruh rakan sebaya..bila anak semakin berusia, mereka mula lebih berpengaruh dengan kawan-kawan..tanpa pengawasan ibubapa, mereka boleh jadi jahat dan lupa segala ajaran agama yang diterap didalm dirinya...siapa salah? tetap ibu bapa..yang tidak mengawal anak-anak mereka...namun anaknya juga salah, kenapa tidak mendengar nasihat ibu bapa? 

Yang kedua, mungkin totally salah ibubapa yang tidak memberi didikan...iye..didikan tu amat penting..sesibuk mana anda, didiklah anak-anak anda...luangkan sedikit masa untuk mereka..kenapa ada ibubapa yang biarkan anak-anak membesar dengan caranya sendiri..namun apabila dewasa, bila mereka jadi nakal mahupun jahat...lalu dituduh anak macam-macam...kenapa tak sedar, anda yang menjadikan anak anda begitu? adilkah menyalahkan anak anda atas kesilapan anda..jika anda tidak pernah mengajar, memang patut jika anak anda jadi kurang ajar...

iye..ini pendapat aku personally...dari perspektif aku sebagai anak...of course aku menyalahkan ibu bapa..kerana aku masih belum memasuki alam itu...namun, fikirkanlah...kena tahu dari kedua-dua perspektif...samada sebagai anak atau ibubapa....namun buat masa ini, inilah pendapat aku sebagai anak...

Tapi kesimpulan yang aku boleh buat, untuk menjadi ibu bapa tidak semudah yang kita nampak...berat sebenarnya..kelak di akhirat sana, akan ditanya pelbagai persoalan lagi tentang amanah yang diberikan itu...

Aku sangat berharap, bakal-bakal ibu bapa di luar sana, fikirkan tanggungjawab anda...anak itu amanah..fikirkan balasannya...fikirkan di masa depan...di akhirat sana pula bagaimana...sanggupkah anda? jadi janganlah biarkan mereka, anak-anak anda...sayangi mereka, didik mereka..jadikan mereka sebagai sesuatu yang sangat berharga untuk anda jaga...ok..

Rasa macam emosional pulak entry ni..hihi..sebenarnya sukar nak ceritakan sesuatu yang aku rasakan aib sendiri...tapi inilah cara yang lebih baik dari ceritakan aib itu...hurm...aku menceritakan melalui pengalaman...apa yang aku nampak, apa yang aku pernah dapat pengalaman...

Ketika dilahirkan, seorang anak itu ibarat kain putih..tanpa corak apapun..namun, ibu bapa yang akan mencorakkannya..samada cantik atau buruk itu bergantung pada corak yang dibentuk ibubapa...ingatlah, bukan sekadar anak anda yang akan berhadapan dengan corak itu, namun juga keturunan anda..kerana jika buruk akar sebatang pokok, makan buruk juga keseluruhan pokok itu..jika baik akarnya, baiklah keseluruhan pokok itu....

ok la...aku pun konfius dengan peribahasa yang aku cipta sendiri..sorry ye...tapi apa yang aku ingin sampaikan, didik anak-anak anda dan jalankan tanggungjawab anda..jika anda terasa penat, fikirkanlah di akhirat nanti, mesti lagi teruk balasannya di sana...

(tetiba aku hairan sendiri, kenapa lately aku selalu ceritakan berkaitan dengan kekeluargaan je, sudah sampai seru kah???)
Pape pun, ini cuma perkongsian pendapat aku sahaja...jadi fikir-fikirkanlah sendiri....anda mungkin punyai pendapat yang lebih baik....

ok...till then.........=)



Friday, August 30, 2013

Usah Terlalu Banyak Mengkritik....

....Assalamualaikum...

Hai...buat apa di pagi-pagi begini? Maaf la..di sini pagi..pkul 4 pagi...kenapa aku tak tidur lagi..? well..this is just me..i'm still thinking....

Tetiba teringat seorang kawan...Let's name her as miss A...well..I like A...because my name start with A...simple person..tapi sangat bagus..sebab miss A jarang sekali akan menyatakan perasaan yang tidak baik pada orang lain...contoh...jika miss A berkecil hati dengan kawan rapatnya, die masih cool..melayan kawannya seperti tiada apa berlaku..cool right? even I myself cannot do that...

