Saturday, August 31, 2013

Salah siapa???

...Assalamualaikum...

Hurm..nampaknya aku masih tak dapat nak tidur lagi...tapi jom kita kongsikan sebuah kisah...

ceritanya begini....aku sempat melihat seorang anak dimarahi oleh emaknya..namun, atas alasan apa anak itu dimarahi, aku sendiri tidak mengetahuinya...namun....terdengar di pendengaran ini suara emak.."kenapa degil sangat, kenapa ko malas sangat, etc"..pada pandangan anda, siapa yang salah? anak atau ibunya? fikirkan...

namun ini pada pandangan aku..kedua-dua salah...namun ikut situasinya...semuanya atas didikan...mungkin ibunya telah mendidik dengan baik, dengan ajaran agama, penuh kasih sayang..cukup lengkap semuanya..namun anak masih nakal...kenapa? mungkin pengaruh rakan sebaya..bila anak semakin berusia, mereka mula lebih berpengaruh dengan kawan-kawan..tanpa pengawasan ibubapa, mereka boleh jadi jahat dan lupa segala ajaran agama yang diterap didalm dirinya...siapa salah? tetap ibu bapa..yang tidak mengawal anak-anak mereka...namun anaknya juga salah, kenapa tidak mendengar nasihat ibu bapa? 

Yang kedua, mungkin totally salah ibubapa yang tidak memberi didikan...iye..didikan tu amat penting..sesibuk mana anda, didiklah anak-anak anda...luangkan sedikit masa untuk mereka..kenapa ada ibubapa yang biarkan anak-anak membesar dengan caranya sendiri..namun apabila dewasa, bila mereka jadi nakal mahupun jahat...lalu dituduh anak macam-macam...kenapa tak sedar, anda yang menjadikan anak anda begitu? adilkah menyalahkan anak anda atas kesilapan anda..jika anda tidak pernah mengajar, memang patut jika anak anda jadi kurang ajar...

iye..ini pendapat aku personally...dari perspektif aku sebagai anak...of course aku menyalahkan ibu bapa..kerana aku masih belum memasuki alam itu...namun, fikirkanlah...kena tahu dari kedua-dua perspektif...samada sebagai anak atau ibubapa....namun buat masa ini, inilah pendapat aku sebagai anak...

Tapi kesimpulan yang aku boleh buat, untuk menjadi ibu bapa tidak semudah yang kita nampak...berat sebenarnya..kelak di akhirat sana, akan ditanya pelbagai persoalan lagi tentang amanah yang diberikan itu...

Aku sangat berharap, bakal-bakal ibu bapa di luar sana, fikirkan tanggungjawab anda...anak itu amanah..fikirkan balasannya...fikirkan di masa depan...di akhirat sana pula bagaimana...sanggupkah anda? jadi janganlah biarkan mereka, anak-anak anda...sayangi mereka, didik mereka..jadikan mereka sebagai sesuatu yang sangat berharga untuk anda jaga...ok..

Rasa macam emosional pulak entry ni..hihi..sebenarnya sukar nak ceritakan sesuatu yang aku rasakan aib sendiri...tapi inilah cara yang lebih baik dari ceritakan aib itu...hurm...aku menceritakan melalui pengalaman...apa yang aku nampak, apa yang aku pernah dapat pengalaman...

Ketika dilahirkan, seorang anak itu ibarat kain putih..tanpa corak apapun..namun, ibu bapa yang akan mencorakkannya..samada cantik atau buruk itu bergantung pada corak yang dibentuk ibubapa...ingatlah, bukan sekadar anak anda yang akan berhadapan dengan corak itu, namun juga keturunan anda..kerana jika buruk akar sebatang pokok, makan buruk juga keseluruhan pokok itu..jika baik akarnya, baiklah keseluruhan pokok itu....

ok la...aku pun konfius dengan peribahasa yang aku cipta sendiri..sorry ye...tapi apa yang aku ingin sampaikan, didik anak-anak anda dan jalankan tanggungjawab anda..jika anda terasa penat, fikirkanlah di akhirat nanti, mesti lagi teruk balasannya di sana...

