Thursday, February 28, 2013

Hepi Befday Dear Sakinah..


Hai...ape khabar semua...sebelum masuk 1 mac ni..aku kena siapkan entry ni..huhu....
...HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR SAKINAH....
semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah selalu dan dalam keredhaan Allah...

Well..memang xbanyak nak cakap pun...but I wish can really celebrate ur birthday wif u this year too...really miss the moment kite sesame sambut birhday dulu....sekarang dah xdapat sebab masing-masing dok jauh...
lagipun kinah, orang sendiri xtahu kenapa kite jadi makin xrapat..maybe orang yang jauhkan diri...atau masih ada sesuatu yang orang xtahu, tapi korang tahu...maaf la andai selama ni melukai hati kamu dan yang lain...

Masih ingat dulu, buat kamu nangis mase birthday kamu mase tahun 1...well...tu yang paling xboleh dilupai...sekarang xde semua tu...perkembangan kamu pun orang xtahu...xtahu pape...blog kamu pun lame xupdate....xpe la...maybe i'm not the right person to share with....

Pape pun..hepi befday once again...senyum selalu...kamu kuat sebenarnye...be strong as others see u strong enough....ok....orang disini, hanya mampu doakan semoga segalanya baik untuk kamu, perjalanan hidup kamu dan semuanya....ok....

...saranghae....

Takdir...

Salam Sejahtera dan selamat pagi semua...

Dua tiga hari tidak menjenguk blog kesayanganku ini...semalam nak juga jumpa..namun xsempat pula...well...hari ni je la.....dah takdir..huhu...
Hari ni nak bercakap sal takdir....well...biasanye kite selalu cakap...dah takdir....selalu la cmtu kan....nak buat cmne..nasib badan..huhu...
Di dunia ini ada yang kaya, miskin, cantik, kurang cantik, sempurna..tiada cacat cela, ada pula yang cacat, buta...semua itu takdir yang Allah tentukan sejak azali lagi....kehidupan kita ini Allah telah tentukan...takdir itu boleh diubah...dengan berdoa dan memohon kepada Allah...semuanya atas ketentuan Allah...

Takdir itu natijah daripada qada’ dan qadar Allah. Qada’ itu ialah “ketetapan Allah” yang kita sebut sebagai “sunnatullah.” Ketetapan ini penting bagi memastikan keseimbangan alam dan seluruh isinya.  Sementara “qadar” itu adalah ukuran Allah untuk dijadikan sebab kepada takdir.  Takdir berjalan seiring dengan qada’ dan qadarnya.  Iradat (keinginan) perlukan kudrat ( usaha), itu qada’ Allah.  Namun sejauh mana kudrat diperlukan manusia bergantung kepada berat bebannya, itulah qadar Allah.

Qada’ Allah setiap yang jatuh itu tidak keatas tapi ke bawah (hukum graviti), dan nasib sesuatu yang jatuh itu yakni takdir bergantung kepada ketinggian dari tempat jatuh dan kekebalan objek itu yaitun‘qadar’.  Allah telah menegaskan akan hal tersebut dalam surah al-Qamar, ayat 49:
    “Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”

Justeru itulah kita diminta menimbangi perbuatan kita sesuai dengan qada’ dan qadar Allah supaya tidak celaka natijahnya. Demikianlah yang dimaksudkan oleh Allah:
    “....dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan …” (al-Baqarah: 195)

Contohnya, semakin tua umur suatu tali, akan semakin lapuk dan kemampuan untuk mengangkat dan menahan bebannya pun akan semakin berkurangan, inilah qada’. Katakanlah tali tersebut qadarnya hanya mampu menahan beban seberat 50 kg, itupun kurang dari 2 jam. Jika kita nekad (tekad) menggunakan tali tersebut dengan beban melebihi kemampuan tali kemudiannya kita ditimpa kecelakaan, tidak boleh kita salahkan Allah sebaliknya salah kita sendiri. Seharusnya gunalah akal dan selidik dulu keupayaan tali tadi. Jika tidak pasti akan keupayaannya, hindarilah daripada menggunakan tali yang sudah berusia tadi untuk mengangkat beban yang berat, sebaliknya dapatkan tali baru atau alternatifnya.  

Banyak lagi perkara berlaku kerana takdir...kita sebagai hamba Allah..berdoalah supaya semua yang baik-baik jadi kepada kita..namun jangan pula kita lupa untuk bersyukur...dan jangan la bersedih atas dugaan dan cubaan yang diberikan..bahkan bersabar...kerana setiap sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya....insya' Allah.....


Monday, February 25, 2013

Raining..


Hai....how are you? Anda di sana macam mane...disini hujan dah 3 hari berturut-turut...aku nak keluar..tapi xdapat la plak..sebab hujan je memanjang...sebab tu xboleh nak keluar..aku patutnye buat bayaran untuk jubah yang aku tempah..tapi xdapat nak buat la..jadi aku dikatakan xserius nak beli...actually aku nak beli..tapi xdapat kelaur bayar cmne..aku pulak mane ade daftar untuk guna online dgn kad-kad bank aku tu...

Aish....xpe la...beli kat kedai je la nanti...masih ade agaknye..telefon juga xde sekarang ni..ingat nak g beli telefon..tapi hujan...xboleh keluar juga....hurm..memerap dalam umah je....xpe la....

Actually, I like raining so much....banyak benda yang sedih selalu jadi mase hujan...seumpama hujan memahami hati ini...cewah...tapi aku betul suka bila hujan...tak tahu kenapa..tapi bila hujan...bile aku cakap orang lain xdengar..jadi aku suka..sebab aku meluah perasaan aku bile hujan...seolah-olah bercakap dengan orang...tapi sebenarnye tak...orang tu xdengar pun..jadi aku akan kembali ok selepas aku luahkan..walaupun orang tu xdengar....kan hujan....


Kalau aku menjerit meraung sekalipun, orang takkan dengar..itu la sebab aku suka hujan....dulu2 masa matrik dan awal tahun 1 di umk pun..aku selalu juga turun ke bawah...mandi hujan....memang hobi aku sejak kecil2 lagi.....

ok la..moga-moga hujan disini tidak la berpanjangan...sebab aku pun nak keluar...
Ok la..jumpa lagi ye....

Sunday, February 24, 2013

Perkahwinan Adam dan Hawa



Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.