Tapi...orang sebegitu juga masih dikritik....aku mendengar kritikan itu dengan telinga aku sendiri..tapi tak mampu nak kata apa-apa...sebab apa? sebab aku tidak ingin sakiti hati sesiapa..dan aku dianggap berpihak pada miss A..even dalam hati aku berkata, orang yang kritik miss A tu sebenarnye die tidak mengenali miss A dengan baik...do you agree with me? 

Well..miss A memang agak pemalu..tidak ramai kawan..well..aku memang banyak cakap..so aku approach die dan kami agak rapat...she is one of the person who always will lend me her hand....walaupun die dalam keadaan susah, tapi die tetap akan membantu aku jika aku perlukan..how nice she is....

so, sebenarnya aku nak nyatakan disini, jangan la terlalu banyak mengkritik....tidak kira dari aspek apa pun..dalam erti kata lain, don't judge books by its cover...judge the contents...kerana bagi aku, selagi mana kita tidak mendalami sesuatu, kita tidak akan faham....dan fahaman kita pula tidak sama dengan fahaman orang lain...terkadang cara dibesarkan menjadikan seseorang punyai fahaman yang berbeza...

Terlalu banyak mengkritik juga sangat bahaya...kerana terkadang boleh membuat seseorang rendah diri..merasakan dirinya tiada maruah...lemah..dan sebagainya....ia juga boleh timbulkan perasaan dendam...jadi jangan terlalu banyak mengkritik....tapi tegurlah dengan cara yang baik...aku yakin, jika ditegur dengan cara yang lebih baik, pasti seseorang boleh menerimanya dan berubah...

Jangan kondem, tapi didiklah...jangan kritik, tapi nasihatilah dengan cara berhemah....ok? 


lovely cik mar.......luv u all....have a nice day...=)

Thursday, August 22, 2013

Isteri Yang Baik..

..Assalamualaikum...

Hai...buat apa tu? sihat ke tidak? Alhamdulillah..sentiasalah ucapkan rasa syukur samada sihat atau sakit..sebab pasti semua tu baik untuk kita....bila kita sakit, Allah sedang uji kita, malah menghapuskan dosa-dosa kecil...insya' Allah....

But.....

Today...I keep thinking along the day..even now, i'm still thinking...a good wife? the best wife? how? Well...some people said, it is easy for you to said when you don't really face it by yourself...betul ke english aku ni? tak kisah la...tapi aku cuma terfikir, bagaimana menjadi isteri yang baik...well, aku memang belum alami dunia itu, tapi aku dh cukup tua untuk fikirkan semua tu...ramai juga di kalangan seusiaku dah ada cahayamata...so, should I ask them?

Tapi..melihat sekeliling aku, aku berfikir, can I be at least the best wife to my husband? Setiap kali aku menyaksikan sesuatu yang aku rasa tidak patut berlaku dalam sesebuahrumahtangga, aku doakan supaya aku tidak begitu....dan sekurang-kurangnya aku tidak mewarisi apa-apa sifat buruk dari ibu dan bapa aku...but how? sebab aku memang darah daging mereka...

dan aku berdoa, sekurang-kurangnya aku boleh menjadi seorang isteri yang baik untuk suami aku....erti kata baik itu bagi aku adalah menjalankan tanggungjawab dengan penuh sabar dan melakukan dengan baik...menjaga makan minum, pakai, tempat tinggal...yeah..semua la...tapi sebab aku belum masuk ke alam itu, so I wonder, could I do all that?

Syurga seorang isteri itu memang di bawah telapak kaki suami.....dan syurga itu bukan murah harganya...segalanya hendaklah dilakukan dengan penuh kesabaran dan tabah untuk mendapatkannya....well...i'm just curious a lot about this....