(tetiba aku hairan sendiri, kenapa lately aku selalu ceritakan berkaitan dengan kekeluargaan je, sudah sampai seru kah???)
Pape pun, ini cuma perkongsian pendapat aku sahaja...jadi fikir-fikirkanlah sendiri....anda mungkin punyai pendapat yang lebih baik....

ok...till then.........=)



Buku hasil penulisan sendiri...

....Assalamualaikum...

Hai..selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56....kita patut bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita terlalu banyak kelebihan..syukurilah nikmat ini...

Tengok majalah tadi, ada gambar Prof Muhaya..aku suka sangat tengok die..bila die bercakap penuh hikmah..lemah lembutnya dan nasihatnya biasanya begitu berkesan..kata-katanya bagaikan ada suatu aura yang boleh memotivasikan orang lain...I wish that I could be like her in future...

Setakat ni aku cuma memiliki satu je buku hasil dari penulisannya..dan buku tu sangat baik bagi aku...disamping bercerita, ada terselit banyak nasihat dan pengajaran....bagus sangat...I like...hurm...aku terfikir juga..kalau la..suatu hari nanti aku akan buat perkara yang sama sepertinya....

Maksud aku, menceritakan suatu pengalaman yang aku dapat dalam bentuk penulisan...dan dibukukan..untuk jadi pedoman pada insan lain.....wah....tak dapat nak bayangkan gembiranya dapat buat macam tu..sebuah buku hasil penulisan aku sendiri...dan kongsikan dengan orang lain...

Semoga suatu hari nanti impian ini tercapai...setelah aku bekerja nanti, aku berjanji untuk membeli sebuah buku pada setiap kali gaji aku masuk..hihi..insya' Allah...setahun dah boleh dapat 12 buah buku...wah..bestnya...suka..suka...tapi I wonder if I can finish it all...xpe...aku akan manfaatkan buku yang aku beli...nanti jika aku ada rumah sendiri, aku akan buat satu bilik sebagai mini library..supaya anak-anak aku nanti dapat aku pupuk minat membaca..insya' Allah...

Pengalaman yang pernah kita lalui, jangan sia-siakan...janganlah membiarkan perasaan dengki anda membuatkan anda buta untuk menghalang orang yang kita kenal, kita rapat untuk ulangi kesilapan kita...memandangkan kita pernah mengalaminya, jadi tidak salah untuk  memberi sedikit nasihat supaya mereka tidak lakukan kesilapan yang sama..sebenarnya, kita akan dapat balasan yang baik jika menghalang seseorang melakukan kesilapan yang pernah kita lakukan...sebab kata-kata yang baik juga diberi ganjaran pahala...tidak salah untuk memudahkan orang lain kerana ketika kita memudahkan urusan insan lain, maka Allah akan mudahkan urusan kita..Insya' Allah..fikirkanlah...

Hidup ini cuma sementara..dan kita semua saling memerlukan antara satu sama lain...
Ok la...selamat malam semua...

Friday, August 30, 2013

Usah Terlalu Banyak Mengkritik....

....Assalamualaikum...

Hai...buat apa di pagi-pagi begini? Maaf la..di sini pagi..pkul 4 pagi...kenapa aku tak tidur lagi..? well..this is just me..i'm still thinking....

Tetiba teringat seorang kawan...Let's name her as miss A...well..I like A...because my name start with A...simple person..tapi sangat bagus..sebab miss A jarang sekali akan menyatakan perasaan yang tidak baik pada orang lain...contoh...jika miss A berkecil hati dengan kawan rapatnya, die masih cool..melayan kawannya seperti tiada apa berlaku..cool right? even I myself cannot do that...