“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?

Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”



Saturday, February 23, 2013

Kolej Matrikulasi Melaka



Hai...ape khabar? aish..no idea plak nak tulis ape...banyak sangat yang terbuku di hati..di kepala...macam2 sangat..sehingga malas nak ceritakan....aish....bile tiada apa nak dibuat..teringat aku zaman2 di matrik dulu...aku pernah belajar di Kolej Matrikulasi Melaka...cari punya cari kat google nak tengok suasana di KMM terjumpa satu blog ni.....
Jom le tengok....banyak gambar kawasan KMM..tengok la ye...di link di bawah ni....masih sama macam dulu je.....
              http://zahira-niche.blogspot.com/2011/03/my-memory-kolej-matrikulasi-melaka.html

Aku rindu nak kesana lagi..bagi aku banyak sangat kenangan di sana...dimana aku jumpa first love aku....aish....di situ juga la titik kegagalan aku...aku abaikan pelajaran...tidak seperti aku di zaman sekolah yang rajin...rajin ke??? 

Pape pun dah lepas..menyesal pun tak guna juga..kenangan tetap kenangan...


Ni masa dinner Dinamika Kemahiran...tahun 2007..lama dah ni...beza dgn aku sekarang...


The Boys dalam kelas aku dulu....ni di Dewan Kuliah 1..dewan kuliah paling besar di KMM...


With Wiwin....dulu rapat dengan die...budak bilik depan....gambar ni kat bahagian depan kolej...


Library KMM...bahagian bawah...memang untuk discussion..xde buku sangat kat bahagian bawah....

Tu je la kot....banyak lagi gambar kat cd....malas nak buka..ni gambar yang aku godek-godek dalam laptop je...malas nak buka cd....really miss this place....aku selalu harap aku dapat kembali ke zaman ni...supaya aku dapat betulkan banyak kesilapan...sebab hingga kini aku masih rasakan disini lah banyak kesilapan aku lakukan....

Tp jika aku tidak melakukan kesilapan itu, pasti tiada kesedaran lagi kan...? Jadi aku bersyukur juga dengan semua yang pernah jadi di sana.....
Tak ape lah...biarkan saje...tapi ingin melawat ke sana....suasana sekitar KMM bagi aku sangat environment-friendly..banyak pokok2...masih banyak kehijauan daun....I like it....


Aku masih ingat, beginilah dulu suasana di sebuah padang di sebelah bangunan pentadbiran...aku release tension di sini...nyaman...dapat rasakan udara yang nyaman...aku ingin nikmati udara itu lagi...

Ok la...if aku ade duit untuk ke sana..pasti aku akan ke sana....ok..jumpa lagi ye...



Thursday, February 21, 2013

Moment I Miss...



Hai...today such a bad mood day...don't know why...when my bad mood come...I always remember the moment wif my friends at UMK...enjoying everyday to study and relaxing mind after so much assignment to do...

Jom....tengok...ni la keje kteorg dolu2 mase belajar..bile free..bile ade yg tension..bile banyak esemen...

Going to Pantai Sabak....saje berbasikal...pagi2....release tension....ni mase sem 3 kot xsilap....
Kinah n Mirah...

Ni mase kami berlima..geng lima sekawan....
Fathin, Amirah, Sakinah, Fasihah and me....

Miss the moment so much and miss u all...
Lepaking kat taman dekat Pantai Timur..






EV5 at Genting....so much fun time.....
And hidden sad feeling..




Pantai Cahaya Bulan....
Sambil tunggu bas untuk balik campus lepas PELS






Last semester at UMK...sem 7...at Prof Dell's house...
Our Dean...






Dinner...on Sem 7....Gojes Friend of mine....






Kali terakhir bergambar dengan korang ramai2 cmni...sakinah je xde....Ni mase lepas kite present LI.....aku pun dah gemuk cam hape je...

Harap sume moment ni korang xkan lupe...maybe aku yang jauhkan diri dari korang sume...sebab cukup sudah menyusahkan korang dan ceritakan semua masalah aku kat korang...namun, korang adalah sahabat terbaik yang pernah aku jumpa...dan aku sangat hargai....semoga kite tetap bersahabat walaupun maybe jarang berhubung...ok....

~ukhuwwah Fillah abadan abada~

When U said....



Hai...actually malas dah nak tulis...tapi ntah la...bila rase nak tulis, aku tulis je...ape aku kisah..ni kan aku punye blog...whatever I want to do....aku ni...agak complicated orangnye...most of the time, tak dengar nasihat orang..ikot sendiri punye perasaan je....that's me...kalau benci, benci la...kalau marah, marah la aku..kalau itu, maka itu la jadi....

Most of the time, aku jadi manusia yang agak tak berguna....huhu..namun bukan la merosakkan bangsa...cuma diri aku yang boleh dikatakan degil..n sometime tegar...pernah ade seorang insan ni...die cakap aku ni heartless...xde perasaan..hati kering....mungkin...terhadap sesuatu hal..aku memang cam tu...contohnye la...kalau seseorang tu cakap aku ni malas, then aku akan bermalas-malasan dengan die...well...die yang cakap aku cmtu...so aku buat la cmtu....

Entah la....oleh kerana itu...sebelum kata orang cmtu...tengok dulu diri juga....aku memang cmni..bukan juga pantang di cabar..namun, I really don't like it....bile orang cakap aku hati kering..aku akan jd hati kering...sebab bagi aku, itu yang die nak aku jadi....so, aku akan jadi seperti yang dikatakannye...

Well...aku tak tahu nak cakap mcm mane....maybe in others word, aku dikatakan pendendam....huh...ape-ape je la....merepek je entry ni....


Antara Dua Kasih


Hai...kali ni nak bagi lirik lagu pula...lagu antara dua kasih..UNIC...lagu ni sebenarnye aku tak pernah dengar sebelum seseorang beritahu...orang tu memang la..aku pun xfaham betul..namun die bagi lagu ni mase aku tahun ke 3 di UMK....if aku xsilap mase sem 5...die putuskan persahabatan antara aku dengan die...semata-mata sebab kekasih die cemburu dengan aku...

Aku belek-belek lappy tadi terjumpa lirik lagu ni..jadi aku share ye..nak dengar lagu..cari la kat youtube...huhu..