Aku pernah juga baca dalam satu artikel, tak ingat sangat juga...tapi apa yang aku ingat, dalam artikel tu ade cakap, iye..memang la seorang isteri tu tidak semestinya melakukan semua kerja rumah, jika suami mampu upahlah pembantu..namun jika tidak mampu, kenapa tak si isteri melakukan semua tu kerana itu adalah sumber pahala untuk isteri...dan sebagai balasannya, isteri akan dapat syurga dengan syarat taat la pada suami...

wah...sekarang ni aku sendiri risau pun ada...aku ni bukan sangat taat..so aku takut kalau aku derhaka dengan suami aku nanti....oleh sebab tu la aku berharap sebelum kahwin, aku dapat ubah diri aku menjadi lebih baik...supaya kelak bila aku kawen, aku boleh jadi isteri yang baik...sekurang-kurangnya taat pada suami....


see you later............


Friday, March 1, 2013

Thanks


Hai..hepi first march....wah..ade pulak ye sambutan ni..huhu..aku suka bulan 3 ni..sebab ape? sebab selalunye bulan march kalau dipendekkan ejaannya jadi Mar kan.....My name is mar...lalalala~

Well...sempena 1 mar ni...aku nak tujuan entry kali ni buat orang-orang yang pernah aku jatuh cinta, aku suka, menaruh harapan, merindui, menyayangi dan akhirnya mengecewakan...entry kali ni buat kalian semua seperti di atas....malam-malam begini biasanya aku sudah lelapkan mata..namun ketika ini aku teringat kisah-kisah lalu...teringat saat manis nan indah dulu....namun kenangan...

Kalian semua.....
Apa khabar kalian? walau dimana berada....diri ini sentiasa mengharapkan kalian serta pasangan pilihan hati kalian dalam keadaan sihat sejahtera dan dibawah rahmat dan kasih Allah....

Kalian semua...
aku berterima kasih kerana sekurang-kurang kalian pernah memberikan aku peluang bagaimana rasanye dicintai...diambil perhatian....bagaimana rasanye ade seseorang disisi saat dalam kesusahan, kesedihan...dalam erti kata lain, kalian pernah membuat diri ini bahagia, walau seketika cuma....

Kalian semua...
Aku berterima kasih kerana menyedarkan diri ini betapa diri ini punyai banyak sekali kekurangan sehingga kalian menolak diri ini....terima kasih kerana menyedarkan bahawa diri ini tidak cukup bagus untuk kalian...mungkin juga tidak cukup pandai...tidak cukup menyayangi, tidak cukup memahami atau tidak cukup kaya, atau ada ketidak cukupan lain yang diri ini terlepas pandang...maafkan diri ini kerana ketika diri ini mencintai kalian, aku merasakan diri ini hebat, lantas tidak sedar kekurangan itu....walau apapun, terima  kasih buat kalian kerana menyedarkan diri ini.....

Kalian semua...
terima kasih kerana pernah membuatkan diri ini tersenyum disaat tertekan....gembira disaat ade sedikit kerisauan dan kesedihan kecil...terima kasih kerana pernah menghulurkan kasih sayang kalian buat diri ini yang dahagakannya...putus di tengah jalan bukan kehendakku....sudah ditakdirkan bgitu...

Kalian...
Terima kkasih kerana ajarkan aku ertinya tabah...ertinya cinta..ertinya kasih dan sayang...ertinya sebiah persahabatan dan percintaan.....terima kasih berikanku peluang bagaimana rasanye pahit itu...bagaimana rasanye kehilangan itu...semoga suatu hari nanti apabila ade insan lain yang meninggalkan aku, aku bersedia...dan tahu bagaimana rasanye....

Kalian....
Paling aku syukuri.....aku tahu dengan tiadanye kalian, aku lebih tabah dan sekurang-kurang dosaku kerana bercinta tidak berlandaskan islam itu tidak mendatangkan dosa lagi buat diriku tidak seperti dulu...sekurang-kurangnya dosaku berkurang disitu...dimana tiada kalian...terima kasih kalin semua...


I am really sincerely to you all....aku tidak bersedih malah bersyukur kerana kalian ajarkan aku banyak perkara di dalam hidup ini..yang tidak mampu aku terjemahkan dalam perkataan dan pengalaman yang mungkin aku tidak dapat cari sebelum ni....

Mungkin Allah sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul, supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana  hendak bersyukur atas pemberian dan hikmah di sebalik pemberian itu.

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi. Bersangka baiklah pada Allah.

Ok la...cukup la disini saje....berangkat tidur la...salam kemaafan buat semua...
good night...