Tapi...orang sebegitu juga masih dikritik....aku mendengar kritikan itu dengan telinga aku sendiri..tapi tak mampu nak kata apa-apa...sebab apa? sebab aku tidak ingin sakiti hati sesiapa..dan aku dianggap berpihak pada miss A..even dalam hati aku berkata, orang yang kritik miss A tu sebenarnye die tidak mengenali miss A dengan baik...do you agree with me? 

Well..miss A memang agak pemalu..tidak ramai kawan..well..aku memang banyak cakap..so aku approach die dan kami agak rapat...she is one of the person who always will lend me her hand....walaupun die dalam keadaan susah, tapi die tetap akan membantu aku jika aku perlukan..how nice she is....

so, sebenarnya aku nak nyatakan disini, jangan la terlalu banyak mengkritik....tidak kira dari aspek apa pun..dalam erti kata lain, don't judge books by its cover...judge the contents...kerana bagi aku, selagi mana kita tidak mendalami sesuatu, kita tidak akan faham....dan fahaman kita pula tidak sama dengan fahaman orang lain...terkadang cara dibesarkan menjadikan seseorang punyai fahaman yang berbeza...

Terlalu banyak mengkritik juga sangat bahaya...kerana terkadang boleh membuat seseorang rendah diri..merasakan dirinya tiada maruah...lemah..dan sebagainya....ia juga boleh timbulkan perasaan dendam...jadi jangan terlalu banyak mengkritik....tapi tegurlah dengan cara yang baik...aku yakin, jika ditegur dengan cara yang lebih baik, pasti seseorang boleh menerimanya dan berubah...

Jangan kondem, tapi didiklah...jangan kritik, tapi nasihatilah dengan cara berhemah....ok? 


lovely cik mar.......luv u all....have a nice day...=)

Sunday, August 25, 2013

Peranan isteri...

..Assalamualikum...

Terbaca sebuah majalah mengenai peranan isteri....jom kita...

Seorang isteri perlu menyediakan keperluan suami...Sayidatina Aishah r.ha sangat mengambil berat keperluan Baginda. Memandangkan Baginda SAW akan bangun malam untuk bertahajud, sebelum tidur beliau akan menyediakan segala keperluan bagi memudahkan Baginda SAW untuk bertahajud. Kayu sugi dan air bersih akan disiapkan dan diletakkan di tempat Baginda membersihkan diri. Tidak mustahil layanan yang terbaik ini menjadikan Sayyidatina Aisyah isteri yang paling disayangi Baginda Rasulullah SAW. 

Selain itu, sediakan keperluan pasangan sebaiknya. Pakaian suami dijaga rapi dan sentiasa dogosok agar kelihatan kemas serta selesa. Begitu juga dengan penampilan isteri, kemas dan wangi disisi suaminya.

Makan minum suami perlu disediakan secukupnya. Pakar psikologi ada menyebut air tangan isteri mampu mengikat hati suami untuk terus setia dalam perhubungan. Walaupun perkara ini dipandang remeh tetapi kesannya begitu besar di hati suami.

Seorang isteri juga perlu menjadi pembakar semangat suami...disebalik kejayaan Baginda SAW, dibelakangnya ialah Sayidatina Khadijah. Beliau yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat kepada Baginda SAW. Seorang isteri yang sentiasa menemani Baginda keseorangan, yang meilih Baginda ketika Baginda dipulaukan, membantu perjuangan Baginda sehingga berjaya dengan harta dan jiwanya.

Selain itu berbaktilah kepada suami......
Rasulullah SAW bersabda, " Kalau seorang perempuan memberikan setitis minuman kepada suaminya atau memindahkan barang dari tumahnya ke tempat lain untuk mambahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan ibadah setahun".

Sumber: Majalah Mukminah (Isu Perdana)

Keluarga Impian

...Assalamualaikum...

Hai....apa khabar? sentiasalah ucapkan syukur je dengan ape yang jadi...Insya' Allah ada hikmahnya...apa khabar family anda? baik-baik aje kan...