Mengulang pantai datang dan pergi 
Begitu kasih insan diibaratkan 
Bagai ombak merubah pantai 

Tika kasih melestarikan sayang 
Semuanya indah dipandang mata 
Pabila rasa benci terbit di hati 
Rasa kasih dan sayang pun menyisih 

Tanda kasih yang abadi 
Dalam senang jua dalam kesempitan 
Kasih Ilahi tiada bersempadan 
Tak memilih siapa tidak berakhir 
Kekal selamanya 

Di antara dua kasih 
Di maqamnya yang berbeza 
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara 
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman 
Namun nafsu menodainya 

Terkadang kasih kita sesama insan 
Bisa mengundang keredhaan Tuhan 
jika insan menghargainya 
Dan memuliakannya 

Kasih sayang Allah kekal selamanya 
Kasih manusia hanya sementara 

Deru ombak pecah berderai 
Mengulang pantai datang dan pergi 
Begitu kasih insan diibaratkan 
Bagai ombak merubah pantai

Tuesday, February 19, 2013

Box of the day...



Hai...salam semua....sihat ke..? lamanye kan tak buat kraftangan..aish..takde idea sebenarnye...sape yang ade idea..tolong la beritahu....nak cuba juga...ok..

Kali ni nak kongsikan kotak yang aku buat..dah lame jugak sebenarnye buat kotak ni....guna teknik yang sama seperti sebelum ni...cantum2 kertas...


Ni la die...colourful kan...huhu...saje bosan..jadi aku buat la...huhu...


Yang ni plak...origami box...cantik kan..lipat..lipat..lipat..jadi la macam ni....saiz die xla besar sangat..kecik je...namun cantik..cute gitu....huhu...


Anda boleh la cuba...boleh letak barang2 anda yang kecil-kecil...cam keronsang...
Ok la...nanti share lagi ye...


Monday, February 18, 2013

Nipple Fruit



Hai...salam..selamat pagi semua...hari ni pepagi lagi dah berjaga..ape khabar anda di pagi hari ni..pasti ramai yang dah bersiap-siap ke tempat kerja..sure juga masih ade rase malasnye nak keje..kalau macam aku plak..memang xtahu ape rasenye..huhu...

Semalam dok cakap2 dengan kakak aku..kemudian die citer la...ni ade sejenis terung...Nipple Fruit....aku pun baru je dengar sal terung ni...seriously, first time tengok..tu pun gambar je...bukan tengok real...cer la tengok sendiri...


Selalunye kat sini..orang-orang tua panggil buah ni..terung susu lembu or terung susu kambing..tengok la rupanye..cam sebijik dengan lembu punya susu...huhu...(maaf ye kalau kurang sopan)..tapi kelakar kot...


Ni la nama saintifik die...Solanum mammosum...pelik nye la hai...aku sempat juga google sal buah ni...tengok kat wikipedia...dalam budaya di China, terung ni juga dikenali sebagai five fingered eggplant...di jepun pula dikenali sebagai Fox Face...

Ia juga sebenarnye sejenis buah yang beracun berasal dari America Selatan...buah ni dikira saudara or anak beranak dengan jenisan tomato dan kentang....(yeke tak entah la..aku ambik dari sumber internet je ni)


Pokok ini biasanya dijadikan hiasan....tambahan warnanye yang kuning keemasan sangat digemari oleh orang-orang cina..yang melambangkan kekayaan or kebertuahan...selalunya dijadikan Chinese New Year tree...Ia juga dijadikan sebagai ubat tradisional dan juga sebagai detergant/sabun basuh baju...Di Taiwan dan Hong Kong pula ia dijadikan gubahan untuk keagamaan....

Dalam sumber lain pula ia dikatakan boleh merawat darah tinggi, kencing manis dan demam kuning..cara die dengan minum air rebusan buahnye atau makan buahnye..
Aish pelik betull....ade sumber kata ia beracun...ade
yang kata boleh makan...ish3..kena buat kajian ni...pape pun, aku tak pernah lagi jumpa buah ni...cuma cari kat google ni..n pakcik google cakap ade la jenisan buah ni...pape pun, elok la tanya pada yang pakar....orang-orang tua, or dolu-dolu mesti tahu ni...

Saturday, February 16, 2013

Memasak......



Hai...apa khabar anda semua...? dah makan malam? Pastinye ramai wanita sekarang yang kurang rajinnye nak memasak....ai..sementara membujang ni boleh la memalas kekadang tu...namun, orang kata, kalau tak praktik sekarang, semasa belum kahwin ni...bila lagi...nanti dah kawin baru nak belajr dan bermalas-malas..memang xdapat la....

Memasak tu memang salah satu tanggungjawab seorang isteri...seorang ibu...banyak kelebihannye...pertamanye boleh la suami rase air tangan isteri...tak sia-sia la kawin..kalau kawin tapi tetap makan kat luar je hari-hari, kan membazir namanye...tak nikmat la...chef wan dalam iklan tv pun cakap, orang kat kedai tu masak sebab nak untung je..tiada kasih sayang dalam masakan....betul tak anda rase?

Bagi aku betul tu....bila isteri atau ibu yang masak, even makanan yang biasa-biasa je..pasti sedap...pasti hingga menjilat jari....sedapnye...kerana ape?? kerana ade kasih sayang dalam masakan....bile anak-anak pergi merantau belajar jauh-jauh dari ibu...pasti akan selalu rindu masakan ibu....

Jika anda seorang ibu, seorang isteri yang tidak menyediakan masakan untuk anak-anak suami...pernahkah anda terfikir semua ni..??? Anak-anak lebih suka makan di luar..sebab ape...? sebab ibu tak masak...jadinye walaupun masakan diluar yang dijual di kedai tu dikatakan tiada kasih sayang, anak-anak lebih memilih itu kerana ibu mereka tidak memasak...jadi sudah terbiasa...huhu...

Pesanan untuk diri aku sendiri...dan juga bakal suami aku...doronglah aku untuk selalu memasak...untuk sentiasa memasak hidangan untuknya...dan aku akan sentiasa improved skills memasak..supaya insya' Allah suami aku akan dapat menikmati makanan yang lazat hasil dari air tangan isterinye..hehe...
Merepek lagi aku ni....hehehe..

Ok la...ni cuma pendapat aku je....well...belajar la memasak..slowly....ok...jumpe lagi...