Saturday, February 23, 2013

Kolej Matrikulasi Melaka



Hai...ape khabar? aish..no idea plak nak tulis ape...banyak sangat yang terbuku di hati..di kepala...macam2 sangat..sehingga malas nak ceritakan....aish....bile tiada apa nak dibuat..teringat aku zaman2 di matrik dulu...aku pernah belajar di Kolej Matrikulasi Melaka...cari punya cari kat google nak tengok suasana di KMM terjumpa satu blog ni.....
Jom le tengok....banyak gambar kawasan KMM..tengok la ye...di link di bawah ni....masih sama macam dulu je.....
              http://zahira-niche.blogspot.com/2011/03/my-memory-kolej-matrikulasi-melaka.html

Aku rindu nak kesana lagi..bagi aku banyak sangat kenangan di sana...dimana aku jumpa first love aku....aish....di situ juga la titik kegagalan aku...aku abaikan pelajaran...tidak seperti aku di zaman sekolah yang rajin...rajin ke??? 

Pape pun dah lepas..menyesal pun tak guna juga..kenangan tetap kenangan...


Ni masa dinner Dinamika Kemahiran...tahun 2007..lama dah ni...beza dgn aku sekarang...


The Boys dalam kelas aku dulu....ni di Dewan Kuliah 1..dewan kuliah paling besar di KMM...


With Wiwin....dulu rapat dengan die...budak bilik depan....gambar ni kat bahagian depan kolej...


Library KMM...bahagian bawah...memang untuk discussion..xde buku sangat kat bahagian bawah....

Tu je la kot....banyak lagi gambar kat cd....malas nak buka..ni gambar yang aku godek-godek dalam laptop je...malas nak buka cd....really miss this place....aku selalu harap aku dapat kembali ke zaman ni...supaya aku dapat betulkan banyak kesilapan...sebab hingga kini aku masih rasakan disini lah banyak kesilapan aku lakukan....

Tp jika aku tidak melakukan kesilapan itu, pasti tiada kesedaran lagi kan...? Jadi aku bersyukur juga dengan semua yang pernah jadi di sana.....
Tak ape lah...biarkan saje...tapi ingin melawat ke sana....suasana sekitar KMM bagi aku sangat environment-friendly..banyak pokok2...masih banyak kehijauan daun....I like it....


Aku masih ingat, beginilah dulu suasana di sebuah padang di sebelah bangunan pentadbiran...aku release tension di sini...nyaman...dapat rasakan udara yang nyaman...aku ingin nikmati udara itu lagi...

Ok la...if aku ade duit untuk ke sana..pasti aku akan ke sana....ok..jumpa lagi ye...



Thursday, February 21, 2013

Moment I Miss...



Hai...today such a bad mood day...don't know why...when my bad mood come...I always remember the moment wif my friends at UMK...enjoying everyday to study and relaxing mind after so much assignment to do...

Jom....tengok...ni la keje kteorg dolu2 mase belajar..bile free..bile ade yg tension..bile banyak esemen...

Going to Pantai Sabak....saje berbasikal...pagi2....release tension....ni mase sem 3 kot xsilap....
Kinah n Mirah...

Ni mase kami berlima..geng lima sekawan....
Fathin, Amirah, Sakinah, Fasihah and me....

Miss the moment so much and miss u all...
Lepaking kat taman dekat Pantai Timur..






EV5 at Genting....so much fun time.....
And hidden sad feeling..




Pantai Cahaya Bulan....
Sambil tunggu bas untuk balik campus lepas PELS






Last semester at UMK...sem 7...at Prof Dell's house...
Our Dean...






Dinner...on Sem 7....Gojes Friend of mine....






Kali terakhir bergambar dengan korang ramai2 cmni...sakinah je xde....Ni mase lepas kite present LI.....aku pun dah gemuk cam hape je...

Harap sume moment ni korang xkan lupe...maybe aku yang jauhkan diri dari korang sume...sebab cukup sudah menyusahkan korang dan ceritakan semua masalah aku kat korang...namun, korang adalah sahabat terbaik yang pernah aku jumpa...dan aku sangat hargai....semoga kite tetap bersahabat walaupun maybe jarang berhubung...ok....