Hurm...hari ini timbul satu persoalan yang berputar-putar di kepala ini...keluarga impian..bagaimana keluarga yang anda impikan....? fikirkan....dengan details...kerana untuk membentuk keluarga impian anda, ianya bermula dengan anda....dengan membentuk diri anda...

Ini pada pandangan aku....untuk membentuk sesebuah keluarga yang anda impikan...bermulanya dari anda sendiri....tidak kira anda lelaki atau perempuan, perbetulkan dan persiapkan diri anda....dari segala segi...agama, akhlak, sahsiah..pokoknya segalanya la....cari ilmu agama, banyakkan membaca tentang alam perkahwinan sebelum anda melangkah ke alam itu..itu sebagai persediaan...pastikan diri sudah cukup bersedia fizikal dan mental...mungkin kita nampak mudah je...tapi bagi yang tidak memasuki alam itu, jangan ambil mudah....

Langkah kedua, pilih pasangan yang baik....jika anda mencari isteri, carilah isteri yang sanggup menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik...lebih baik cari yang ade agama, baik akhlaknya...kerana biasanya orang yang beragama pasti mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik....
sama kesnya dengan mencari suami...janganlah mencari asal jumpa je..terima...anda harus memilih....dan penting sekali agama..kerana suami harus mendidik dan menerajui keluarga itu sendiri samada ke arah jalan menuju syurga tau neraka...itu bergantung cara didikan...

Itu satu permulaan....sepatutnya anda harus fikir masak-masak...tidak salah memilih kerana cinta...cinta juga penting..kalau tak cinta bagaimana pulaanda akan jalankan tanggungjawab anda....harus ada cinta...namun persiapkan diri anda dengan sepenuhnya....

teladan yang baik adalah melalui perbuatan....bukan perkataan....
Ada banyak lagi ilmu yang perlu diterokai sebelum memasuki alam perkahwinan....jangan ambil mudah...kerana disitu bermula perbentukan keluarga yang sakinah....

Tapi kalau nak senang kawen la dengan orang yang bernama sakinah...bila kahwin je dah jadi keluarga sakinah...(just joking)....

Well...jika permulaannya silap, hingga ke akhirnya perjalanan itu salah....melainkan jika anda berpatah balik...jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa...jangan biarkan mereka menjadi tidak baik...jangan terapkan nilai-nilai yang tidak baik...didik anak-anak dengan baik..supaya kelak, mereka akan menjadi idaman semua....

Jika anda mempunyai sikap A, anak-anak anda juga pasti punyai sikap yang sama....surely....jadi, ubah diri dulu sebelum ke alam perkahwinan....

well..that's all my point today...
Aku doakan kalian dan diriku juga akan menjadi isteri yang baik...suami yang baik..serta ibubapa yang baik...insya' Allah...

Thursday, August 22, 2013

Isteri Yang Baik..

..Assalamualaikum...

Hai...buat apa tu? sihat ke tidak? Alhamdulillah..sentiasalah ucapkan rasa syukur samada sihat atau sakit..sebab pasti semua tu baik untuk kita....bila kita sakit, Allah sedang uji kita, malah menghapuskan dosa-dosa kecil...insya' Allah....

But.....

Today...I keep thinking along the day..even now, i'm still thinking...a good wife? the best wife? how? Well...some people said, it is easy for you to said when you don't really face it by yourself...betul ke english aku ni? tak kisah la...tapi aku cuma terfikir, bagaimana menjadi isteri yang baik...well, aku memang belum alami dunia itu, tapi aku dh cukup tua untuk fikirkan semua tu...ramai juga di kalangan seusiaku dah ada cahayamata...so, should I ask them?