Baju Raya...



Hai....apa khabar kalian??? harap semuanya baik-baik saje...all is well....
Sekarang dah bulan Rabiul Akhir...6 bulan lagi raya plak..huhu...raya je la aku ingt kan...huhu..ni semua penangan family yang sibuk nak cari color tema la...konon je la lebih tu...cm raya aritu..bukan main nak tema  hijau muda...last2 abang aku sorg je pakai baju hijau muda...huhu...

Tadi tengok2 kat google...ade jubah ni...cantik....dah lama aku teringin pakai jubah moden cmni...


Cantik kan?? Dengan berbelah di tengahnye tu nampak ia lagi cantik...aku suka yang style die cmni...color ni pun cantik....tapi kalau ade color pink purple pun ok gak...aku try cari-cari kat web die gambar ni...xde..kalau ade nak juga tempah satu...sangat cantik...
Ade yang nak bagi kat aku tak...???

Dah try tengok kat fb webpage die pun xde juga...ayoyo....nak satu...sape reti jahit ni ye...
Kalau xdapat baju ni pun..dapat pakai jubah lain yang seakan sama pun ok la juga...bersyukur juga....last year dah beli xpadan saiz plak.....bagi adik je....

Hope this year dapat la satu.....amin...

Friday, February 15, 2013

....Niat.....



Hai..salam jumaat semua...marilah kita sama-sama menghayati suatu hadis ini...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.




Sesungguhnya hadith ini adalah di antara hadith penting yang menjadi paksi kepada putaran Islam. Ia adalah asas kepada Islam. Kebanyakan hokum-hukam Islam bersandarkan kepada hadith ini. Ini jelas dapat dilihat daripada kata-kata para ulama’

Imam Abu Daud berkata: “Sesungguhnya hadith ini iaitu hadith bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat”

Sementara Imam Ahmad dan Imam Syafie pula berkata: “ Di dalam hadith ini (iaitu hadith “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat”) mengandungi satu pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah sama ada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu daripada tiga pembahagian tersebut.” Kerana itulah para ulama’ suka memulakan kitab-kitab serta penulisan mereka dengan hadith ini. Imam Bukhari telah meletakkan hadith ini pada awal kitab sahihnya. Imam Nawawi juga telah memulakan ketiga-tiga kitabnya iaitu Riyadhus Sholihin, al-Azkaar dan al-Arba’uuna Hadiithan (Hadith Empat Puluh) dengan hadith ini.



Faedah pembukaan dengan hadith ini ialah sebagai peringatan kepada penuntut ilmu agar mrngikhlaskan niatnya semata-mata kerana Allah Taala di dalam menuntut ilmu dan melakukan amalan kebaikan.


Sebab hadith ini diturunkan:

Imam at-Thabrani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir dengan rantaian perawinya yang tsiqah, daripada Ibnu Mas’ud Radhiyallahuanhu beliau berkata: “Terdapat di kalangan kami, seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai ‘Penghijrah Ummu Qais’.

Kandungan Hadith:


1. Syarat Niat

Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti sembahyang, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.

Manakala ibadat tidak langsung, iaitu yang hanya menjadi wasilah seperti wudhuk dan mandi, maka ulama’ Mazhab Hanafi berpendapat bahawa niat adalah syarat sempurna sahaja bagi menghasilkan pahala. Manakala ulama’ mazhab Syafi;e dan lain-lain menyatakan bahawa niat juga merupakan syarat sah. Oleh itu, ibadat-ibadat langsung tidak sah kecuali disertai dengan niat.

2. Waktu niat dan tempatnya

Waktu niat ialah permulaan ibadat, seperti takbiratul ihram di dalam ibadat sembahyang dan ihram di dalam ibadat haji. Manakala di dalam ibadat puasa, memadai niat sebelum bermulanya puasa kerana kesukaran untuk memerhati fajar pagi.

Tempat niat ialah di hati, justeru itu tidak disyaratkan berlafaz dengan niat tersebut. Walaupun begitu, disunatkan berlafaz sebagai menolong hati untuk memudahkannya mengingati apa yang ingin diniatkan. Disyaratkan juga pada niat, menentukan perkara yang diniatkan dan membezakannya daripada perkara lain. Oleh itu tidak memadai bagi seseorang itu sekadar meniatkan sembahyang sahaja, bahkan mesti menentukan jenis sembahyang tersebut sama ada zohor atau asar dan seterusnya.

3. Berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh

Hadith ini juga menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh, tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti sakit, mati atau seumpamanya yang menghalang seseorang daripada melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.

4. Ikhlas di dalam amalan dan ibadat

Hadith ini juga membimbing kita supaya ikhlas di dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dan pahala di akhirat, juga mendapat taufik serta kejayaan di dunia.

5. Amalan yang bermanfaat

Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t.

..Pensyarah...


Hai..anda buat ape di kesunyian pagi ni...berfikir juga?
Hurmmm...masih aku berfikir..teringat kembali..bermacam-macam jadi didalam hidup ni...harus bagaimanakah sebenarnye...

Aku...
Masih disini....seolah-olah menanti satu cahaya harapan untuk aku...menanti rezeki yang datang bergolek..seolah-olah rezeki tu akan datang bergolek kepada aku dan aku begitu bertuah....arghh....
Berfikir dan terus berfikir....

Dulunya aku fikir aku mahu menjadi seorang pensyarah...kerana itu cita-cita aku sejak di bangku sekolah...aku sangkakan aku dapat lakukan dengan lancar..namun beginilah aku...masih di rumah...keinginan sambung belajar tu memang ade..malah lebih dari yang lain..namun ade penghalang aku...bagaimanakah harus aku lakukan....?

Dulunya..aku ingat aku boleh berkongsi cerita dengan pelajar-pelajar aku tentang pengalaman yang pernah aku lalui...namun bilakah?
Aku betul ingin sambung belajar lagi...mengejar cita-cita aku....namun tiada siapa pernah tanyakan apa yang aku inginkan...siapa yang pernah tanya aku ingin lakukan ape...aku ingin belajar..siapa ingin menolong aku??? Sambung belajar bukan sedikit duit diperlukan...belajar degree saje berapa yang aku gunakan...dimana harus aku korek lagi....