~ukhuwwah Fillah abadan abada~

Friday, February 1, 2013

....Rumah Usang..

Hai...lately selalu tak dapat tidur...tak tahu kenapa..namun lately juga banyak berfikir sampai pening dan takde kesudahannye juga fikiran itu....teringat kisah2 lalu....dan kali ni nak ceritakan satu kisah lalu..mengenai diri aku sendiri...


Inilah rumah usang...gambar ni tadi je baru aku ambil...bersepah dengan barang2 yang ditinggalkan....kira-kira 6 tahun lalu, aku masih tinggal dirumah ini....disini juga, dirumah usang ini juga aku dibesarkan...sejak berumur 1 tahun sehingga aku form 5...disinilah mahligai kami sekeluarga....disini banyak kenangan pahit dalam kehidupan aku...yang terlalu banyak membawa kesedihan bila aku fikirkannye dan teringatkannye...

Namun disinilah tempat aku berlindung dari hujan dan panas...walaupun dulu, tatkala hujan, pasti bergegas mengambil periuk atau besen untuk menadah air hujan lantaran atap rumah yang bocor....bergegas sembunyi di bawah rumah gara-gara takutkan ribut dan risau jika ade pepohon yang besar disekeliling rumah menghempab kami sekeluarga....sambil membaca surah2 yang kami ingat, dibawah rumah inilah kami berlindung.....

Disinilah juga kehidupan aku....bermacam pengalaman yang tidak dapat ku lupakan....dibesarkan sehingga aku jadi begini....jadi seperti mana aku hari ini....baik buruk, disinilah juga ia bermula....kerana disini aku dibesarkan....

Disebelah rumah ni ade sebuah perigi...xsempat ambik gambar...perigi tu sumber air kami sekeluarga..dimana air itu lah diguna untuk keperluan seharian....menggunakan sebatang galah untuk mengambil air sebaldi....itulah kehidupan aku dulu...malah aku juga sempat memasak nasi menggunakan dapur kayu....meniup api supaya nasi tidak mentah....terlalu banyak jika ingin diceritakan...

Namun disinilah juga aku tidak pernah merungut dengan kehidupan aku dulu...malah aku bergembira dan terima seadanye...namun ketika aku sudah mula dewasa...aku mula membangkitkan semua ketidakpuasan aku...akibat ketidakadilan dalam kehidupan.....entah kenapa aku tidak bisa menjadi seperti dulu...dimana aku bersyukur dengan siapa aku...ape yang aku ade....aku lupa....lupa akan siapa aku dan mengharapkan lebih dari apa yang sepatutnye....

Bila aku teringat balik...aku ingin jadi seperti dulu...dimana aku bukan seorang yang pendendam..aku adalah seorang yang selalu bersyukur dan gembira dengan kehidupan aku walaupun kawan2 sebaya dengan aku menikmati hidup mewah....dimana aku juga seorang yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu...sentiasa berusaha....namun tidak membenarkan sesiapa menyakiti aku....aku ingin kembali jadi begitu....supaya aku tidak seperti aku hari ini....

Ya  Allah....bantulah hambaMu ini kembali ke jalan yang benar....berikanlah cahaya hidayahMU....supaya aku  menjadi insan yang baik....dan selalu bersyukur....amin....


Ini pula rumah yang ku diami sekarang...bertambah baik...rumah ini adalah hasil titik peluh adik beradik yang lebih atas dari aku....aku bersyukur kerana disini lebih selesa...sedikit demi sedikit rumah ini ditambah baik...dan disinilah kami sekeluarga tinggal dan berlindung dari hujan dan panas...tidak takut lagi bila ribut..malah rumah yang dikelilingi pepohon yang menghasilkan makanan...menjadikan laman redup dan selesa.....

Well....bersyukur dengan ape yang ade....hope u all pun same juga....
Ok...dah lambat ni..baik berundur dulu untuk tidur....

~saranghae~

Wednesday, January 23, 2013

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah

.....Assalamualaikum....