Tapi..melihat sekeliling aku, aku berfikir, can I be at least the best wife to my husband? Setiap kali aku menyaksikan sesuatu yang aku rasa tidak patut berlaku dalam sesebuahrumahtangga, aku doakan supaya aku tidak begitu....dan sekurang-kurangnya aku tidak mewarisi apa-apa sifat buruk dari ibu dan bapa aku...but how? sebab aku memang darah daging mereka...

dan aku berdoa, sekurang-kurangnya aku boleh menjadi seorang isteri yang baik untuk suami aku....erti kata baik itu bagi aku adalah menjalankan tanggungjawab dengan penuh sabar dan melakukan dengan baik...menjaga makan minum, pakai, tempat tinggal...yeah..semua la...tapi sebab aku belum masuk ke alam itu, so I wonder, could I do all that?

Syurga seorang isteri itu memang di bawah telapak kaki suami.....dan syurga itu bukan murah harganya...segalanya hendaklah dilakukan dengan penuh kesabaran dan tabah untuk mendapatkannya....well...i'm just curious a lot about this....

Aku pernah juga baca dalam satu artikel, tak ingat sangat juga...tapi apa yang aku ingat, dalam artikel tu ade cakap, iye..memang la seorang isteri tu tidak semestinya melakukan semua kerja rumah, jika suami mampu upahlah pembantu..namun jika tidak mampu, kenapa tak si isteri melakukan semua tu kerana itu adalah sumber pahala untuk isteri...dan sebagai balasannya, isteri akan dapat syurga dengan syarat taat la pada suami...

wah...sekarang ni aku sendiri risau pun ada...aku ni bukan sangat taat..so aku takut kalau aku derhaka dengan suami aku nanti....oleh sebab tu la aku berharap sebelum kahwin, aku dapat ubah diri aku menjadi lebih baik...supaya kelak bila aku kawen, aku boleh jadi isteri yang baik...sekurang-kurangnya taat pada suami....


see you later............


Wednesday, August 21, 2013

Another simple wishes


This is me, my mom, my sister and niece...do I look alike my mom?


I do like this picture a lot....well, this is the latest one...first day on Syawal this year....
Aku selalu berharap, aku ada peluang untuk ambik gambar keluarga bila hari raya...tapi setiap kali raya, tak pernah dapat lakukan...Alhamdulillah, tahun ni dapat juga bergambar at least with my mother...

Mungkin ianya mudah bagi anda mahupun keluarga-keluarga lain, tapi aku sendiri tak tahu kenapa ianya sukar just to take a photo...well, I hope I will do my best to gather my family members..and snap family pictures...

memandangkan ini entry yang ke 100, could you please pray for me, next year I will have my family pictures? thanks....


Sebuah pertemuan

...Assalamualaikum...

Hai..apa khabar semua? selamat hari raya...wah....lama tak menulis apa-apa kat sini. Hurmm...Now, I'm  hearing to a song...Sebuah Pertemuan by UNIC..one of my favourite nasyid band...then, aku terfikir...ye..memang setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan..samada berpisah sementara ataupun hilangnya kerana tiada lagi kewujudannya di dunia ini..

Huh..actually...I really need some friend...who really understad me and can help me out...there is too many things happen to myself..but could not talk and share it to others..even here...I could not share it here..but I just feel like kenapa semua yang aku buat seems like wrong....(maaf, english tidakbagus sangat, tapi nak cuba juga, correct me if i'm wrong)..actually, kalau tulis cmni pun, siapa yang nak betulkan aku? siapa sanggup, when my dearest family does not willing to, do you willing to help me? at least just hear to me, can you?

wah...i'm going to crazy..because i do have no one who I can talk and share my feeling...but, if you could not listen, will you pray for me? please???? hurmm...I'm totally go crazy now....bagusnya kalo dapat berjalan di tepian pantai...ambik udara segar...could I? even I like to do so, but I could not.....

Really...Aku harap suatu hari ada sebuah pertemuan yang akan buat aku sedar sesuatu yang tidak aku sedar hari ini....hopefully.........should continue playing games or watching korea's drama.......? 
I think I should sleep...