Aku betul ingin menjadi seorang pensyarah...kerana aku rasakan jiwa aku disitu...mase belajar dulu...sama2 belajar..subjek yang sama...aku suka sangat apabila ade yang bertanya pada aku bila mereka tidak faham akan sesuatu subjek...aku ingin memberikan kefahaman pade yang tidak memahami..berkongsi ilmu pada yang tidak mengetahui....

Apa yang jadi padaku???
Dimana keberanian yang dulunye ade padaku....
wah...xtau nak cakap ape lagi...cuma..the more I think, the more I regret.....

Patut berserah cmtu jer?????
atau perlukan seseorang menasihati????????
Aku tak tahu...


Wednesday, February 13, 2013

Flower....



Hai.....buat ape tu???
Of coz la bace blog ni kan...huhu....
Saje je ni...jumpa blog kesayangan...
Kinah dah lame xupdate blog die...xtau dah nak bace blog sape...
cmni nak kena tukar hobi lain plak....

Jom tengok pokok bunga saya...bunga mawar pink....

Cantik kan???
Well...mane ade seorang wanita tidak suka pada bunga...pasti semua suka..namun mungkin jenis bunga je berbeza-beza...aku suka bunga ni...dan banyak bunga lain...

Ni ade dua batang pokok sebenarnye...dah pindah kat pasu yang besar..cuma xsempat nak ambik gambar yang pasu bunga baru tu...bunga ni beli kat pasar malam je...


Kalo tengok kat wikipedia..bunga mawar or ros ni sebenarnye asal dari tanaman semak..ketinggian boleh mencecah 2 hingga 5 meter...ade banyak species...100 hingga 150 species...hebat kan...Ciptaan Allah memang hebat...ade banyak jenis warna bunga ni...namun pink yang aku suka...

"Mawar pink secara umumnya membawa maksud kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih."

Banyak lagi info sebenarnye..tapi malas nak translate..huhu..bace untuk pengetahuan saje...kalo cam kawan sekelas aku mase di umk, asrul...die mesti suka kongsikan info macam2...even kalo die minum kopi, die tetibe akan cari info sal kopi....bagus die..suke bace...
Well...aku sekarang ni cuba pupuk minat membace juga....in progress....

Ok la...see u later....

.....Ukhuwaah Fillah abadan abada.....

~saranghae~

Tuesday, February 12, 2013

Another Drama Tv



Hai semua....huhu...baru habis tengok cter Surat dari langit biru....kat tv3..best jugak cter die..banyak persoalan...tertanya-tanya kenapa begitu, kenapa begini...agak menarik...nak sinopsis ker...
Buka Link ni..biasa aku tengok sinopsis cter kat sini je banyak....

Hurm.....aku teringat satu kata-kata dalam drama ni tadi...
"Tiada masa lalu, tiada juga kini"

Well..betul juga..mase lalu...contohnye kita dilahirkan..masa lalu juga kan...oleh itu kita disini hari ini..well..you can translate ayat tu mengikut persepsi anda sendiri...huhu...

Hari ni hujan je...lama gak tak hujan..hari ni je baru hujan pulak...heavy rain...banjir umah ni...abis bunga ros aku tenggelam air...huhu....huhu...nnt aku post sal my new flower..hehe...

Ingat nak bagi la tengok gambar dulu....line internet tak elok la..len kali la...
ok....

.....saranghae....

.....Ukhuwwah Fillah abadan abada....


....My Bro...



Hi everyone....I'm not sure how many days I left this page...Its not like I'm busy..but the internet seems like not so good..so I could not do anythings....well....Happy Chinese New Year...Gong Xi Fa Cai....Xin Nian Kuai Le......

Sempena cuti ni..my bro balik umah....cuti tahun lepas katanya..forward tahun ni....macam2 juga sebenarnye jadi this week..but..could not write and share it here..well...back to topic....when my brother coming back..I really like it...why??? because only when he is home..then I could eat something delicious....suke...suke..ske...I like to eat..huhu...

Since in my family, there is only two of the are male...so he is special..everybody wait for him coming home....and visit them at their house..especially kak long...

Abang yang aku ade...die la satu-satunya...aku tidak pernah lupa..aku dan die sama-sama membesar...since aku ngn die cuma beza dua tahun saje...aku ingat dulu-dulu masa di bangku sekolah rendah....aku palng rapat dengan die..kemana-mana pasti ade aku ngan die...ke sawah...malah aku belajar naik basikal dengan die....banyak sangat...bagi aku die abang yang baik...

Tapi tu semua dulu....bile aku dah sekolah menengah semua jadi lain...biasalah..dalam keluarga mana-mana pun, pasti akan lebih sayang anak lelaki kn..tambah2 anak lelaki dalam keluarga aku cuma dua orang saje...memang untung la mereka berdua....lama-kelamaan, makin besar jurangnye..makin jauh..makin xrapat...hingga kini...

Namun setiap kali balik, die xpernah xbelikan apa-apa makanan yang sedap...tadi je dapat makan sate...rasenye dah lama sangat2 tak makan sate...paling last raya puasa hari tu...september 2012 la kot...

Tapi kekadang aku teringat someone bila die balik...someone yang aku kenal...yang aku anggap die macam abang...aku harap die abang aku...bila aku susah die tolong...bawa aku makan dekat tempat yang aku tak pernah makan lagi...p pantai same...join makan....there is so much memories I could not forget easily....namun tiada lagi....die tiade lagi...maybe ade..tapi untuk insan lain..untuk adik yang lain...untuk adik kandungnya mungkin....tak ape la....jodoh pertemuan ajal maut segalanya bukan ketentuan kite....

Well..harap-harap abang aku...dan juga insan yang aku anggap abang tu akan berbahagia...mungkin tak lama lagi dapat la kakak ipar ni.....cam dah tak lame je....huhu...xpernah lagi dapat kakak ipar...asyik dapat abang ipar je...xbest....

Ok la...jumpa lagi....

.....ukhuwwah Fillah abadan abada.....

.....saranghae....


Friday, February 8, 2013

.....I Hate Myself Today.....



Hurmmm....I don't know...lately I really think a lot...why I am like this..still like this..aku rase aku selalu lepaskan peluang yang ade...peluang yang ade aku banyak sia-siakan...kenapa dengan aku..? everyday, every second...I feel regret for so many things in my life..

