Saturday, February 2, 2013

Kisah Gajah Sarkis

...............

Hai.....kali ni plak nak cter sal gajah...tadi terbaca majalah ni...die ceritakan sal gajah ni....jadi rasanye elok juga kalau nak kongsikan kat sini kan.....

Anda pernah tengok sarkis???? Tahukah anda selepas habis pertunjukan, gajah tidak dikurung seperti harimau, singa dan lain-lain. Petugas sarkis hanya mengikat kaki gajah dengan rantai besi yang bersaiz sederhana. Kemudian rantai itu diikat pada sebatang kayu kecil yang ditanam ke dalam tanah. Jika kita fikirkan logik, bolehkah gajah itu melepaskan dirinya? Sudah tentu boleh kan...

Agaknya gajah tersebut suka dengan kerjanya? Atau mungkin petugas sarkis melayan dan menjaganya dengan baik? Betulkah begitu?
Sebenarnye gajah tersebut hidup terseksa dan menderita. Semasa proses latihan gajah tersebut dilayan dengan teruk dan kejam. Pastinya jika diberi pilihan gajah itu ingin kembali ke habitatnya dan bertemu keluarga tersayang. 


Tapi...kenapa gajah iut tidak berusaha melepaskan dirinya? Adakah kerana ia tidak cukup kuat untuk melepaskan diri? Apa yang terjadi sebenarnye gajah itu memiliki kepercayaan yang negatif. Gajah pun boleh memiliki kepercayaan negatif macam manusia??? Memang benar. Kepercayaan negatif yang dimiliki gajah tu adalah " Aku tidak boleh lepas selagi rantai besi itu masih terikat dikakiku"

Macam mana gajah boleh fikir begitu?? Dari mana datangnya kepercayaan itu? Siapa yang memasukkan kepercayaan itu? 

Semasa gajah masih kecil, para pelatih telah mengikat kaki gajah dengan rantai yang besar dan kuat. kemudian rantai tersebut diikat pula pada batu konkrik yang besar dan kukuh. Apabila anak gajah cuba berusaha melepaskan dirinya, ia gagal dan terus gagal walaupun telah mencuba beribu kali. 
Akhirnya anak gajah percaya dan berkata, " selagi rantai besi ini diikat di kaki aku, pasti aku tidak akan berjaya melepaskan diri."
Malangnya kepercayaan itu dipegang hinggalah anak gajah meningkat dewasa dan terus menjadi hamba kepada dunia sarkis.

Jadi pada yang telah berputus asa dan tiada kepercayaan pada diri, apa bezanya anda dengan gajah ini..???
Ingatlah kuasa percaya itu lebih besar berbanding kemampuan anda....bila anda percaya anda mampu, pasti anda akan mampu lakukan...jangan jadi seperti gajah..walaupun punyai kekuatan, namun kerana tiada kepercayaan diri, die tidak berusaha melepaskan diri dari sarkis tu....

Sebagai motivasi dan ingatan untuk anda dan diri saya sendiri...huhu...
Selamat berusaha...dan semoga berjaya....

.....saranghae...

Retirement Planning...


Hi...I come with new topic....retirement planning....perancangan untuk hari tua..tetibe berilmiah plak entry...tapi aku cuma ingin kongsikan saje...walaupun aku pernah ambik profesional exam untuk topic ni...namun cuma pengenalan saje...banyak benda yang masih perlu belajar...

Kalau kita tengok di Malaysia khususnye, ramai yang buat endah xendah je...cuma mengharapkan KWSP dan seangkatan dengannya...cukupkah? memadaikah dengan duit tersebut? sedangkan pasti ade banyak keperluan di hari tua nanti...dengan kesihatan yang kurang baik...dan macam2 keperluan lain....

Seharusnya, anak2 muda sekarang...yang baru mula bekerja...perlulah mula fikirkan...namun realiti di Malaysia ramai yang anggap tidak penting kerana masih muda kata mereka...cuba fikirkan, adakah anda nak tunggu umur 40 tahun baru nak melabur untuk hari tua anda....bagaikan dah terlambat kan....

Ramai orang yang rancang percutian, rumah baru, kereta baru...serba serbi untuk kegunaan semasa tanpa fikirkan masa depan...malah ramai yang anggap anak2 mereka akan menjaga dan merawat mereka di masa depan....dunia sekarang, tidak ramai yang sanggup menjaga ibubapa apabila mereka tua..malah ramai juga yang menghantar di rumah orang tua....

Jadi...anda haruslah fikirkan masa depan diri sendiri..usah bergantung dan mengharapkan anak2 anda..kerana kelak mungkin anak2 akan merasakn kite sebagai bebanan bagi mereka...oleh itu, mulaha melabur dari sekarang...mungkin membuat simpanan sendiri...usah membazirkannya...tidak salah membeli aset untuk kegunaan dan kemudahan harian...namun jangan keterlaluan...

satu cara yang baik dalam melabur ialah didalam estate...contohnye membeli ladang getah atau kelapa sawit...ladang lain pun boleh...seperti buahan2 atau apa2 yang boleh mendatangkan hasil....bulan2 duit dari hasil tu masuk...malah duit gaji kerja pun masuk....itu juga pelaburan..namun untuk melabur, carilah yang lebih pakar...jangan mudah tertipu...dunia sekarang macam2 ade..nak cepat kaya sanggup tipu sana sini...oleh itu dalam merancang perlu juga berhati-hati...