Hi....kenapa aku postkn entry ni....entry ni selalu ade mane2 je...
aku juga copy paste dari somewhere....
Aku post ni sebab aku nak tujukan dekat seseorang yang tengah alami masalah cinta...
I hope that she will be very strong...
Well...aku mungkin bukan orang yang akn die cari untuk ceritakan pape...
Jadi aku cuma nak die tahu, aku masih harap die akan ok...
dan boleh berkongsi dengan sesiapa yang die suka...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
 ~Be strong dear~

Dear Sakinah....

......Assalamualaikum....

Nur Sakinah Hj Wahbi...I never forget u....best u are best friends that I had ever met....
Just now, I am walking at her blog...I never forget her blog...there is an new entry...so I guess, she have some problem now...(wah...betul ke x grammar aku ni...penat la english ni...)


Inilah die...sakinah wahbi...gambar ni, gambar last aku dengan die....banyak gambar lain sebelum2 dinner ni...gambar yang lebih cantik...namun inilah gambar dimana hari terakhir aku ambil gambar dengan die....hari2 selepas dinner ini rasenye tiada lagi gambar aku dengan die berdua....

Cantik, ayu dan sopan....seawal aku sem 1 aku kenal dan mula rapat dengan die....aku sendiri lupa bagaimana aku boleh rapat dengan die...ape yang aku ingat, dulu masa kami di Balau (hostel umk)....dorm die bersebelahan dengan aku....jadi aku selalu juga pergi kelas bersama die...mungkin dari situ kami mula rapat.....kemudian setelah pindah ke hostel baru kami juga berada dibilik yang sama...katil bersebelahan...


Inilah die katil kami....katil aku sebelah kanan..cadar plain blue....die cadar bunga2...kami begitu rapat dulu...malah dimana ada die, disitu ada aku...dimana ada aku, disitu ade die....aku rindukan saat2 itu....sewaktu kite berada di sem tu....disini tempatnye...selalu kite gelak ketawa...malah didalam bilik ini juga  aku kenakan die ketika hari lahir die....aku masih ingat die menangis2 nak kotak hadiah yang pakwe die bagi...kelakar bila tengok balik video tu....

Kita banyak harungi perkara, peristiwa bersama...dimana ade konflik dengan roomate...macam2 lagi la...disini juga mula kenal dengan fathin....ahhh..banyak jika ingin diceritakan....setelah berpindah ke blok baru...kita msih sebilik...masih rapat...masih tidur bersebelahan....malah selalu buat aktiviti bersama....ketika sem 3, dimana orang tidak bercakap dengan sesiapa..malah sentiasa bermasam muka..tiada siapa berani bertegur sapa...namun kamu sajalah yang berani....orang xtahu mengapa...namun org xmarah pula jika kamu katakan ape2 ketika itu...hurmm...

Namun segalanye berubah...setelah kamu mula kenal dengan budak fasa tu...malah orang juga memutuskan untuk tidak bertegur dengan kamu....kenape? sebab orang berkecil hati agaknye...setelah ade tuduhan orang abaikan kamu....biarkan kamu sendirian...lalu orang lakukan perkara itu betul2...sedang kamu memerlukan seseorang untuk berbicara.....

Disaat ini..bila difikirkan kembali...oranglah yang memusnah perhubungan kite yang begitu baik dulu...yang begitu rapat....yang macam kembar....orang betul rindu saat itu...dimana bila cuti hari2 kamu akan msj org...kalo xreply kamu call....begitulah kite dulu....bila sem baru buka, xsabar nak p pantai timur beli barang sama2....I miss u so much....really....I miss the moment when we are close together....
Orang memang silap bila buat keputusan jauhkan diri dari kamu dulu.....Malah begitu mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.....

Ketika orang mula menyesali ape yang orang lakukan...orang cuba berbaik semula....sebenarnye bukan tiade sedikit pun simpati pade kamu....malah sebenarnye xingin kamu jadi begitu....namun kamu ade hana ketika itu...jika tiada siapa disaat itu, org pasti akan pergi juga memujuk kamu...bukan tidak sayang..namun kecewa dengan ape yang berlaku ketika itu....sedang org anggap kamu macam adik sendiri....
Sudahlah...malas nak ungkit lagi saat itu....