Aku ingin sekali sambung master..namun aku xapply..aku pernah aplly tapi aku tak hantar borang dan dokumen yang pihak U nak...aku tak tahu..namun pada aku..aku trauma...aku paranoid...aku takut..takot kalau tiada yang akan bantu aku....kenapa aku tidak percaya dengan kuasa Allah...Ya Allah...apalah yang ganggu fikiran aku sehingga aku selalu fikir begitu....padahal hati sangat ingin belajar lagi...

Ya Allah...ape yang harus aku lakukan...aku  tak tahu...berikan aku petunjukMu...

Aku tidak ingin berhutang lagi...cukup dengan PTPTN....itu pun banyak bagi aku...bagaimana aku membayarnye..kelak risau aku pergi dulu tanpa membayar hutang...bagaimana? 

Aku tak tahu...aku ingin sekali kongsi dengan rakan yang boleh memberikan aku pendapat...yang boleh bantu aku keluar dari semua ini....hurmm...

Ok la....lebih baik aku menyahut panggilan Maghrib dulu....
jumpa lagi....


Wednesday, February 6, 2013

.....semalam dan hari ini....



Hai semua....rasanye aku banyak tengok tv kot...macam2 cerita aku tengok...banyak mase free kan....biasa la...kali ni nak ceritakan sal cerita debunga lalang...dah habis tadi....cerita yang bagi aku menyentuh perasaan...aku pun tidak faham kenapa ade seorang ibu yang sangat benci anaknya...padahal anak kandung...yang keluar dari rahimnya sendiri...tapi dibenci...pelik bukan...itulah yang diceritakan didalam debunga lalang...

Bagaimana akhirnya Aisyah terlalu berkecil hati sehingga ibunya nazak pun die tidak ingin melawatnya...itulah sebenarnye dalam kehidupan, bila ade kata-kata yang betul2 menyakitkan..yang betul2 terguris...kerana kata2 sebelumnya menjadikan pelbagai kesan di hati....mungkin kerana dendam...mungkin hanya kerana tersangat terluka....jadi akibatnye begitulah...

Ramai yang selalu gunakan alasan jangan jadi derhaka...oleh seorang ibu..oleh seorang suami...ramai...namun hakikatnye, perlu lihat juga diri sendiri....macam cter cerekarama sabtu hari tu...sama juga...memang ramai yang claim yang cmtu..katanya itu hak mereka....entahlah...aku bukan baik pun nak ceritakan semua ini....

Namun sebenarnye...hakikatnye....jika semalam kite pernah mengguris hati dan perasaan seseorang itu...belum tentu pada hari ini die akan melupakan perkara itu..kita mungkin lupa...namun orang yang berkecil hati itu tidak akan lupa..tidak akan pernah....

Jadi...
Siapa kata semalam tiada kaitan dengan hari ini....kerana semalam hari ini kita begini....jadi bersyukur dengan apa saje yang berlaku....bermuhasabah diri...

Aish...pandai tol aku cakap kan....sebenarnye aku juga tujukan entry ni buat diri aku....
Apa yang aku tlis sebenarnye adalah ape yang aku lihat, bace, pemerhatian..kajian...dan segalanya yang berlaku di sekitar aku...oleh itu aku tulis...menulis setiap pandangan aku...

Ini aku..dan tetap begini...huhu...
Ok la...nak bakar kek kejap....
jumpa lagi ye....

Aku Menulis Bukan Kerana Sesiapa....

....Assalamualaikum...

Hai....apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknye....well...aku menulis bukan kerana nama...aku menulis juga bukan kerana sesiapa...blog ini pada awalnya aku tulis untuk meluahkan perasaan....luahkan perasaan semata-mata...oleh sebab itu aku bagi nama luahan rasa...kalau diikutkan, aku tiada siapa untuk meluahkn semua perasaan yang terbuku di hati ni.....namun bukan kerana aku ingin menyakiti sesiapa...bukan kerana aku ingin menyakiti sesiapa lalu aku ciptakan blog ini....

Aku cuma menceritakan pandangan aku, luahan hati aku..pendapat aku...segalanya dikaitkan dengan kehidupan aku...siapa aku...jadi biarlah ia begini...aku bukan menulis untuk kamu-kamu yang cuma ingin mencari salah aku....bukan untuk kamu yang rasakan setiap entry aku menyakitkan...jadi jika anda tidak mahu bace...ye..jangan bace....rasenye berkali2 sudah aku jelaskan begini...

Aku menulis ini sekadar untuk perkongsian dengan yang sudi...yang sudi membaca...yang sudi membace setiap pandangan dan pendapat aku....pada yang tidak sudi, usahlah menilai ini sebagai sesuatu yang seperti anda bayangkan....kerana apa yang anda fikirkan tidak semestinye betul...

ok la...jumpa lagi.....


Tuesday, February 5, 2013

....Terus Terang...

.....Assalamualaikum....

Semoga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dibawah rahmat dan kasihNya....semoga segalanye lancar dan dipermudahkan  Allah...Well...rasenye dua hari dah tidak berbicara dengan blog ni..bukan banyak kerja sangat..namun ketandusan idea dan sambil memujuk diri sendiri...

Here I come with the topic..terus terang...be honest...jujurnya aku lebih sukakan orang yang selalu terus terang dengan  aku...walau sesakit mana sekalipun, aku lebih memilih terus terang...ye..walaupun mungkin ia menyakitkan..namun bagi aku itu lebih mudah dimaafkan jika dibandingkan dengan mengetahuinye daripada mulut insan yang lain..berbeza keadaan dan tindakan...berbeza pandangan...juga dalam hal ini...mungkin anda di luar sana tidak sependapat dengan aku..namun bagi aku...bagaimana aku dibesarkan, bagaimana aku belajar, bagaimana personaliti dan character aku, aku lebih suka jika sesiapa pun memilih untuk berterus terang.....

Terus terang itu mungkin tidak bagus jika tidak kena masa dan waktunya...memang benar...kena memilih masa yang sesuai..tak ramai yang pandai memilih masa...lantas ape yang cuba nak diterus terang tu menjadi salah faham dan melibatkan pertengkaran...

Bagi aku, berterus terang tu bagus sebab tidak hipokrit...tidak usah sembunyikan apa-apa...lebih baik begitu..oleh itu, tindakan akan juga selaras dengan keadaan....

