Saturday, August 31, 2013

Salah siapa???

...Assalamualaikum...

Hurm..nampaknya aku masih tak dapat nak tidur lagi...tapi jom kita kongsikan sebuah kisah...

ceritanya begini....aku sempat melihat seorang anak dimarahi oleh emaknya..namun, atas alasan apa anak itu dimarahi, aku sendiri tidak mengetahuinya...namun....terdengar di pendengaran ini suara emak.."kenapa degil sangat, kenapa ko malas sangat, etc"..pada pandangan anda, siapa yang salah? anak atau ibunya? fikirkan...

namun ini pada pandangan aku..kedua-dua salah...namun ikut situasinya...semuanya atas didikan...mungkin ibunya telah mendidik dengan baik, dengan ajaran agama, penuh kasih sayang..cukup lengkap semuanya..namun anak masih nakal...kenapa? mungkin pengaruh rakan sebaya..bila anak semakin berusia, mereka mula lebih berpengaruh dengan kawan-kawan..tanpa pengawasan ibubapa, mereka boleh jadi jahat dan lupa segala ajaran agama yang diterap didalm dirinya...siapa salah? tetap ibu bapa..yang tidak mengawal anak-anak mereka...namun anaknya juga salah, kenapa tidak mendengar nasihat ibu bapa? 

Yang kedua, mungkin totally salah ibubapa yang tidak memberi didikan...iye..didikan tu amat penting..sesibuk mana anda, didiklah anak-anak anda...luangkan sedikit masa untuk mereka..kenapa ada ibubapa yang biarkan anak-anak membesar dengan caranya sendiri..namun apabila dewasa, bila mereka jadi nakal mahupun jahat...lalu dituduh anak macam-macam...kenapa tak sedar, anda yang menjadikan anak anda begitu? adilkah menyalahkan anak anda atas kesilapan anda..jika anda tidak pernah mengajar, memang patut jika anak anda jadi kurang ajar...

iye..ini pendapat aku personally...dari perspektif aku sebagai anak...of course aku menyalahkan ibu bapa..kerana aku masih belum memasuki alam itu...namun, fikirkanlah...kena tahu dari kedua-dua perspektif...samada sebagai anak atau ibubapa....namun buat masa ini, inilah pendapat aku sebagai anak...

Tapi kesimpulan yang aku boleh buat, untuk menjadi ibu bapa tidak semudah yang kita nampak...berat sebenarnya..kelak di akhirat sana, akan ditanya pelbagai persoalan lagi tentang amanah yang diberikan itu...

Aku sangat berharap, bakal-bakal ibu bapa di luar sana, fikirkan tanggungjawab anda...anak itu amanah..fikirkan balasannya...fikirkan di masa depan...di akhirat sana pula bagaimana...sanggupkah anda? jadi janganlah biarkan mereka, anak-anak anda...sayangi mereka, didik mereka..jadikan mereka sebagai sesuatu yang sangat berharga untuk anda jaga...ok..

Rasa macam emosional pulak entry ni..hihi..sebenarnya sukar nak ceritakan sesuatu yang aku rasakan aib sendiri...tapi inilah cara yang lebih baik dari ceritakan aib itu...hurm...aku menceritakan melalui pengalaman...apa yang aku nampak, apa yang aku pernah dapat pengalaman...

Ketika dilahirkan, seorang anak itu ibarat kain putih..tanpa corak apapun..namun, ibu bapa yang akan mencorakkannya..samada cantik atau buruk itu bergantung pada corak yang dibentuk ibubapa...ingatlah, bukan sekadar anak anda yang akan berhadapan dengan corak itu, namun juga keturunan anda..kerana jika buruk akar sebatang pokok, makan buruk juga keseluruhan pokok itu..jika baik akarnya, baiklah keseluruhan pokok itu....

ok la...aku pun konfius dengan peribahasa yang aku cipta sendiri..sorry ye...tapi apa yang aku ingin sampaikan, didik anak-anak anda dan jalankan tanggungjawab anda..jika anda terasa penat, fikirkanlah di akhirat nanti, mesti lagi teruk balasannya di sana...

(tetiba aku hairan sendiri, kenapa lately aku selalu ceritakan berkaitan dengan kekeluargaan je, sudah sampai seru kah???)
Pape pun, ini cuma perkongsian pendapat aku sahaja...jadi fikir-fikirkanlah sendiri....anda mungkin punyai pendapat yang lebih baik....

ok...till then.........=)



Buku hasil penulisan sendiri...

....Assalamualaikum...

Hai..selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56....kita patut bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita terlalu banyak kelebihan..syukurilah nikmat ini...

Tengok majalah tadi, ada gambar Prof Muhaya..aku suka sangat tengok die..bila die bercakap penuh hikmah..lemah lembutnya dan nasihatnya biasanya begitu berkesan..kata-katanya bagaikan ada suatu aura yang boleh memotivasikan orang lain...I wish that I could be like her in future...

Setakat ni aku cuma memiliki satu je buku hasil dari penulisannya..dan buku tu sangat baik bagi aku...disamping bercerita, ada terselit banyak nasihat dan pengajaran....bagus sangat...I like...hurm...aku terfikir juga..kalau la..suatu hari nanti aku akan buat perkara yang sama sepertinya....

Maksud aku, menceritakan suatu pengalaman yang aku dapat dalam bentuk penulisan...dan dibukukan..untuk jadi pedoman pada insan lain.....wah....tak dapat nak bayangkan gembiranya dapat buat macam tu..sebuah buku hasil penulisan aku sendiri...dan kongsikan dengan orang lain...