Namun setelah kejadian itu..kite tidak begitu rapat seperti sebelumnye...betul...orang dapat rasakan itu...sehingga kini....baru orang sedar..orang tidak pernah hargai kamu.....walaupun org sayang kamu...namun mungkin org tidak pandai mempamerkan sayang itu....org betul kesal ketika org jauhkan diri dari kamu ketika sem 4 tu....betul...kalau tidak...mungkin sehingga kini...kita msih serapat ketika sem 1 dan 2 dulu...

Namun...terima kasih sebab sudah menjadi sahabat terbaik....sangat baik....malah org yang tidak menjadi sahabat kamu yang baik....tak sangka kite tidak serapat dulu....lagi......namun..orang bersyukur sangat bertemu insan seperti kamu.....

Sakinah....orang mohon banyak2 kemaafan dengan kamu....sebab banyak perkara yang orang buat kamu terluka....malah sedih....dan terima kasih kerana banyak membantu org selama ni...xkira dalam apa jua aspek....org harap kamu berbahagia dan dirahmati Allah di Sri Aman sana....hanya kiriman doa yang sering org utuskan buat kamu sekeluarga.....

I really miss you.....


~Semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga~

Friday, January 11, 2013

~Allah Maha Mengetahui~

....Assalamualaikum....

Hai everybody....I come back....
Sebelum tidur, I have something to say...
When I think it back...
Dulu, aku selalu saje meluangkan masa mencari pelbagai ilmu di internet mahupun buku...
tp buku tu cuma buku yg menarik perhatian je la....
Lama rasanye tak beli buku...rasanye dah hampir 6 bulan lebih xbeli pape buku...
xpe la...masih ade banyak buku yang boleh dibaca sebenarnye...

Let's back to the topic...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
Itu lah hakikatnye...anda tidak percaya....?
Susah dong...harus percaya ni....
Percaya kepada Allah itu adalah satu daripada rukun didalam rukun iman....jadi wajib la percaya...

Pernah tak dalam hidup kita macam dilanda satu masalah lepas tu kita rasa murung dan risau.
Tiba-tiba ALLAH datangkan bantuan-Nya tanpa kita minta.
Maksudnya ALLAH menyampaikan hasrat kita melalui orang lain.

Contohnya la kita rasa macam kita tak mampu nak buat satu benda kita rasa kita tak layak
 nak buat benda tu sebab kita rasa macam kita ni takde la pandai sangat ke ape ke.lepas tu 
tiba-tiba kita join usrah dan dalam usrah tu dia bagitau kita apa yang ALLAH bagi kat kita tu 
ALLAH dah tahu benda yang terbaik untuk kita.sesungguhnya 
ALLAH tidak akan membebankan hamba-Nya dengan benda 
yang dia tak mampu buat semua benda yang 
ALLAH bagi kat kita tu kita mampu buat
Kalau kita tak mampu buat ALLAH akan tolong kita melalui cara lain pulak.

Janganlah berasa sedih dan sentiasalah ingat apa yang ALLAH
 bagi kat kita tu adalah benda yang terbaik untuk kita. 
Dan ingatlah,selalulah melakukan benda yang dapat 
mendekatkan diri kita kepada-Nya
Contohnya kalau kita rasa dengan belajar 
menjadi doktor akan mendekatkan diri kita kepada ALLAH 
belajarlah menjadi doktor dan 
sekiranya menjadi cikgu dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH 
jadilah cikgu.
Contoh lain lagi misalnya kita tertanya-tanya tentang sesuatu benda tak pun 
kita terfikir nak benda tu 
tiba-tiba ada orang yang menjawab persoalan kita 
tanpa ditanya dan benda yang kita nak tu betul-betul jadi.
MasyaALLAH betapa hebatnya kuasa ALLAH.
ALLAH memakbulkan hajat kita tanpa kita minta sedangkan benda tu hanya terlintas di hati kita.
Betapa pemurahnya ALLAH kepada kita.
Bersyukurlah di atas nikmat kurniaan-Nya. 

Sebenarnya Allah memberi sebelum sempat kita meminta 
dan kadang2 Allah tidak beri apa yang kita minta 
kerana Allah tahu apa sebenarnya yang terbaik bagi kita..

Usaha dan ikhtiar untuk mencapai sesuatu dari manusia 
dan yang meluluskannya ialah Allah.
Walaupun kita sudah berusaha 
utk selesaikan sesuatu tetapi 
jika Allah tidak meluluskannya maka ia tidak akan menjadi...