Aku bukan tujukan entry kali ni buat sesiapa..ini cumalah pandangan aku...setelah tengok cerita setia hujung nyawa kat tv3 sampai episod hari ni....ape sebab semua tu berlaku...kenapa boleh bergaduh sampai begitu...kerana tidak berterus terang...seandainye dari awal ibu EL berterus terang pasti tiada episod begini...tapi tu lah..itukan cuma drama semata-mata...namun sebenarnye mesti ade terselit kisah yang begitu di alam realiti dan bukan sekadar lakonan semata-mata...

Dari dulu aku akui, aku memang suka untuk berterus terang..ataupun dengan kata lain...kalau suka, aku katakan suka...kalau benci aku katakan benci...kalau marah, aku katakan marah...itulah aku...aku lebih suka tunjukkan ape yang ade di hati aku...supaya ia tidak bergegar didalam sana dan akan menjadi gunung berapi...namun terkdang aku juga akui, aku tidak mahu lakukan begitu atas sebab tertentu...sehingga ia memakan aku sendiri bila ia menjadi gunung berapi yang meletup...mengeluarkan larvanye sendiri...yang penuh dengan pelbagai perasaan...

Bagi seseorang yang seperti aku, yang sukar lupakan sesuatu dengan mudah....amat sukar untuk aku hadapi segala situasi yang pahit...situasi yang luka...parah...namun aku selalu..saban hari berdoa agar aku memaafkan semua orang yang berada disekeliling aku....melupakan segala kenangan yang pahit mahupun manis...kerana aku penat....tidak mudah orang memahami seseorang yang lain seandainye die sendiri tidak mengalami perkara yang sama...

ok la...kerana siapa kita hari ini akan menentukan apa yang akan jadi hari esok..jadi sentiasa menjadi baik...berpada-padalah akan segala tindakan....tidak semua orang akan menutup mata dengan siapa kita semalam...itulah hakikat manusia....be aware..be yourself...

......saranghae.....

Saturday, February 2, 2013

Kisah Gajah Sarkis

...............

Hai.....kali ni plak nak cter sal gajah...tadi terbaca majalah ni...die ceritakan sal gajah ni....jadi rasanye elok juga kalau nak kongsikan kat sini kan.....

Anda pernah tengok sarkis???? Tahukah anda selepas habis pertunjukan, gajah tidak dikurung seperti harimau, singa dan lain-lain. Petugas sarkis hanya mengikat kaki gajah dengan rantai besi yang bersaiz sederhana. Kemudian rantai itu diikat pada sebatang kayu kecil yang ditanam ke dalam tanah. Jika kita fikirkan logik, bolehkah gajah itu melepaskan dirinya? Sudah tentu boleh kan...

Agaknya gajah tersebut suka dengan kerjanya? Atau mungkin petugas sarkis melayan dan menjaganya dengan baik? Betulkah begitu?
Sebenarnye gajah tersebut hidup terseksa dan menderita. Semasa proses latihan gajah tersebut dilayan dengan teruk dan kejam. Pastinya jika diberi pilihan gajah itu ingin kembali ke habitatnya dan bertemu keluarga tersayang. 


Tapi...kenapa gajah iut tidak berusaha melepaskan dirinya? Adakah kerana ia tidak cukup kuat untuk melepaskan diri? Apa yang terjadi sebenarnye gajah itu memiliki kepercayaan yang negatif. Gajah pun boleh memiliki kepercayaan negatif macam manusia??? Memang benar. Kepercayaan negatif yang dimiliki gajah tu adalah " Aku tidak boleh lepas selagi rantai besi itu masih terikat dikakiku"

Macam mana gajah boleh fikir begitu?? Dari mana datangnya kepercayaan itu? Siapa yang memasukkan kepercayaan itu? 

Semasa gajah masih kecil, para pelatih telah mengikat kaki gajah dengan rantai yang besar dan kuat. kemudian rantai tersebut diikat pula pada batu konkrik yang besar dan kukuh. Apabila anak gajah cuba berusaha melepaskan dirinya, ia gagal dan terus gagal walaupun telah mencuba beribu kali. 
Akhirnya anak gajah percaya dan berkata, " selagi rantai besi ini diikat di kaki aku, pasti aku tidak akan berjaya melepaskan diri."
Malangnya kepercayaan itu dipegang hinggalah anak gajah meningkat dewasa dan terus menjadi hamba kepada dunia sarkis.

Jadi pada yang telah berputus asa dan tiada kepercayaan pada diri, apa bezanya anda dengan gajah ini..???
Ingatlah kuasa percaya itu lebih besar berbanding kemampuan anda....bila anda percaya anda mampu, pasti anda akan mampu lakukan...jangan jadi seperti gajah..walaupun punyai kekuatan, namun kerana tiada kepercayaan diri, die tidak berusaha melepaskan diri dari sarkis tu....

Sebagai motivasi dan ingatan untuk anda dan diri saya sendiri...huhu...
Selamat berusaha...dan semoga berjaya....

.....saranghae...

Retirement Planning...


Hi...I come with new topic....retirement planning....perancangan untuk hari tua..tetibe berilmiah plak entry...tapi aku cuma ingin kongsikan saje...walaupun aku pernah ambik profesional exam untuk topic ni...namun cuma pengenalan saje...banyak benda yang masih perlu belajar...

Kalau kita tengok di Malaysia khususnye, ramai yang buat endah xendah je...cuma mengharapkan KWSP dan seangkatan dengannya...cukupkah? memadaikah dengan duit tersebut? sedangkan pasti ade banyak keperluan di hari tua nanti...dengan kesihatan yang kurang baik...dan macam2 keperluan lain....

Seharusnya, anak2 muda sekarang...yang baru mula bekerja...perlulah mula fikirkan...namun realiti di Malaysia ramai yang anggap tidak penting kerana masih muda kata mereka...cuba fikirkan, adakah anda nak tunggu umur 40 tahun baru nak melabur untuk hari tua anda....bagaikan dah terlambat kan....

Ramai orang yang rancang percutian, rumah baru, kereta baru...serba serbi untuk kegunaan semasa tanpa fikirkan masa depan...malah ramai yang anggap anak2 mereka akan menjaga dan merawat mereka di masa depan....dunia sekarang, tidak ramai yang sanggup menjaga ibubapa apabila mereka tua..malah ramai juga yang menghantar di rumah orang tua....