Ini je la dulu buat entry kali ni...ni semua poyoo...hahaha...xdelah...sebenarnye nak buat research tentang ini...namun masih belum ade rezeki untuk sambung master dan buat research ni...jadi cuma kekadang bace artikel or journal sal ni....dan ingat sedikit sebanyak mengenai sukatan yang pernah aku belajar tahun2 yang lepas....well...just share....next time aku share lagi ye....

~seseorang yang gagal merancang merupakan seseorang yang merancang untuk gagal~

......saranghae.....

Friday, February 1, 2013

Kembali Pada-Nya


Dalam cinta sesama manusia di tahap emosi, sepasang kekasih memandang antara satu sama lain berhadapan dibuai oleh rasa cukuplah mereka berdua dalam dunia ini, segala akan penuh keindahan. Kelemahan pasangan pada mulanya dirasakan ‘comel’ namun realiti hadir, kelemahan yang sama terasa rimas diikuti rasa bosan. Sikap mengambil berat pada mulanya menjadi sebab cinta berputik, akhirnya dirasakan terlalu mengawal kebebasan. Hadiah yang pada awalnya terasa romantic dirasakan sebagai pembaziran wang. Inilah yang berlaku bila arah tuju rasa semata-mata sesama manusia yang sama-sama tidak sempurna dan tidak kekal.

Alangkah indah apabila anugerah cinta daripada Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al- Wadud dikembalikan kepada-Nya. Manusia yang saling mencintai berjalan seiring bersebelahan melihat satu arah ke hadapan iaitu misi dan visi kehidupan yang telah disediakan oleh Allah Al-Ahad. Penyatuan dua hati yang cinta dan benci sering bersilih ganti dibawa secara dinamik sebagai tenagaberjalan menuju destinasi yang abadi.

Misi dan visi kehidupan jelas diberitahu melalu wahyu yang termaktub dalam maksud firman Allah didalam Al-Quran : “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi’.” (Al-Baqarah 2:30)
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz-Dzariyat 51:56)

Penyatuan dua hati yang bercinta biarlah saling kuat menguatkan dalam meningkat rasa kehambaan kepada Allah, sama-samajadi hamba Allah, bukan memperhambakan antara satu sama lain seterusnya berganding bahu memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi.

Bila berlaku perselidihan pendapat, sebagai hamba Allah, rujuklah wahyu supaya pandangan disatukan semula berasaskan ketetapan daripada Allah. Ketika marah, sebagai hamba Allah, hadapkan hati kepada Al- ‘Afuw (Maha Pemaaf) agar mampu diluahkan kemarahan itu dalam cara tindakan yang diredhai Allah. Ketika Cinta membara, hadapkan hati kepada Al-Matin (Maha Kukuh) supaya buaianperasaan oleh hawa nafsu dapat dikawal seterusnya diluahkan dalam tindakan yang diredhai-Nya.

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui…..” (Ar-Rum 30: 30)

Cinta dan Benci II

.....Apabila Cinta Terhakis....

Di sebalik perasaan seorang manusia ada aspek insaniah yang lebih mantap dan teguh iaitu aspek spiritual dan kerohanian. Disinilah bertakhta potensi paling bernilai bagi seorang manusia di mana inspirasi dari nama-nama Allah yang indah iaitu Asmaul Husna terpancar. Disebalik rasa cinta adalah inspirasi Ar-Rahim (Maha Pengasih), Ar- Rahman (Maha Penyayang) dan Al- Wadud (Maha Pencipta).

Spiritual atau kerohanian memberikan aspek arah tuju atau penyerahan penuh kepada Zat yang Maha Esa tanpa sekutu. Zat Maha Esa yang tiada sekutu baginya adalah Allah. Dia yang memiliki Asmaul Husna sesuai dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna.

Kemanisan rasa cinta di tahap emosi terutama apabila arah tuju cinta hanya antara manusia akan segera hakis kerana begitulah sifat makhluk – “baharu” dan akan “musnah” akhirnya. Ketika cinta tahap emosi hakis, yang terasa adalah ‘pasangannya’ iaitu ‘benci’. Fitrah manusia cepat jemu dan bosan. Keterajuan cinta di awal perkenalan akan terhakis bersama perjalanan waktu. Ini juga sifat fitrah kejadian makhluk.
Fitrah perasaan manusia tidak akan berubah. Demikian sunnatullah atau peraturan hokum alam yang ditetapkan oleh Allah.

Firman Allah:  “Kerana engkau sekali-kali tidak akan sekali mendapati sebarang pertukaran bagi sunnatullah (ketetapan Allah) dan engkau sekali-kali tidak akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu” (Al-Fatir 35:43)

Cinta dan benci sentiasa hadir berpasangan dan dengan belas kasih serta rahmat Allah, pasangan fitrah ini dapat diikat bersatu dalam kebahagiaan yang abadi dengan arah tuju yang hakiki. Allah Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-Wadud kekal abadi tanpa awal dan akhir. Bila cinta dan benci dibawa bersama menghadap Dia Yang Maha Esa, rasa benci pun tidak akan membuahkan derita, malah dalam benci masih ada sayang dan rindu. Bukan itu sahaja, jika tertulis di azali berlakunya perpisahan antara dua insan, rasa benci tidak berbuah permusuhan atau dendam.