Usaha+Doa+Tawakkal 

Jom sama2 kita berusaha, berdoa, dan bertawakal dalam setiap apa yang kita lakukan....

Always think and thank...
Be grateful for who you are...

Thursday, January 10, 2013

Sorry My Friend

...Assalamualaikum...

Tonite I feel like I really miss all friends which I met along my life...
I don't know why..but sometimes really miss u all....
especially my 5 best friends ever...
Well I guess u all know who they are..because I also put their picture on my sidebar..
As I remember, starting semester 7, we all not close together..
I know it is because of me...
I am trying to avoid u all...
I don't want to share what I am facing on that sem..
and I am sincerely accept what you decided to do with me...
Its ok becuase it is me who first start it..

But today, I really miss u all...
Sakinah...since sem 1, we are close...all moments since then I really miss it...
How I bullied you on your birthday...
Eating together...
All activities we do it together...
Honestly, u are the one who really try hard to understand me... 
when nobody want or afraid to talk to me when I really dissapointed on sem 3...
u are the one who really brave to talk to me...
and I realize u are the one who actually want to always help me...
yet I always ignore it...even I don't contact u..sorry..
Sorry for do that to u...n sorry because i'm not a good friend to you...
I really appreciate you...
I really grateful because Allah pertemukan kite n takdirkan kita menjadi kawan...
Right now, whatever you do....
I really wish that u do ur best...
And I hope you are strong to face anything..
Cuma secebis doa agar kamu sentiasa gembira dan dirahmati Allah yang mampu orang bagi untuk kamu sekarang....All the best...

Amirah...thanks also for become my friends all this time...
For always become my ear everytimes I have problem....
Even kadang2 mesti bosan dengar cerita aku...
But still...u will hear to it anyways...and nasihatkan aku...
Thanks a lot...
Terlalu banyak memory yang kite lalu bersama...
U know me well...and you do well..
Sorry for who I am...I'm not a good friend to you...
But I really wish to be one...
And I always pray all the best in whatever you do....may Allah blessing you...

Fathin..Thanks for become my friends...I don't really remember how we become so close before..
but I really thankful because u willing to be my friend...
sharing the story together...share problem and so on..
Thanks a lot...
Maaf disaat kamu perlukan pertolongan, orang xde untuk tolong kamu...
Maaf sebab xtolong kamu..
I'm really not a good friend to you...sorry
But, the only things I always can do for u is to prays all the best to you...in ur business n life...
Semoga Allah memberkati kamu juga...

Fasihah...even we are not very close together..but still I'm grateful to u for becoming my friend..
and really thankful because tell the truth before...
Walaupun tidak begitu rapat personally...tp selalu buat aktiviti bersma sebelum ni...
and maaf sebab menyusahkan kamu sebelum ni...
Tidak mampu untuk membalas segala budi kamu...
cuma doa dan harapan supaya segalanya lancar dalam kehidupan yang mampu untukku lakukan..
semoga Allah berkati kehidupan kamu juga...

Farhana....walaupun sebenarnye kite mula rapat sejak akhir2 sem..namun u are one of them who always help me....tp hana, saya betul2 mintak maaf atas ape yang berlaku...seandainya awk tidak cuba mendesak...saya akan selalu tolong awk...
Mungkin awk tidak begitu memahami keadaan disini...
Tapi saya berterima kasih kt awk...
sebab hakikatnye awk cuba bantu saya keluar dari masalah ni...
cuma saya yang menolaknya...
And thanks for always help me before....I really appreciate this friendship...
Dan saya sangat2 berterima kasih sebab sudi jadi kawan saya selama ini...

For all of u....I know that I'm not good to u all....maaf sebab menciptakan jurang diantara kita semua...
Maaf sebab tidak jadi seperti dulu dan tidak berhubung dengan kalian...
Mungkin ade sesuatu yang tidak perlu korang tahu...
Namun...I am really thankful to you all because willing to be my friends..
For me, U all are my friends forever....I really appreciate u all and this friendship...
Cuma cebisan doa dan harapan yang mampu diriku kirimkan buat masa ini...
Thank you....
saranghae....