Semoga suatu hari nanti impian ini tercapai...setelah aku bekerja nanti, aku berjanji untuk membeli sebuah buku pada setiap kali gaji aku masuk..hihi..insya' Allah...setahun dah boleh dapat 12 buah buku...wah..bestnya...suka..suka...tapi I wonder if I can finish it all...xpe...aku akan manfaatkan buku yang aku beli...nanti jika aku ada rumah sendiri, aku akan buat satu bilik sebagai mini library..supaya anak-anak aku nanti dapat aku pupuk minat membaca..insya' Allah...

Pengalaman yang pernah kita lalui, jangan sia-siakan...janganlah membiarkan perasaan dengki anda membuatkan anda buta untuk menghalang orang yang kita kenal, kita rapat untuk ulangi kesilapan kita...memandangkan kita pernah mengalaminya, jadi tidak salah untuk  memberi sedikit nasihat supaya mereka tidak lakukan kesilapan yang sama..sebenarnya, kita akan dapat balasan yang baik jika menghalang seseorang melakukan kesilapan yang pernah kita lakukan...sebab kata-kata yang baik juga diberi ganjaran pahala...tidak salah untuk memudahkan orang lain kerana ketika kita memudahkan urusan insan lain, maka Allah akan mudahkan urusan kita..Insya' Allah..fikirkanlah...

Hidup ini cuma sementara..dan kita semua saling memerlukan antara satu sama lain...
Ok la...selamat malam semua...

Friday, August 30, 2013

Usah Terlalu Banyak Mengkritik....

....Assalamualaikum...

Hai...buat apa di pagi-pagi begini? Maaf la..di sini pagi..pkul 4 pagi...kenapa aku tak tidur lagi..? well..this is just me..i'm still thinking....

Tetiba teringat seorang kawan...Let's name her as miss A...well..I like A...because my name start with A...simple person..tapi sangat bagus..sebab miss A jarang sekali akan menyatakan perasaan yang tidak baik pada orang lain...contoh...jika miss A berkecil hati dengan kawan rapatnya, die masih cool..melayan kawannya seperti tiada apa berlaku..cool right? even I myself cannot do that...

Tapi...orang sebegitu juga masih dikritik....aku mendengar kritikan itu dengan telinga aku sendiri..tapi tak mampu nak kata apa-apa...sebab apa? sebab aku tidak ingin sakiti hati sesiapa..dan aku dianggap berpihak pada miss A..even dalam hati aku berkata, orang yang kritik miss A tu sebenarnye die tidak mengenali miss A dengan baik...do you agree with me? 

Well..miss A memang agak pemalu..tidak ramai kawan..well..aku memang banyak cakap..so aku approach die dan kami agak rapat...she is one of the person who always will lend me her hand....walaupun die dalam keadaan susah, tapi die tetap akan membantu aku jika aku perlukan..how nice she is....

so, sebenarnya aku nak nyatakan disini, jangan la terlalu banyak mengkritik....tidak kira dari aspek apa pun..dalam erti kata lain, don't judge books by its cover...judge the contents...kerana bagi aku, selagi mana kita tidak mendalami sesuatu, kita tidak akan faham....dan fahaman kita pula tidak sama dengan fahaman orang lain...terkadang cara dibesarkan menjadikan seseorang punyai fahaman yang berbeza...

Terlalu banyak mengkritik juga sangat bahaya...kerana terkadang boleh membuat seseorang rendah diri..merasakan dirinya tiada maruah...lemah..dan sebagainya....ia juga boleh timbulkan perasaan dendam...jadi jangan terlalu banyak mengkritik....tapi tegurlah dengan cara yang baik...aku yakin, jika ditegur dengan cara yang lebih baik, pasti seseorang boleh menerimanya dan berubah...

Jangan kondem, tapi didiklah...jangan kritik, tapi nasihatilah dengan cara berhemah....ok? 


lovely cik mar.......luv u all....have a nice day...=)

Sunday, August 25, 2013

Peranan isteri...

..Assalamualikum...

Terbaca sebuah majalah mengenai peranan isteri....jom kita...

Seorang isteri perlu menyediakan keperluan suami...Sayidatina Aishah r.ha sangat mengambil berat keperluan Baginda. Memandangkan Baginda SAW akan bangun malam untuk bertahajud, sebelum tidur beliau akan menyediakan segala keperluan bagi memudahkan Baginda SAW untuk bertahajud. Kayu sugi dan air bersih akan disiapkan dan diletakkan di tempat Baginda membersihkan diri. Tidak mustahil layanan yang terbaik ini menjadikan Sayyidatina Aisyah isteri yang paling disayangi Baginda Rasulullah SAW. 

Selain itu, sediakan keperluan pasangan sebaiknya. Pakaian suami dijaga rapi dan sentiasa dogosok agar kelihatan kemas serta selesa. Begitu juga dengan penampilan isteri, kemas dan wangi disisi suaminya.

Makan minum suami perlu disediakan secukupnya. Pakar psikologi ada menyebut air tangan isteri mampu mengikat hati suami untuk terus setia dalam perhubungan. Walaupun perkara ini dipandang remeh tetapi kesannya begitu besar di hati suami.

Seorang isteri juga perlu menjadi pembakar semangat suami...disebalik kejayaan Baginda SAW, dibelakangnya ialah Sayidatina Khadijah. Beliau yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat kepada Baginda SAW. Seorang isteri yang sentiasa menemani Baginda keseorangan, yang meilih Baginda ketika Baginda dipulaukan, membantu perjuangan Baginda sehingga berjaya dengan harta dan jiwanya.

Selain itu berbaktilah kepada suami......
Rasulullah SAW bersabda, " Kalau seorang perempuan memberikan setitis minuman kepada suaminya atau memindahkan barang dari tumahnya ke tempat lain untuk mambahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan ibadah setahun".

Sumber: Majalah Mukminah (Isu Perdana)