Saturday, June 15, 2013

Aku Terima........

...Assalammualaikum...

Hai....buat apa tu? Selamat bulan Jun ye....ada pula cmtu eh...ok la...buat kesekian kalinya, aku rasa kecewa..namun aku terima dengan terbuka dan pasrah dengan semua ini...

Al-kisahnya, aku kenal dengan lelaki ni bukan la lama sangat..Aku pernah mencoretkan serba sedikit tentangnya di entry-entry sebelum ni..namun kali ni, aku nak ceritakan yang latest...aha..boleh pulak gitu ye...hurmm...

Memang sebelum ni ada konflik antara aku dan dia..bila mana ex die hantar msj cakap mereka akan kahwin hujung tahun ni...terkejut dan terkilan..selain rasa tertipu, rasa macam sesuatu yang tak kena ni..namun aku biarkan..moga-moga Allah tunjukkan aku sesuatu....Ya..Allah Maha Mengetahui sesuatu....Allah gerakkan hati seorang teman aku untuk ceritakan sesuatu yang aku tak terduga...satu keaiban yang mungkin tak dapat nak aku gambarkan dengan kata-kata...tapi pada aku, biarlah..mungkin itu masa lalu...dan aku anggap aku tak dengar dan tak tahu apa-apa mengenainya..

Lalu dari tarikh itu aku cuba untuk perbetulkan niat aku..mendekatinya bukan untuk suka-suka atau sekadar untuk memenuhi perasaan aku yang ingin bercinta..namun mengharapkan aku mampu bercinta kerana Allah...kerana aku ingin menegurnya, ingin betulkan apa yang aku rasakan salah pada dirinya...namun mungkin Allah masih tidak izinkan aku..mungkin aku masih lagi lemah imannya....tapi jauh di sudut hati aku, aku harap die berubah dan aku harap aku mampu dorong dia supaya jadi lebih baik...

Suatu hari, dia msj aku...dan mengatakan dia tak boleh terima aku sebab aku ni baik sangat-sangat...dan dia jahat...itu yang dia cakap..lalau dia nyatakan istilah 'jahat' yang dia beritahu dalam msj tu...aku tak tahu bagaimana perasaan aku..padahal, hakikat sebenar, aku dh tahu yang dia macam tu sejak masa mula2 konflik dulu...

Dan istilah dia bagi kat aku yang 'baik sangat-sangat', aku tak dapat nak terima..sebab aku tidak seperti yang dia cakap tu..aku juga pernah lakukan kesilapan...jadi sebab tu aku ingin dorong dia jadi lebih baik berbanding sebelum ni...namun aku ditolak begitu....mungkin la..aku perlu perbetulkan diri aku dulu dan perbaikkan diri aku dulu sebelum perbaiki diri dia...

Ya..aku terima penolakan dia sebab aku rasa aku sendiri perlu betulkan diri aku..dengan penolakan dia tu..aku sedar sebenarnya aku la yang perlu dorong diri aku berbuat lebih banyak kebaikan dan perbaiki diri sendiri....supaya nanti kelak kalau aku jumpa insan sepertinya aku boleh handle dengan baik...insya' Allah...

Buat dia....saya doakan yang terbaik untuk awak..semoga Allah akan berikan awak hidayah..bertemu dengan orang yang lebih baik dan semoga awak boleh menginsafi diri...saya akan selalu doakan yang terbaik dan yang baik-baik untuk awak....insya' Allah...dan sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih buat kesekian kalinya kat awak...tapi kali ni sebab menyedarkan saya supaya saya sendiri perbetulkan diri dulu....awak sedarkan saya yang sebenarnya saya masih belum layak betulkan diri orang lain...

Jadi saya terima semua ini...dan Ya Allah..aku redha dengan semua ini...semoga aku mampu didik diri sendiri dulu....bantulah hambaMu ini Ya Allah....

No comments:

Post a Comment