Jadi...anda haruslah fikirkan masa depan diri sendiri..usah bergantung dan mengharapkan anak2 anda..kerana kelak mungkin anak2 akan merasakn kite sebagai bebanan bagi mereka...oleh itu, mulaha melabur dari sekarang...mungkin membuat simpanan sendiri...usah membazirkannya...tidak salah membeli aset untuk kegunaan dan kemudahan harian...namun jangan keterlaluan...

satu cara yang baik dalam melabur ialah didalam estate...contohnye membeli ladang getah atau kelapa sawit...ladang lain pun boleh...seperti buahan2 atau apa2 yang boleh mendatangkan hasil....bulan2 duit dari hasil tu masuk...malah duit gaji kerja pun masuk....itu juga pelaburan..namun untuk melabur, carilah yang lebih pakar...jangan mudah tertipu...dunia sekarang macam2 ade..nak cepat kaya sanggup tipu sana sini...oleh itu dalam merancang perlu juga berhati-hati...

Ini je la dulu buat entry kali ni...ni semua poyoo...hahaha...xdelah...sebenarnye nak buat research tentang ini...namun masih belum ade rezeki untuk sambung master dan buat research ni...jadi cuma kekadang bace artikel or journal sal ni....dan ingat sedikit sebanyak mengenai sukatan yang pernah aku belajar tahun2 yang lepas....well...just share....next time aku share lagi ye....

~seseorang yang gagal merancang merupakan seseorang yang merancang untuk gagal~

......saranghae.....

Friday, February 1, 2013

Kembali Pada-Nya


Dalam cinta sesama manusia di tahap emosi, sepasang kekasih memandang antara satu sama lain berhadapan dibuai oleh rasa cukuplah mereka berdua dalam dunia ini, segala akan penuh keindahan. Kelemahan pasangan pada mulanya dirasakan ‘comel’ namun realiti hadir, kelemahan yang sama terasa rimas diikuti rasa bosan. Sikap mengambil berat pada mulanya menjadi sebab cinta berputik, akhirnya dirasakan terlalu mengawal kebebasan. Hadiah yang pada awalnya terasa romantic dirasakan sebagai pembaziran wang. Inilah yang berlaku bila arah tuju rasa semata-mata sesama manusia yang sama-sama tidak sempurna dan tidak kekal.

Alangkah indah apabila anugerah cinta daripada Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al- Wadud dikembalikan kepada-Nya. Manusia yang saling mencintai berjalan seiring bersebelahan melihat satu arah ke hadapan iaitu misi dan visi kehidupan yang telah disediakan oleh Allah Al-Ahad. Penyatuan dua hati yang cinta dan benci sering bersilih ganti dibawa secara dinamik sebagai tenagaberjalan menuju destinasi yang abadi.

Misi dan visi kehidupan jelas diberitahu melalu wahyu yang termaktub dalam maksud firman Allah didalam Al-Quran : “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi’.” (Al-Baqarah 2:30)
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz-Dzariyat 51:56)

Penyatuan dua hati yang bercinta biarlah saling kuat menguatkan dalam meningkat rasa kehambaan kepada Allah, sama-samajadi hamba Allah, bukan memperhambakan antara satu sama lain seterusnya berganding bahu memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi.

Bila berlaku perselidihan pendapat, sebagai hamba Allah, rujuklah wahyu supaya pandangan disatukan semula berasaskan ketetapan daripada Allah. Ketika marah, sebagai hamba Allah, hadapkan hati kepada Al- ‘Afuw (Maha Pemaaf) agar mampu diluahkan kemarahan itu dalam cara tindakan yang diredhai Allah. Ketika Cinta membara, hadapkan hati kepada Al-Matin (Maha Kukuh) supaya buaianperasaan oleh hawa nafsu dapat dikawal seterusnya diluahkan dalam tindakan yang diredhai-Nya.

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui…..” (Ar-Rum 30: 30)

Cinta dan Benci II

.....Apabila Cinta Terhakis....

Di sebalik perasaan seorang manusia ada aspek insaniah yang lebih mantap dan teguh iaitu aspek spiritual dan kerohanian. Disinilah bertakhta potensi paling bernilai bagi seorang manusia di mana inspirasi dari nama-nama Allah yang indah iaitu Asmaul Husna terpancar. Disebalik rasa cinta adalah inspirasi Ar-Rahim (Maha Pengasih), Ar- Rahman (Maha Penyayang) dan Al- Wadud (Maha Pencipta).

Spiritual atau kerohanian memberikan aspek arah tuju atau penyerahan penuh kepada Zat yang Maha Esa tanpa sekutu. Zat Maha Esa yang tiada sekutu baginya adalah Allah. Dia yang memiliki Asmaul Husna sesuai dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna.

Kemanisan rasa cinta di tahap emosi terutama apabila arah tuju cinta hanya antara manusia akan segera hakis kerana begitulah sifat makhluk – “baharu” dan akan “musnah” akhirnya. Ketika cinta tahap emosi hakis, yang terasa adalah ‘pasangannya’ iaitu ‘benci’. Fitrah manusia cepat jemu dan bosan. Keterajuan cinta di awal perkenalan akan terhakis bersama perjalanan waktu. Ini juga sifat fitrah kejadian makhluk.
Fitrah perasaan manusia tidak akan berubah. Demikian sunnatullah atau peraturan hokum alam yang ditetapkan oleh Allah.

Firman Allah:  “Kerana engkau sekali-kali tidak akan sekali mendapati sebarang pertukaran bagi sunnatullah (ketetapan Allah) dan engkau sekali-kali tidak akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu” (Al-Fatir 35:43)

Cinta dan benci sentiasa hadir berpasangan dan dengan belas kasih serta rahmat Allah, pasangan fitrah ini dapat diikat bersatu dalam kebahagiaan yang abadi dengan arah tuju yang hakiki. Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-Wadud kekal abadi tanpa awal dan akhir. Bila cinta dan benci dibawa bersama menghadap Dia Yang Maha Esa, rasa benci pun tidak akan membuahkan derita, malah dalam benci masih ada sayang dan rindu. Bukan itu sahaja, jika tertulis di azali berlakunya perpisahan antara dua insan, rasa benci tidak berbuah permusuhan atau dendam.